eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Remaja Lemas ,hero selamatkan Dua Rakan Karib Dari Dibawa Arus Sungai

 


Kegembiraan sekumpulan remaja bermain bola pada waktu petang bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas semasa membantu menyelamatkan dua orang rakannya yang hampir dihanyutkan arus sungai.

Menerusi Harian Metro, merujuk kepada kenyataan saksi yang juga rakan mangsa, kejadian yang menimpa  Wan Mohd Azamudin Wan Aznan, 16 itu bermula apabila salah seorang daripada mereka ingin mengambil bola yang jatuh di sungai dan hampir lemas.

Bantu Rakan Lemas

Seorang lagi rakan telah datang membantu dan akhirnya kedua-duanya turut lemas. Wan Mohd Azamudin atau mesra disapa Mudin segera menyelamatkan mereka dan berjaya namun tiba-tiba tidak berdaya di tebing sungai sebelum melambai-lambai tangan dan semakin lama semakin tenggelam.


Melambai2 tangan sebelum tenggelam

“Mudin berjaya menyelamatkan dua rakan saya dengan memikul keduanya di belakang, namun sebaik hampir ke tebing, dia (mangsa) kelihatan tidak berdaya sebelum lemas.”
'
“Dua rakan diselamatkan penduduk kampung, namun Mudin yang masih dalam sungai kelihatan melambai-lambai tangan dan semakin lama semakin tenggelam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Suasana hiba

Jenazah mangsa telah ditemui di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan ketika itu suasana begitu hiba apabila ahli keluarga tidak dapat menahan tangis setelah bapanya hadir membacakan doa buat mangsa.

Selain itu, sahabat karib mangsa dilihat beberapa kali menangis sambil memegang hujung kaki mangsa yang ketika itu sudah dibawa masuk ke dalam trak polis.

Menerusi maklumat daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang.

Seramai 19 anggota termasuk lima PPDA daripada BBP Kota Bharu terbabit dalam operasi berkenaan.

“Mangsa ditemui pada 6.38 petang di dasar sungai yang agak berselut pada kedalaman kira-kira 3.3 meter dan jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat,” Katanya.



Sumber: Harian Metro (Siti Rohana Idris)