Jarang golongan isteri bersetuju sekiranya suami mereka ingin berkahwin lain, atau bahasa mudahnya mahu berpoligami. Kalau ada pun, mungkin wanita itu menerima kenyataan atas sebab-sebab tertentu.
Baru-baru ini, seorang lelaki memuat naik video di akaun TikTok @helmi_juhari berkongsi bahawa isterinya telah memberi keizinan kepada dirinya selepas menyatakan hasrat untuk bernikah lagi.
Menurut lelaki tersebut, dia memahami hati dan perasaan isteri yang seolah-olah tidak reda sepenuhnya dengan tindakan berkongsi kasih sayang dengan wanita lain.
Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tengah sedih…
@helmi_juhari Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tgh sedih. #poligami #kawindua #sunnah ♬ Can We Kiss Forever? - Kina
Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, lelaki berkenaan merakam aksi isterinya yang dikatakan turut teman untuk membeli pelbagai barang keperluan sebagai persediaan bagi meminang bakal madunya.
“Bini aku bagi izin kahwin satu lagi. Siap ajak beli barang rombongan meminang tapi aku tau..
“…hati dia tak reda 100% sebab berkongsi suami adalah sukar bagi setiap wanita. Lepas ni aku kena pastikan aku berlaku adil,” tulisnya.
Video meraih 1.5 juta tontonan itu menerima lebih 8,000 komen netizen yang rata-rata mengecam tindakan si suami yang masih meneruskan hasratnya untuk berkahwin lain walaupun sedar isteri sendiri terluka.
Malah, terdapat juga segelintir individu menyifatkan lelaki terbabit ‘kejam’ kerana sanggup menduakan isteri apatah lagi kelihatan sangat bahagia berdasarkan muat naik video sebelum ini.
Banyak lagi sunnah, ni juga dipilih
sumber:helmi_juhari