Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai kemelut yang melanda rapper terkenal, Caprice, Ustaz Ebit Lew (UEL) dan tiktoker Indonesia iaitu Mondy Tatto.

Isu yang membabitkan ketiga-tiga individu ini menjadi hangat selepas Mondy membuat pendedahan berhubung seorang ustaz ketika ditemubual oleh Caprice dalam podcastnya di YouTube.

Ustaz Derry dakwa Mondy keluarkan kenyataan bohong
Podcast itu kemudian menjadi perhatian ramai termasuklah seorang ustaz di Indonesia iaitu Ustaz Derry Sulaiman yang mendakwa kenyataan dikeluarkan Mondy di dalam podcast terbabit adalah bohong.

Malah dia turut menunjukkan tangkap layar bersama Mondy yang mengaku apa diceritakan adalah tidak benar dan melakukan hal tersebut untuk mendapatkan duit.

Caprice dakwa ustaz Derry padam screenshot WhatsApp, ayah Mondy mohon maaf

Walau bagaimanapun, Caprice di dalam satu hantaran di Instagram mendakwa bukti perbualan berkenaan telah dipadam oleh ustaz terbabit.

Namun disebabkan perkara itu telah menjadi sohor di media sosial Malaysia dan Indonesia. Seorang lelaki yang dipercayai adalah bapa tiri kepada Mondy lalu tampil memohon maaf atas tindakan dilakukan wanita berkenaan selain meminta perkara itu disampaikan kepada UEL. [Video]

Mondy minta bapa tiri jangan buka mulut jika tak tahu hal sebenar
Tidak mahu perkara menjadi lebih rumit, Mondy kemudian meminta agar bapa tirinya tidak mengeluarkan sebarang cerita jika tidak mengetahui hal yang sebenar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh Caprice. Malah wanita itu turut menangis kerana kesal dengan tindakan bapa tirinya itu.

“Jangan buat-buat tahu, jangan buat cerita, bapa tu biasa mulutnya bercerita tetapi tidak tahu bagaimana keadaan anak di sini. Kami di sini sedang cuba untuk menyelesaikan masalah tetapi bapa memburukkan lagi keadaan, cerita kepada ustaz itu dan media macam ini dan macam itu.

“Selagi saya kata saya aman dan baik, saya baik. Tak perlu cerita kepada orang, sedangkan orang itu pun tidak tahu siapa.

“Untung saya berada di Malaysia bukan Indonesia,” ujar Mondy semasa menghubungi bapa tirinya.

Caprice dakwa ibu dan bapa tiri Mondy percaya dengan perbualan bersama ustaz Derry
Caprice dalam pada itu turut meluahkan rasa kasihannya terhadap Mondy kerana ibu dan bapa tirinya didakwa percaya dengan ‘bukti chat’ yang telah menjadi tular di Indonesia dan Malaysia.

“Kesian juga dekat Mondy ni.. ibu atau bapa tiri dia kena ‘gula-gula’ dengan ‘bukti chat’ yang pasti palsu dan ditunjuk dekat satu Indonesia atau Malaysia.

“Fitnah yang sangat jahat. Waktu ustaz Derry bersiaran langsung, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi keterangan atau disoal siasat,” tulis Caprice.

Akan bantu orang yang teraniaya
Jelasnya mereka bertanggungjawab untuk membantu orang yang teraniaya.

“Cap risau kalau bukan kitalah yang berani bantu mangsa macam Mondy ni.. siapa je yang berani bela?

“Allah hantar satu mangsa dengan hati yang bersih, berani dan kuat tapi paling susah untuk masyarakat percaya kerana tatu atau luaran dia.

“Kita terima ujian tersebut, insya-Allah kami bantu sampai habis,” ujarnya lagi.

Mondy Minta Bapa Tiri Jangan Buka Mulut ,Jika Tidak Tahu Hal Sebenar

 

Caprice sebelum ini turut mendedahkan satu video yang menurutnya adalah bukti perbualan WhatsApp antara Mondy dan staf ustaz terbabit.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu video podcast pendedahan seorang wanita bertatu daripada Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatoo mengenai kelakuan seorang ustaz kepadanya.

Mondy mendakwa tanganya diusap dan disorok di balik beg selain dia juga dipaksa untuk berlakon solat bagi tujuan rakaman.

