eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selepas dikecam biadap Rosyam Nor jawap isu gurauan pengganti Shuib

 


Sebelum ini, pelakon Rosyam Nor teruk dikecam netizen selepas gurauan yang diberikan kepada Shuib di dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini dilabelkan sebagai biadap. Malah ada yang mendakwa pelakon itu tidak sepatutnya bertanyakan tentang soalan sensitif itu kepada Shuib.

Baru-baru ini, Rosyam Nor memberitahu ia sebenarnya telah dirancang lebih awal dan mereka hanya mengikut skrip yang diberikan. Menurutnya juga, Shuib sendiri telah sedia maklum tentang soalan yang akan diajukan itu di mana mereka sama-sama cuma mengikut skrip tersebut.

@imranimlap #AME2021 #fyp #TetibaAME2021 #YangFreshYangLegend ♬ original sound - imran imlap

Di dalam acara Anugerah MeleTOP Era 2022 baru-baru ini, Rosyam Nor dan Shuib sama-sama bergandingan sebagai penyampai anugerah. Pelakon senior itu kemudian mencuri tumpuan ramai apabila dia mengajukan soalan tentang pengganti Shuib.

Ia kemudian menjadi perbualan hangat di media sosial di mana rata-rata netizen menganggap gurauan yang diberikan itu agak sensitif untuk ditanyakan kepada Shuib. Menurut Rosyam Nor, itu semua adalah gurauan yang dirancang mengikut skrip yang diberikan.

“Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal.”


Malah dia tidak bermaksud menjatuhkan maruah Shuib dengan menanyakan soalan tersebut memandangkan Shuib sudah sedia maklum dengan skrip tersebut. Hubungannya dengan pelawak itu juga masih lagi sama seperti biasa dan tiada isu yang timbul di antara mereka.

Menurutnya, selepas mereka selesai menyampaikan anugerah, mereka sempat melepak dan bergurau bersama-sama di belakang pentas. Shuib juga memberitahu dia tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku pada malam anugerah tersebut sebaliknya cukup menghormati pelakon senior itu.

sumber:kosmo