Pelawak tersebut menjelaskan bahawa perkara itu sudah dirancang bersama teman-teman selepas mengetahui isterinya akan melakukan pelancaran produk secara atas talian.
“Saya tahu ramai yang tuduh kontroversi baru-baru ini gimik sebab saya muncul dalam live Sera, masa dia tengha lancar produk pulak tu.”
“Terpulanglah nak cakap apa pun. Saya ada sebab kenapa pilih hari ini untuk ‘pinang’ Sera sekali lagi. Saya dapat tahu dia akan lancar produk hari ini dan saya rancang dengan sahabat saya untuk muncul di live tersebut.”
“Biarpun ada kata yang Sera nampak tak selesa dan sebagainya, tapi saya tak ada cara lain nak bertemu Sera, saya berasakan malam ini adalah yang sesuai.” katanya
Dikecam dengan tuduhan sengaja mencipta kontroversi demi melancarkan produk, Shuk sama sekali menafikan dakwaan tersebut kerana mana mungkin dia tergamak memperjudikan kerjayanya dan harga diri semata-mata kerana gimik.
“Saya masih digantung tugas dan ada tiada apa-apa jawapan dari pihak pengurusan. Agak-agaklah kalau nak menuduh pun.
Selain daripada itu, Shuk juga memaklumkan bahawa dia ingin memohon maaf andai apa yang dilakukan tidak disukai oleh sesetengah pihak.
“Saya hanya mahu rumah tangga kami kembali seperti dahulu demi masa depan anak-anak. Saya sayang Sera, saya sayang anak-anak dan keluarga kami.”
Sumber:Astrogempak,Rosa