Pendedahan itu diberikan oleh Mondy di dalam sebuah rancangan Podcast di saluran YouTube penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Meskipun Mondy tidak menyebut sebarang nama, namun netizen mengaitkan ustaz berkenaan dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memandangkan Ebit Lew sebelum ini tular membantu wanita bertatu itu sehingga membawa kepada perubahan yang baik

Caprice pesan kepada pemfitnah agar simpan tuduhan hingga kebenaran terbukti

Terbaharu, Caprice menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya berpesan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan-tuduhan tersebut sehingga kebenaran terbukti.

Hal ini kerana, segelintir individu menuduhnya membayar Mondy untuk mereka-reka cerita semasa temubual di dalam podcast terbabit.

“Fikir balik nak jawab apa dekat tuhan” – Caprice

Selain itu, Caprice juga meminta agar orang yang memfitnah dirinya untuk berfikir kembali apa yang harus dijawab kepada Allah SWT jika benar pendedahan itu.

“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ (tangkap layar) komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat.

“Insya-Allah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Dalam pada itu, media melaporkan Ebit Lew tampil membuat laporan mendakwa dirinya difitnah secara melampau.

Ebit Lew menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata laporan itu dibuat sekitar jam 12 malam tadi sebaik tiba dari Jeddah.

“Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya,” kata Ebit Lew.

Caprice Dituduh Bayar Mondy Untuk Reka Cerita,Minta Pemfitnah Jawab Dekat Tuhan Nanti

 

Setelah Caprice mendedahkan pengakuan Mondy yang mendakwa dirinya ‘diganggu’ secara kurang sopan sepanjang berada di Malaysia sebelum ini, Ustaz Ebit Lew yang baru pulang dari Jeddah segera membuat laporan polis.

Rapper terbabit bagaimanapun tidak gentar kerana yakin pihaknya berada di jalan yang betul.

Tambahnya lagi, mereka sudah serahkan segala bukti kepada pihak PDRM.

Saya tak pernah jumpa orang sebaik Ebit Lew…Akhlak yang luar biasa…Bahasa yang santun

Sementara itu, sahabat handai Ustaz Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman juga sempat bersuara dalam kemelut membabitkan 3 individu ini.

Dedahnya, sebelum ini Mondy pernah minta dibelikan motosikal oleh Ustaz Ebit.

Sepanjang mengenali, pendakwah Indonesia ini memuji keperibadian Ustaz Ebit yang disifatkan sangat-sangat baik.

Meskipun bukanlah orang miskin, Ustaz Ebit akan membawa pelbagai macam buah tangan jika sahabatnya itu datang ke Malaysia.

Kalian screenshot la berita ini, sebarkan di Malaysia…Yang dipegang-pegang itu, Mondy bohong

Mamaparkan sisi yang cukup terpuji, Ustaz Derry juga begitu hairan mengapa ada pihak yang seakan-akan sengaja mencari aib dan mencalarkan nama baik Ustaz Ebit Lew.

Dia juga sempat menunjukkan bukti WhatsApp dengan Mondy Tatto di mana wanita itu mengaku segala yang diperkatakan dalam postcast Caprice adalah bohong.

Mondy cuma mahu wang

Tiada kepentingan peribadi, Ustaz Derry berkata semua yang dibicarakan adalah kerana Allah semata-mata.

Mahu percaya atau tidak, ia berbalik kepada penerimaan masing-masing.

Namun berdasarkan paparan mesej yang dikongsikan, katanya Mondy melakukan penipuan sebegitu demi mendapatkan wang.

@ride0rdie.sg Pang,pangsai . #mondytatto #mondy #ebitlew #malaysiafyp #fypsg #singpore #fitnahakhirzaman #uel #indonesia #gelandangan ♬ original sound - LocalWheel.SG

Tular Isu pegang-pegang, sahabat Ebit Liew dedah bukti baru “Mondy mengaku cuma mahu duit”

 

Pasti sekarang ini ramai yang tengah ketagih bermain permainan aplikasi Monopoly Go kan? Permainan yang boleh buatkan kita lalai lebih-lebih lagi apabila bila dapat dadu banyak. Siapa yang main game ni mesti akan faham.

Namun begitu, amat mengejutkan apabila ada netizen dari platform media sosial X mendedahkan lokasi akaun Instagram permainan tersebut.

https://x.com/brillantebyul/status/1702157988323307782?s=20

Base dekat Israel?

