eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing-Kucing Selamba Ambil Ikan Perniaga Tak Marah,Sikap Perniaga Mendapat Pujian Ramai

 


Kebiasaanya kita dapat melihat kucing-kucing jalanan yang berada di bermacam-macam tempat dan ada yang bersimpati dengan haiwan terbabit yang kurang bernasib baik membuatkan segelintir netizen bertindak dengan memberikan makan kepada mereka.

Malah ada yang bertindak membawa pulang ke rumah dan merawat dan ada juga netizen menyediakan bekas khusus buat kucing-kucing jalanan untuk makan agar tidak kelaparan.

Tetapi kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini menunjukkan satu perkongsian tentang cara pertolongan daripada peniaga ikan untuk menolong kucing-kucing terbabit dengan caranya tersendiri.


Penguna Tiktok itu baru-baru ini menjadi perhatian warganet apabila video yang dipapar menunjukkan seorang peniaga ikan hanya membiarkan beberapa ekor kucing mengambil ikan yang dijualnya.

Melalui video kelihatan beberapa ekor kucing yang mengambil ikan di tempat peniaga terbabit lalu membawanya pergi ke sebuah tempat lain untuk memakannya.

Walau bagaimanapun, tindakan sporting peniaga itu yang tidak marah malah membiarkan kucing-kucing itu mengambil ikan yang dijualnya itu mengundang doa ramai buat peniaga terbabit.


@munieperasansweet

Bila rezeki di kongsi bersama...semoga lebih luas rezeki penjual ikan di sini. jeti nelayan pantai siring. #tiktok

♬ original sound - Emma’s goodthing store


Disamping warganet juga bersyukur kerana masih ada lagi yang bersikap seperti itu dimana bukan sahaja bersedekah terhadap manusia malah binatang juga sekali gus sikap sporting peniaga itu disenangi mereka.


Sumber: munieperasansweet