eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Blackpink Buat Tarian Popular Di TikTok "Ampun Bang Jago"

 


Lagu dan tarian yang cukup terkenal di aplikasi TikTok ‘Ampun Bang Jago’ ini menjadi tumpuan ramai apabila pelbagai lapisan usia turut mencuba untuk melakukannya. 

Malah melodi lagu ini agak catchy dan tariannya pula mudah untuk diikuti pengguna aplikasi tersebut.



Terbaharu, tular pula di internet apabila Blackpink cuba buat tarian popular di TikTok ‘Ampun Bang Jago’ ini. Kumpulan penyanyi Kpop terkenal di Korea dan juga beberapa negara lain termasuklah Indonesia dan Malaysia sendiri. Sebut sahaja lagu mereka seperti Kill This Love, Ice Cream, Bombayah dan lain-lain pasti ada yang pernah mendengarkannya.



Malah peminat kumpulan Blackpink mengelarkan diri mereka sebagai Blink. 


Difahamkan sebenarnya kumpulan Blackpink diminta untuk meniru tarian Ampun Bang Jago ini ketika sesi rakaman temubual di rancangan TV Indonesia. Berikut adalah rakaman penuh sesi temubual mereka ini: