“Pernah tak orang pandang rendah pada kalian? Saya juga pernah. Tapi kata-kata mereka itu, kita jadikan semangat untuk berusaha lebih lagi. Jangan pernah murung.
“Dan ketika kita dah capai apa yang diimpikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Masih segar dalam ingatan Wawa, apabila ada segelintir individu yang mengatakan hidupnya akan susah dan perkahwinan tidak akan kekal lama setelah mengambil keputusan berkahwin pada usia muda.
“Tapi kata-kata mereka saya jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan hari ini. Alhamdulillah saya berjaya buktikan yang saya juga boleh berjaya.
“Selepas ini, impian saya nak bantu orang lebih ramai lagi. Teruskan usaha, jangan putus asa ketika orang pandang rendah okay,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, rata-rata peminat dan pengikut bersetuju dengan perkongsiannya itu dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
Wawa berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel ketika dia berusia 21 tahun, manakala suaminya berumur 24 tahun ketika itu selain dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram Wawa Zainal