eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cik B Selepas Belakon Kini Akan Muncul Sebagai Penyanyi

Nampaknya, anak perempuan usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang lebih mesra dengan panggilan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen semakin mendapat perhatian netizen apabila muncul sebagai pelakon.



Cik B walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini mendapat perhatian luar biasa apabila peminatnya tidak menyangka bahawa usahawan muda tersebut berlakon dalam sebuah drama berjudul Lelaki Lingkungan Cinta bersama pelakon Naim Daniel, Ismail Izzani dan ramai lagi.



Biarpun begitu, melalui posting dilaman Instagram peribadinya, Cik B mengumumkan pula bahawa dia bakal melancarkan single baru kepada peminat dan pengikut apabila dia memuat naik beberapa keping foto bersama kapsyen mengutarakan hal itu.

Sepertinya Cik B akan melancarkan lagunya itu tepat pada tarikh 1 December ini apabila dia berkongsikan dilaman sosial Instagram lalu mendapat ribuan tanda suka menerusi posting tersebut.


Dalam pada masa yang sama, nampaknya orang ramai teruja mendengar pengumuman Cik B melalui Instagram peribadinya itu apabila dia bakal bergelar penyanyi pula dan di ruangan komen, ribuan reaksi peminat terhadapnya disamping warganet turut memuji kehebatan anak muda ini.

Sumber:CIKB