eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak 12 Tahun Telan 54 Magnet Untuk Buat Logam Melekat Pada Badan

 


Seorang remaja terpaksa menjalani pembedahan setelah dia menelan 54 magnet dalam satu ujikaji yang dilakukannya untuk melihat adakah dia boleh menjadikan logam melekat pada badannya.

Rhiley Morrison dari UK menelan bebola magnet pada dua waktu berbeza kerana dia ingin mengetahui adakah caranya itu dapat membuatkan benda logam melekat di perutnya, serta ingin melihat bagaimana rupa magnet yang ditelan setelah melalui tubuhnya


Namun, empat hari kemudian remaja berusia 12 tahun itu menjadi resah apabila bebola magnet yang ditelannya masih belum keluar dari tubuhnya, jadi dia memberitahu ibunya, Paige Ward bahawa dia tertelan dua bebola magnet secara tidak sengaja.

Ibunya membawa dia ke hospital di mana doktor melakukan X-Ray dan terkejut apabila mendapati terdapat 54 bebola magnet kecil di dalam perut dan usus remaja berkenaan.


Oleh kerana bimbang magnet-magnet itu boleh membakar tisu atau organ penting dan berpotensi menyebabkan kerosakan organ yang membahayakan nyawa, Rhiley dikejarkan ke bilik pembedahan untuk melakukan operasi mengeluarkan objek tersebut dari badannya.


Remaja itu melalui pembedahan selama enam jam dan kini semakin pulih, sementara ibunya berkongsikan kisah itu untuk mengingatkan ibu bapa supaya berhati-hati dengan barang permainan seperti magnet kerana perasaan ingin tahu kanak-kanak akan mendorong mereka melakukan pelbagai eksperimen berbahaya.

Sumber: MASHABLE