Adik sakit 2

 
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut. Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa, wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu.

Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psoriasis Pustular. Di usia yang masih muda dan tidak tahu apa-apa, adik Izzat hanya mampu menangis menahan ujian penyakit tersebut.

Psoriasis adalah penyakit kulit autoimun yang dicirikan oleh munculnya gejala (suar) secara spontan. Ia menyebabkan kulit mengalami gatal-gatal atau menyakitkan, merah, dan menjadikan kulit bersisik.

Adik Izzat Rafael menderita penyakit ‘Psoriasis Pustular’ sejak usia 1 bulan

“Anak saya waktu usia sebulan, lepas pantang terus jadi macam ini. Masuk wad 12 hari on antibotik. Sekarang anak umur 2 tahun 5 bulan.”

“Penyakit ini akan datang sebulan sekali, selepas salin kulit akan elok sekejap dan naik balik semula,” ujar wanita ini.


Terjadi sudah 25 kali sepanjang usia 2 tahun 5 bulan

Menurut Fatin, ini merupakan kali ke 25 anaknya terpaksa menderita dengan penyakit ini sepanjang usianya. Keadaan kulit anaknya untuk kembali pulih hanya sekejap sahaja iaitu sebulan. Kadang-kadang tidak sampai sebulan, keadaan ini terjadi semula.

Ini adalah keadaan di mana kulitnya kelihatan sihat. Namun, ia tidak kekal lama hanyalah sementara sahaja kerana kulitnya akan kembali teruk dan kering.

Menurut ibunya, tempoh masa untuk jadi kulit seperti agak lama iaitu hampir tiga minggu.


Paling memilukan apabila, keadaan kulit kering yang merekah ini membuatkan adik Izzat tidak boleh bangun ataupun berdiri. Setiap kali terkena penyakit ini, si kecil ini akan demam dan meradang.

Bayangkan, betapa besarnya ujian yang perlu adik Izzat Rafael ini lalui, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sebenar anak kecil ini.


Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya menunjukkan keadaan kulit anaknya yang merekah teruk dan membuatkan anak kecil ini tidak mampu bangun dan berjalan. Hanya mampu menangi
@sueeanna96 Budak tuah mama 💕💕💕 sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya 😭 #fyp ♬ Laper Laper Ha - Faiha

Namun, ibu ini telah redha dengan apa yang terjadi dan mengharapkan kesembuhan milik anak kesayangannya suatu hari nanti. Semoga Allah angkat segala penyakit daripada adik Izzat Rafeal ini, aamin.
@sueeanna96 Gambar dari umr sebulan smpai sekrg mmg naik sebulan sekali sakit ni bygkn dlm pntg dia mngis sebulan xtau punca knp dia ngs mcm swan tangis tpi xdk ap Allah uji #anaksyurgaku😢 #fyp ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku - Fiena

Sumber:Fatin Suhana

Ibu Sedih,Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik,25 kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Mesej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih2

Mana mungkin kita tidak mengenali Keluarga pelawak terkenal Johan dan juga Ozlynn yang selalu mencuri tumpuan dengan pelbagai telatah mereka di media sosial,baru-baru ini anak sulung kepada kedua pasangan tersebut pula berjaya membuat ramai tersentuh  melalui mesej yang dikongsikan Ozlyn

Menjadi anak sulung bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu memikul tanggungjawap membantu ibu bapa Perkongsian mesej di antara Ozlynn dan Ariq, anak sulungnya ini turut membuatkan ramai terharu membacanya.

Masej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih7


Di dalam gambar yang dikongsikan ini, Ozlynn berkongsikan mesej di antara dia dan anak sulungnya itu yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dalam mesej tersebut, Ariq menunjukkan sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung semasa berkongsikan bajet bulannya di sana.

Dalam masa yang sama, dia sempat mengingatkan dirinya perlu berjimat cermat untuk adik beradik yang lain sebagai anak sulung. Ariq juga siap berkongsikan belanja bulanannya dan menggunakan aplikasi untuk membantunya berbelanja dengan bijak.

Perkongsian tersebut membuatkan Ozlynn berasa tersentuh dan terharu dengan sifat tanggungjawab anak sulungnya itu. Sehinggakan ramai yang turut memuji kematangan lelaki itu dalam membantu adik beradik yang lain.

Masej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih10

Mesej Anak Sulung Ozlynn Dan Johan Buatkan Ramai Terharu Sedih

 

Drama Projek Anchor SPM

Nantikan drama premium Astro Originals 'Projek Anchor SPM' diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Akan datang mulai 15 Mac ini, setiap Isnin, 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 HD | 128 SD, atau strim di On Demand dan Astro GO

JUDUL : PROJEK ANCHOR SPM
EPISOD : 8
TARIKH : 15 Mac - 3 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin, 9.00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 108 (HD) & 128 (SD)
PENULIS SKRIP : Anwari Ashraf
PENGARAH : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
PRODUKSI : Alpha47 Films, Astro Shaw
PELAKON : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot , Taufiq Izmir, Danish Hazriq

WATAK PELAKON

Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
Aedy Ashraf sebagai Aizat  
Shasha Abedul sebagai Jaja
Nadhir Nasar sebagai Hilmi
Chubb-E sebagai Botol
Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
Tony Eusoff sebagai Zubir
Daniella Sya sebagai Tai Ying
Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
Fadhli Masoot sebagai Zaim
Taufiq Izmir sebagai Cheng

SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.

Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.

Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

TASER PROJEK ANCHOR SPM


PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 1

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 2

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 3

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 4

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 6

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 7

PARA PELAKON PROJEK ANCHOR SPM 8

Projek Anchor SPM Lakonan Daiyan Trisha, Aedy Ashraf

 

Kampung Kolestrol Aiman tino Sufian Suhaimi

Sebuah drama komedi 'Kampung Kolestrol' dibintangi oleh Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan ramai lagi. Drama arahan Shuhaimi Lua, terbitan Zamriez Golden Pictures. Akan menemui penonton di slot Kelakarama TV9 pada bulan Ramadan ini.

JUDUL : KAMPUNG KOLESTROL #kampungkolestrol
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 1 Ramadan
WAKTU SIARAN : -
SIARAN TV : Kelakarama TV9
IDEA ASAL : Irdeena Nur Humaira
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Rusdi Ramli, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Anne Abdullah, Norlie, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati, Siti Saerah, Ifa Raziah, Ani Maiyuni, Sazrin Aizul, Lana Nodin, Herman Tino

WATAK PELAKON
 
Ziana Zain sebagai Kak Gee
Mas Idayu sebagai Kak Bib
Aiman Tino sebagai Amir
Sufian Suhaimi sebagai Adi
Ryry Ryun sebagai Laila

SINOPSIS KAMPUNG KOLESTROL

~akan dikemaskini

PARA PELAKON KAMPUNG KOLESTROL

para pelakon Kampung Kolestrol 1

Para Pelakon Kampung Kolestrol 2

Para Pelakon Kampung Kolestrol 3

Para Pelakon Kampung Kolestrol 4


Kampung Kolestrol Lakonan Aiman Tino Sufian Suhaimi

 

Guru Campak Dan Jerit Anak Murid

SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Saya mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata guru tersebut telah dipanggil bagi memberikan keterangan dan siasatan lanjut akan dijalankan pihak polis.

Video berdurasi 10 saat itu yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.

— BERNAMA

Polis Siasat Video Tular Guru Campak Dan Jerit Anak Murid

 

Drama Covid Oh Covid Nora Danish Syafiq Kyle

Sebuah drama bertajuk 'Covid Oh Covid' bakal disiarkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Umie aida, Nora Danish, Tony Eusoff, Adibah Noor, Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan ramai lagi. Drama arahan Izuan Mokhtar, terbitan Rumah Karya Citra.

JUDUL : COVID OH COVID #Covidohcovid
EPISOD : -
TARIKH : April 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Izuan Mokhtar
PRODUKSI : Rumah Karya Citra
PELAKON : Umie aida, Tony Eusoff, Adibah Noor, Nasiruddin Alaydrus, Nora Danish, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Yusof Hashim, Fathia Latiff, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz, Syafiq Kyle

SINOPSIS COVID OH COVID

~akan dikemaskini 

#fullepisod #tontoncovidohcovid #sinopsiscovidohcovid
PARA PELAKON COVID OH COVID

Para Pelakon Covid Oh Covid

TASER COVID OH COVID

Covid Oh Covid Lakonan Nora Danish,Tiz Zaqyah,Syafiq Kyle


Nantikan telefilem '6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend' lakonan Naqiu, Nora Danish dan Iman Suhana pada Sabtu, 27 Mac 2021 jam 9 malam hanya di Astro Citra.

JUDUL : 6 LANGKAH MENGHANCURKAN EX-BOYFRIEND
WAKTU SIARAN :  Sabtu, 27 Mac 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENGARAH : Syahid Johan
PRODUKSI : Heritage Movies Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Naqiu, Iman Suhana, Anne Abdullah, Zaryn Min, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mimi Ernida, Nessaa Idrus

SINOPSIS 6 LANGKAH MENGHANCURKAN EX-BOYFRIEND

Sha dibantu oleh sahabatnya Qis telah mengaturkan langkah untuk menghancurkan kehidupan bekas kekasihnya Amri kerana telah memutuskan hubungan percintaan mereka.

promo  6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend

Pelakon 6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend



Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex-boyfriend