eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Netizen tersentuh tengok video Cik Non,sentiasa perbaiki diri sebelum dijemput Ilahi

 


Warganet hari ini dikejutkan dengan pemergian pengasas produk, Cik Non yang disahkan meninggal dunia oleh suaminya akibat komplikasi kesihatan di Hospital Kajang, awal pagi tadi.

Sekiranya dulu Cik Non atau nama lengkapnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin ditularkan dengan cerita negatif, kali ini arwah mengundang sebak menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook.

Seorang pengguna Facebook, Anis Farhana memuat naik dua video daripada TikTok suami arwah memaparkan Allahyarham menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan mengerjakan solat.


 

Sebuah video memperlihatkan Cik Non mengajar anak perempuannya untuk bersolat, manakala satu lagi video menunjukkan arwah menjadi makmum sebelum bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.

“Allah tak pandang permulaan perjalanan hambaNya tapi Allah pandang pengakhiran hambaNya.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman disisiNya. Amin,” tulis Anis.


 

Ternyata meskipun sering menerima cacian dan makian segelintir individu, ibu seorang cahaya mata itu sentiasa cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan sehingga ditakdirkan ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan berita pemergian arwah selain menyifatkan ia adalah pengakhiran terbaik buat Allahyarham Cik Non.

sumber:ciknon