eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Belanja RM 50 Ribu,Elak Lapan Isteri Bergaduh Belikan Hadiah Sama

 


Seorang lelaki dan ‘influencer’ terkenal Brazil, Arthur O Urso mendedahkan dia telah berbelanja wang hampir RM 50 ribu untuk membahagiakan lapan isteri sempena Hari Valentine.

Lelaki berkenaan sebelum ini menjadi tajuk utama apabila dia berkahwin dengan sembilan wanita atas alasan untuk meraikan ‘kebebasan bercinta’. Bagaimanapun baru-baru ini, dia memfailkan penceraian dengan salah satu isterinya dan kini kekal memiliki lapan isteri dalam satu masa.

Kini, bagi meraikan cintanya kepada mereka, Arthur memutuskan dengan membelikan mereka hadiah bersempena Hari Valentine Brazil yang  berlangsung pada 12 Jun yang lalu.

“Teman hidup abadi, mereka sentiasa berhak mendapat yang terbaik” kata Arthur dalam satu temu bual berkenaan isteri-isterinya.

Authur membawa enam isterinya termasuk Luana Kazaki, isteri pertamanya yang merupakan seorang model fesyen untuk membeli hadiah bagi majlis romantis.

Dia kemudiannya menjelaskan bahawa dirinya masih belajar tentang perkahwinan, namun sentiasa mencuba yang terbaik bagi mengekalkan kebahagian rumah tangganya.

“Lebih-lebih lagi kerana saya mempunyai lebih daripada seorang isteri, jadi saya perlu menjadi yang terbaik dengan mereka semua” tambahnya.

Arthur membelanjakan kira-kira £9,000 atau hampir RM 50 ribu untuk membeli hadiah buat lapan isteri dan menjelaskan bahawa mereka meminta untuk dibelikan hadiah yang sama.

sumber:Daily Star