eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Menjijikkan Isteri 'Ludah' Sisa Makanan Beri Suami Makan

 

Menjijikkan Isteri 'Ludah' Sisa Makanan Beri Suami Makan2

Sama ada Suami mahupun isteri,tetap ada adap dan tatacara yang perlu dihormati antara satu sama lain 

Tular tindakan seorang wanita ‘meludah’ sisa makanan ke pinggan milik seorang lelaki yang dipercayai suaminya telah mengundang pelbagai kecaman

Menerusi rakaman berdurasi 11 saat itu, memaparkan wanita tersebut sedang menikmati hidangan ketam sebelum seolah-olah mahu menguji sikap suaminya. wanita berkenaan bertanya kepada pengikut sekiranya masih terdapat lelaki yang mampu menjamah sisa makanan daripada golongan wanita.

 

Selepas menggigit isi dan kulit ketam, wanita itu dilihat mendekatkan mulutnya ke pinggan lelaki berkenaan sebelum mengeluarkan sisa makanan yang sudah dikunyah untuk beberapa kali.

Malah, lelaki tersebut tidak menolak sebaliknya terus mengambil sisa itu dengan sudu sekali gus makan dengan penuh berselera.

Tindakan tersebut menyebabkan kemarahan ramai disifatkan tidak beradap meskipun kedua-duanya suami ister