eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Peguam Viral Nampak Sentap, Bila PU Azman Kupas Sebelah Kaki Ke Neraka

 

Pu azman

Sejak belakangan ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan menjadi ‘popular’ di media sosial apabila mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun berhubung kes dera remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Disebabkan itu, tular semula beberapa video membabitkan Nurul Hafidzah termasuk ketika sesi soal jawab bersama pendakwah bebas PU Azman dipercayai pada 2020 yang dimuat naik Mengenai isu 'duit haram atas pembelaan anak guam yang bersalah

@denaitv perkongsian dari PU Azman 2020 #denaitv #pencetusummah #puazman #saman #fypppppppp #perkongsianilmu ♬ Kiss the Rain (Arr. for Piano and Orchestra) - Richard Abel

Sambil mengupas soal sekiranya duit hasil saman adalah haram, PU Azman turut menyelit berkenaan profesion sebagai peguam yang sering dikatakan membawa ke neraka.

Menerusi perbincangan tersebut, PU Azman memberi contoh situasi apabila peguam mengambil kes dengan berpihak kepada penjenayah atas sejumlah bayaran tertentu.


PU Azman berkata, ‘neraka’ yang dimaksudkan adalah apabila peguam berjaya memenangi kes walaupun anak guamnya jelas melakukan kesalahan.

“Dua orang hakim akan masuk neraka iaitu hakim yang membuat keputusan secara zalim atau jahil. Tiada ilmu kehakiman, jatuhkan hukum.

“Ada satu hakim yang masuk syurga iaitu hakim yang membuat keputusan dengan adil. Peguam lebih kurang sama macam hakim, dia bantu membuat keputusan. 


“Boleh kerja peguam ni kalau kita bantu untuk menegakkan kebenaran. Yang masalahnya kalau ada orang tu dia buat jenayah, lepas tu bayar kat seorang peguam. Tolong, aku bayar RM2 juta. Kau selamatkan aku.

“Peguam tu pun ambil… dan dia menang berhujah. Orang yang salah pun jadi betul. Yang ni disebutkan neraka. Tapi kalau peguam tu seorang yang adil dengan memilih kes, tiada masalah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi enam minit itu 835,000 tontonan dan 2,070 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi

sumber:denaitv