Suspek berang apabila mangsa membelok (kenderaan) secara tiba-tiba di lokasi kejadian, itu antara sebab suspek memarahi lalu memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang pengaruh dadah dan direman bermula hari ini sehingga Khamis.
“Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan warga emas berkenaan terbaring di atas jalan akibat ditumbuk bertubi-tubi oleh suspek sehingga mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk.