eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ustaza Jadi Bahan Tawa Netizen ,Guna Mainan Budak-Budak Halau Jin

 


Meskipun video perawatan Islamnya dicemuh dan dikritik, namun individu ini yang juga dikenali sebagai Ustaz Raffi masih tetap aktif memuat naik video sama, malah makin mendapat sambutan dari kalangan orang ramai.



Berdasarkan kompilasi video di akaun Tiktoknya, memaparkan sesi perubatan yang dikendalikan olehnya dengan menggunakan kaedah perawatan Islam.

Cuma yang membezakan kaedah Ustaz Raffi dengan ustaz yang lain apabila dia menggunakan mainan budak-budak semasa sesi merawat pesakit yang rata-ratanya datang untuk menghalau jin dan membuang saka.

@perubatanislamustazraffi ILMU الله sangat luas,jika kita tak tahu atau tak faham JANGAN KETAWA atau MENGHINA,berlajarlah supaya BERILMU,nanti akan tahu DENGAN IZIN الله dan KEHENDAKNYA apa pun alat yang digunakan إن شاء الله‎ akan dapat MENEWASKAN SAKA#fyp ♬ original sound - USTAZ RAFFI

Antara video yang dikongsi, menyaksikan Ustaz Raffi merawat individu menggunakan pistol mainan untuk menghalau makhluk ghaib (jin) yang didapati di dalam tubuh seorang wanita.


@perubatanislamustazraffi SYUKUR kepada الله YANG TELAH MEMUDAHKAN URUSAN ku dengan hanya menggunakan PISTOL MAINAN dapat merawat pesakit الحمد لله jika tak faham atau tak suka kaedah rawatan saya,JANGAN MENGHINA kerana ditakuti akan MENDATANGKAN KEMURKAAN الله se-eloknya berjumpa dengan saya untuk penjelasan lanjut…#fyp ♬ original sound - USTAZ RAFFI

Pun begitu, tiasa sebarang mantera atau bacaan yang tidak difahami digunakan oleh Ustaz Raffi.

Dia masih tetap menggunakan ayat suci Al-Quran semasa sesi merawat dari mula hingga selesai dan kebanyakkan yang bertemu dengannya berpuas hati kerana pesakit akan pulang dalam keadaan sembuh.