eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Munculnya Awan Aneh "Mammatus" Tanda Bencana Akan Berlaku

 


Kewujudan awan unik dikenali sebagai awan mammatus (mammatus cloud) terjadi di Ahmadiya, Iraq, telah menarik perhatian ramai di media sosial. Gambar tersebut dikongsi seorang penduduk tempatan, Omed Muhamad di akaun Twitternya pada 16 Jun 2020 tahun lalu.

Menurut laman Accuweather, awan mammatus terbentuk apabila udara lembap tenggelam ke dalam udara kering. Secara asasnya, ia merupakan awan yang ‘terbalik’ dan membentuk ciri seperti ‘kantung’.

Diameter bagi satu 'kantung' tersebut boleh mencapai saiz dari 1/2 sehingga 2 batu bersamaan kira-kira 3.2 kilometer. Ia juga boleh membentuk kelompok dan memenuhi langit sejauh puluhan batu. Apabila titisan awan dan kristal ais tersejat, awan mamatus akan hilang.

Biarpun ia tidak berbahaya, awan mammatus boleh menjadi tanda kewujudan angin kencang di lokasi berhampiran. Awan yang sama juga sempat dirakam dua jurugambar, Justin Langford dan friend Alex Riley Thompson selepas kemunculan puting beliung di Iowa, Amerika Syarikat pada 2017.

Awan Mammatus juga muncul di daerah timur Oklahoma, Texas, pada 2015 sejurus itu berlaku ribut disusuli Tornado besar dikabarkan terjadi di daerah timur, pusat dan selatan Texas. Dibawah ini beberapa contoh gambar awan mammatus yang diambil dari seluruh dunia