eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Banyak Kali Dikecewakan,Kini Wanita ini Bahagia Kahwin Lelaki Pakistan


Bagi sesetengah orang, mereka cenderung mencari jodoh yang sama bangsa dan juga negara. Namun jika sudah ditakdirkan jodoh, siapalah manusia untuk mengubah takdir Tuhan. Sesungguhnya bukan rupa atau kenegaraan yang menjadi penentu. Asalkan dapat menemui keserasian, pasti rumah tangga akan bahagia. Sama cocok sama padan, itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada sepasang suami isteri Malaysia-Pakistan ini. Menerusi akaun TikTok @miss.izzmya, dia tidak kisah untuk berkongsikan video ketika bergurau mesra dengan lelaki berkenaan.

Tak kisah Bangsa Apa Pun Asalkan Penyayang


Tidak ketinggalan, dia sempat menceritakan pengalaman pahitnya apabila dikecewakan banyak lelaki sebelum ini. Baginya, dia bukan menilai baik dan buruk seseorang itu berdasarkan perbezaan bangsa. Sebaliknya, sikap penyayang dan bertanggungjawab telah menjadi kriteria utama mengapa dia mengambil keputusan untuk menerima suaminya.

7 Tahun Dengan Lelaki Pakistan…Ada Dua Anak Alhamdulillah

@miss.izzmya

Reply to @nadianading

♬ original sound - HîRã kHåñ official
@miss.izzmya

Reply to @maabiumdabiu

♬ original sound - ச.லிவேஸ்வரன் 🕊
@miss.izzmya

Reply to @yongnoma #fyp #tiktokmalaysia #tiktokpakistan #husbandwife

♬ original sound -  Lucky
Melihat hubungan erat mereka berdua, netizen juga memberikan respon yang cukup positif malahan sempat memuji kekacakan luar biasa lelaki Pakistan bermata hijau itu. Menariknya lagi, ramai mendedahkan kisah bahawa ahli keluarga mereka juga berkahwin dengan lelaki dari Pakistan dan hidup dengan sangat bahagia. Pokoknya, apa yang paling penting bukanlah bangsa tetapi hati nurani.

 Sumber: miss izzmya