eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Empat Lelaki Ditahan, Didakwa Rogol Biawak Secara Beramai-Ramai

 


India – Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra.

Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut.

Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh diperiksa.

Para pegawai menjumpai rakaman perbuatan itu yang menunjukkan bahawa kesemua tertuduh didakwa merogol biawak itu secara beramai-ramai.

Pegawai hutan yang ditempatkan di hutan simpan Sangli mengesan tertuduh dengan bantuan rakaman CCTV di mana mereka boleh dilihat berkeliaran di dalam hutan itu.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa tiga tertuduh datang dari Konkan ke kampung Chandoli Kolhapur untuk memburu.

Difahamkan, pihak hutan akan membawa perkara tersebut kepada Mahkamah Keseksaan India untuk membincangkan pertuduhan terhadap tertuduh.

Bagi yang belum tahu, biawak Bengal Monitor adalah spesies terpelihara di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1973.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didakwa dengan hukuman penjara tujuh tahun.

Sumber: India Today