eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tiada lagi 7 Hari Mencintaiku, Ini yang terakhir -Siti Rosmizah

 


Drama 7 Hari Mencintaiku 3 baru sahaja melabuhkan tirai semalam. Persoalan yang bermain untuk satu musim ini akhirnya terungkai dan keluarga Pak Samad kembali bahagia walaupun bekas komando itu meninggal dunia.

Sudah tiga musim ia bersiaran dan ketiga-tiganya mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun plot cerita hampir sama.


Tiada lagi kelanjutannya

Sebelum ini, ramai yang meluahkan pendapat bahawa drama 7HMK tidak perlu diperpanjangkan lagi kerana bimbang jalan cerita akan semakin celaru kerana tiga musim sahaja sudah membuatkan emosi penonton turun naik.

Seakan menyedari rungutan peminat drama tersebut, penulis 7HMK, Siti Rosmizah Semail memaklumkan yang tiada lagi lanjutan kisah keluarga Pak Samad selepas ini.


Ada rezeki berjumpa lagi

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh peguam terbabit menerusi media sosial dengan menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga 7HMK dan mengucapkan selamat tinggal untuk naskah terbabit buat selamanya.

“Ucapan terima kasih tak terhingga pada team drama TV3 yang telah memberikan kerjasama yg baik.
Apa jua kekurangan dari karya ini atas kelemahan Kak Siti kerana yang terbaik itu hanya dari Ilahi.
Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa di karya Andai Itu Takdirnya.

Selamat tinggal keluarga 7 Hari buat selamanya..” tulisnya.


Terima ucapan tahniah dan terima kasih

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada beliau diatas karya yang cukup istimewa ini.

Jalan cerita serta lakonan yang cukup mantap daripada barisan pemain watak 7HMK ini benar-benar berbekas dalam hati penonton kerana setiap episod trending di media sosial.