eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Baby Shima dituduh tunggang agama pula pakai baju sopan-“Tutup aurat pun neraka tempat kau!”

 


Setiap hari ada sahaja cerita baru yang hadir dari penyanyi kontroversi, Baby Shima. Pemilik nama sebenar Nor Ashima binti Ramli ini sepertinya sedang berusaha ‘memancing’ perhatian netizen yang sentiasa ‘bersedia’ memberikan kecaman.

Selepas teruk dikritik berikutan kekerapannya berkongsi video bergelek tak kira tempat, Baby Shima telah tampil ‘menyekolahkan’ sesetengah netizen yang sibuk mengambil tahu urusannya.

@babyshimaofficial sibuk dengan hal orang.. anak, adik beradik sendiri terbiar, sibuk asik nak sekolahkan orang, entah2 keluarga sendiri pun lebih teruk #makcikbawang #fyp #babyshima ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) - normuhammadhafiezhayqal

“Tutup aurat pun neraka tempat kau!”

Namun begitu, setelah tampil dengan berbaju lebih sopan serta tidak melakukan aksi-aksi ‘gelekan mautnya’, Baby Shima tetap  dikecam dengan tuduhan yang agak berat iaitu penunggang agama.

Hal tersebut dikongsikan oleh Shima di akaun TikTok miliknya dengan menunjukan tangkapan layar mesej yang diterima daripada netizen.


@babyshimaofficial Abg memang baik, kata2 pun baik🥰 #babyshima #byma #fyp #lalai ♬ original sound - Babyshima

“Kau tutup aurat pun neraka tempat kau! Bab* Shima ni penunggang agama! B*t*h! Perempuan murahan!” tulis mesej tersebut.

Berani betul dia kata begitu

Perkongsian daripada penyanyi yang mencipta nama di negara seberang ini telah mendapat perhatian netizen yang seperti biasa ‘bersedia’ untuk meninggalkan pendapat mereka.

Pelbagai komen diterima dan ada diantara mereka turut tidak bersetuju cara individu tersebut menegur Baby Shima kerana terlalu kasar lebih-lebih lagi dengan menggunakan kata-kata kesat.