eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mercun Pop Pop Disangka Gula-Gula ,Mulut Wanita Melecur


Mercun pop pop kadang kala sukar dibezakan jika kita tidak pernah melihat kotaknya atau bentuknya ini terjadi kepada seorang wanita yang menyangka mercun itu sebagai gula-gula

Seorang ibu dari Warwickshire England yang memakan mercun itu seperti gula-gula mengalami lecuran kimia di dalam mulutnya serta gigi yang retak.

Lisa Boothroyd mengatakan bahawa dia menjumpai sekotak mercun pop pop itu di dalam tempat dia menyimpan gula-gula dan makanan ringan di rumahnya.


Tanpa meneliti kotak itu dengan betul, wanita itu memasukkan beberapa biji mercun ke dalam mulutnya sebelum menyedari bahawa ianya bukan gula-gula tetapi bunga api kecil apabila benda itu meletup di dalam mulutnya.

Ibu berusia 48 tahun itu berkata dia tidak tahu apa yang berlaku sebaik dia menggigit mercun berkenaan dan merasakan letupan di dalam mulutnya diikuti dengan rasa sakit.

Dia berada dalam kesakitan dan hampir kehilangan sebatang gigi setelah ia retak akibat letupan mercun tersebut.



Setelah meludahkan bunga api kecil itu dan mencuci mulutnya dengan air mengalir, wanita itu menghubungi pihak kesihatan dan dia diberikan ubat tahan sakit yang kuat. Wanita malang itu juga tidak dapat makan atau tidur dengan baik selepas kejadian itu akibat kesakitan yang dialaminya.

Dia juga resah memikirkan apa yang boleh terjadi jika dia tersilap memberikan mercun itu kepada kanak-kanak sebagai gula-gula.

Sumber:LAD