eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Vokal Mania

 

Program nyanyian terbaharu iaitu Vokal Mania akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, mulai 24 Oktober ini. Vokal Mania mempunyai sembilan episod akan mula bersiaran setiap hari Sabtu jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. #Vokalmania


Program Vokal Mania menampilkan kelainan di mana seramai 24 orang penyanyi amatur dikenali 'Rookie' bakal berentap dengan empat artis profesional iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.


Setiap persembahan penyanyi profesional dan Rookies akan dinilai oleh juri tetap iaitu Misha Omar dan Yusry Abdul Halim. Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookies kegemaran anda bagi anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.


Kesemua Rookies ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan menampilkan empat orang Rookies yang akan membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol (penyanyi profesional) secara solo dan duet demi mengumpul mata. Bagi pemenang ‘Rookie Star Award’ ganjaran sebanyak RM 1,000 menanti jika berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada akhir program, hanya satu Idol dan satu Rookies akan dinobatkan sebagai Juara bagi kategori masing-masing.



Sebanyak RM80,000 bakal dipertaruhkan dalam program ini yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal selaku hos utama, manakala Azira Shafinaz selaku pengacara bersama.


Kesemua 24 Rookies yang bakal berentap adalah Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Alif Kadim, Aufahanie, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Daus Husny, Eranzz Lambert, Erin, Fatin Afeefa, Fiera, Hakeemzamall, Hariz Danial, Nisha Haque, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros, Razak A’ai, Tuah Adzmin, Wafariena, Yuveena, Zareef Sein dan Zetty Rashid.