eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki ini Bayar hampir Rm7,000 tukar imej ,Netizen tak puas hati-“Last-last macam cikgu disiplin”

 


Tindakan seorang lelaki yang membuat perubahan terhadap penampilannya tidak seindah disangka apabila hasil transformasi dilakukan seolah-olah tidak dapat diterima dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna laman Twitter, @QusyairiH memuat naik sedutan video memaparkan lelaki tersebut menggunakan khidmat seorang perunding imej bagi menukar penampilan menjadi lebih segak.

Tempah slot sekarang!

Difahamkan, lelaki yang juga pemilik sebuah chalet itu nekad melakukan transformasi berkenaan setelah berdepan banyak masalah apabila terdapat pengunjung menyangka dia adalah tukang kebun.

Selepas perunding imej mengambil kira dari pelbagai sudut, penampilan lelaki itu diubah dari t-shirt berkolar ke baju kemeja yang dilihat lebih profesional sebagai majikan atau bos.

Bagaimanapun, hasil perubahan imej itu membuatkan segelintir netizen kurang berpuas hati apatah lagi lelaki berkenaan membayar sebanyak RM6,999 untuk sesi transformasi tersebut.

Rata-rata berpendapat bahawa transformasi itu tidak berbaloi dengan jumlah dibayar kerana hasilnya dilihat ‘biasa-biasa’ sahaja sekali gus membandingkan imej terbabit seperti ‘kakitangan kerajaan’.

Last-last macam cikgu disiplin






sumber:@QusyairiH