eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Berani Menyamar Jadi Kembar Masuk Kerja 'Kalau Kantoi Macam Mana'

 

kembar21

Setiap keluarga yang mempunyai pasangan kembar pastinya akan dihiasi dengan keletah lucu yang dilakukan oleh mereka dalam kehidupan harian.

Ini kerana masing-masing mempunyai persamaan yang hampir ketara sehingga mampu menggelirukan ramai pihak, tidak kiralah di kalangan ahli keluarga sendiri ataupun masyarakat setempat.

Gadis menyamar jadi kembar

Baru-baru ini, kecoh  apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Hana Syaira memuat naik video terpaksa menyamar bagi menggantikan pasangan kembarnya.

@hanasyaira Bila last minit kembar ada hal kene settlekan. Kita jadi pengganti dia pergi office 😒😏 #fypシ #fypdongggggggg #foryoupage ♬ Feel My Rhythm - Red Velvet

Kembar ada hal kena uruskan

Berdasarkan perkongsian video tersebut, gadis tersebut memberitahu dia menggantikan kembarnya masuk ke pejabat bagi menguruskan sesuatu urusan secara tiba-tiba pada hari tersebut.

Disebabkan wajah mereka saling tak tumpah, dia mengambil keputusan untuk menyamar buat sementara.


Nasib mereka tak dapat bezakan

Selain itu, dia meluahkan kelegaan kerana rakan-rakan sepejabat kembarnya tersebut tidak dapat membezakan antara mereka berdua, meskipun mempunyai perbezaan kedudukan tahi lalat di bawah bibir.


Bahayalah kalau kantoi

Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan kerisauan di kalangan warganet kerana takut perkongsian video tersebut akan memberikan kesan tindakan disiplin dan tataterbit kerja sekiranya perbuatan tersebut diketahui oleh majikan kembar.

sumber:hanasyaira