eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Chef Ammar Dipuji Solat Tepi Van,Rahsia Kedai hari2 Meriah Berjaya Dunia Akhirat

 

Chef Ammar Dipuji Solat Tepi Van,Rahsia Kedai hari2 Meriah Berjaya Dunia Akhirat1
Nama Chef Ammar Ali sejak  hari pertama Ramadan kerap menjadi perbualan di media sosial. Penangan Nasi Arab istimewanya yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam telah mencetuskan fenomena dengan pelbagai kisah viral.

Bermula dengan tuduhan juadah yang dijual ‘cekik darah’ sehinggakan orang ramai mengamuk kerana tidak dapat membeli Nasi Arab, ada sahaja momen yang perlu dihadapi oleh tukang masak kelahiran Palestin itu.

Namun begitu, pembeli juadah yang dijual nampaknya tak pernah berkurang malah bertambah saban hari sehingga dia perlu menghadkan orang ramai untuk membeli.

Solat tepi van sekejap

Mungkin hal tersebut berkat daripada keikhlasan dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepadanya. Oleh itu, satu akaun TikTok telah merakam Chef Ammar yang tengah khusyuk menunaikan solat hanya di tepi van walaupun dalam kekalutannya melayan pelanggan di kedai.


@iwanchannel05 DI BALIK KEJAYAAN CHEF AMMAR.tak pernah lupa sang pencipta Subhanallah #chefammar #fyp🇲🇾 #viral ♬ الصوت الأصلي - نور أبو داود

Rahsia kejayaan dalam berniaga

Perkongsian tersebut tentunya mendapat perhatian ramai kerana membuatkan warganet percaya inilah ‘rahsia’ kejayaan tukang masak itu sehingga jarang makanan yang dijual di bazar dibawa pulang semula kerana sentiasa tidak cukup.