eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita terkilan dimaki pemilik kedai-“Takde duit, jangan bawa mak bapak makan di kedai!”

 

Sejak kecil lagi, setiap orang diajar untuk saling menghormati sesama manusia tanpa mengira latar belakang seseorang. Namun, tidak semua orang masih mengamalnya pada hari ini, terutama dari gaya pertuturan sehingga terguris perasaan seseorang.

Apabila disoal mengenai adab ketika bertutur, mereka mengatakan ia sudah menjadi kebiasaan seharian lebih-lebih lagi mengikut loghat negeri yang berlainan.

Sedih dimaki pemilik kedai di Melaka
Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita baru-baru ini apabila ditengking oleh pemilik Restoran 35 di Melaka.

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan wanita itu sedang makan di restoran berkenaan sambil berlatar belakangkan suara pekerja memaki hamun pelanggan.

“Ini kedai saya, saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual!”kata pemilik kedai tersebut dengan suara yang agak lantang.


“Kau datang dah pukul berapa? Kalau ada gajah, gajah pun habis”

Apa yang menambahkan kekecewaan wanita itu adalah disindir oleh pemilik kedai sebaik sahaja bertanya mengenai jenis lauk yang masih ada pada ketika.

Pada masa yang sama, wanita itu meluahkan kesedihan melihat layanan yang diberikan oleh pemilik kedai berkenaan, lebih-lebih lagi dia datang membawa ahli keluarga dari Singapura untuk menjamu selera.

“Keluarga aku datang pada jam dua petang. Apabila melihat lauk di cermin bahagian pelanggan, aku bertanya kepada pekerja di situ. Aku tanya lauk ini saja ke yang tinggal? Dia pun mengiyakan sahaja sebelum berkata sesuatu.

 “Kau datang dah pukul berapa? kalau ada gajah, gajah pun habis,” sindir pemilik kedai.



Aku ni jiran atau anak2 buah kau ke?

Melihat kepada layanan yang diterima, termasuklah tutur kata indah itu, wanita itu mengandaikan pemilik tersebut bercakap dengan saudara-maranya atau jiran tetangga.

Walaupun hatinya sedang panas membara, dia masih bersabar mengenangkan batasan hormat kepada orang yang lebih berusia darinya.

“Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu? Tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan, masih lagi order and terus makan sebab aku dah lapar sangat.”ujarnya.

Takde duit jangan bawa mak bapak makan!

Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi ‘dimaki’ dan ‘disindir’ ketika sedang mahu membuat pembayaran di kaunter.

Walaupun terkejut mendapat tahu bil yang dikenakan ke atas hidangan tersebut adalah berjumlah RM240, ia masih tidak dapat dilawan dengan kata-kata biadap yang masih gigih dilemparkan kepada pelanggan.

“Takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan,” sindir pemilik itu lagi.

Difahamkan, pemilik kedai itu masih belum meminta maaf dari mereka seisi keluarga dari mula masuk ke kedai sehinggalah balik.

Untuk makluman, kedai ini pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live bagi mempromosikan produknya.