Seorang netizen membuka profile akaun Instagram rasmi permainan ini dan mendapati bahawa ianya dari negara Israel dan hasil pemantauan, admin juga menemui penemuan yang sama.

Walau bagaimanapun, developer untuk permainan ini, Scopely Inc. merupakan syarikat dari Amerika Syarikat yang mempunyai ribuan cawangan di seluruh negara tersebut, termasuklah di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Biarpun begitu, rata-rata netizen terkejut apabila mengetahuinya dan ia membuatkan netizen mula rasa curiga dengan permainan ini.

Berdasarkan hasil carian kami juga, memandangkan ada antara cawangannya di Timur Tengah, ada kemungkinan Israel juga salah satu dari cawangannya. Ini kerana, sumber daripada mobilegamer.biz melaporkan bahawa Monopoly Go ini mempunyai lebih 150 kakitangan dan juga merangkumi Israel, UK dan Ukraine.

Secara logik, mungkin cawangan di Israel yang handle Instagram, mungkin? Hurm, apapun, ia bergantung kepada individu untuk nilaikan sendiri sama ada mahu teruskan main permainan ini atau tidak.

Netizen terkejut bila tahu rupanya Monopoly Go dari Israel?

 

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan sifat berlagak ketika berduit tidak harusnya dilemparkan kepada golongan wanita sahaja.

Menurutnya, sikap berlagak tidak hanya tertakluk terhadap golongan wanita kerana kaum lelaki turut mempunyai sifat sedemikian sekiranya mempunyai duit yang berlebihan.

“Ada (perempuan) yang berlagak, mungkin sebab dari pengalaman mereka.

“Tidak payah perempuan pun, kalau lelaki gaji banyak sikit, terus bertaring.

“Saya rasa tidak kira lelaki atau perempuan, kalau ada duit lebih memang akan berlagak,” katanya kepada Hib Glam baru-baru ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan aktor Datuk Rosyam Nor yang melabel segelintir golongan wanita lebih ego apabila memiliki duit sendiri.

Dalam masa sama, untuk mengelak daripada dilabel sebagai berlagak, Che Ta memberitahu setiap individu harus bijak mengawal diri dan emosi.

“Okeylah kalau ada duit berlagak, yang tiada duit berlagak pula macam mana?

“Jadi, saya rasa yang berlagak bila ada duit tidak bergantung kepada jantina. Bila ada duit, tak kira siapa pun, akan berlagak.

“Semua orang berduit dan perlu belajar kawal diri,” ujarnya.

Baru-baru ini, Rosyam menyifatkan wanita yang bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.

Rosyam juga berpendapat sikap ego berkenaan juga menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga.

“Bukan perempuan je, lelaki kalau berduit pun berlagak”, sekali Che Ta bidas balik buat Rosyam Nor terkedu

 

Kejayaan dalam sesebuah organisasi pastinya ada beberapa kumpulan sokongan yang memastikan segala pentadbiran berjalan dengan lancar. Sekecil-kecil jawatan, individu itu la yang menjadi tulang belakang sesebuah organisasi.

Kebiasaannya, individu sebegini tidak sering didendang tetapi jika ada majlis atau program besar-besaran individu ini lah yang banyak membantu dalam pelbagai sudut.

Inisiatif yang telah dilakukan oleh sebuah sekolah SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini wajar dipuji. Mereka memilih untuk menyampaikan anugerah kepada pekerja pembersihan yang mesra dipanggil uncle.

Anugerah tersebut disampaikan ketika majlis penutup Hari Merdeka.

 

Sebaik sahaja nama uncle tersebut dipanggil, kedengaran jeritan para pelajar memanggil nama uncle berulang kali. Kelihatan juga, warga emas itu sempat mengutip sampah di tepi tangga pentas lalu memasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum naik ke pentas.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, individu tersebut dikatakan sangat rajin dan mudah apabila meminta bantuannya. Oleh kerana sifat yang ditonjolkan itu, dia disayangi oleh semua.

“Seronok dia dapat anugerah. Terima kasih sebab banyak bantu sekolah,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pekerja itu. Secara tidak langsung kata netizen, penghargaan ini juga mengajar para pelajar untuk menghormati insan-insan di belakang tabir ini.

sumber: @brader_bear

"Uncle ni memang ringan tulang Seronok dia dapat Anugerah"-Sekolah dipuji beri anugerah pada Uncle Cleaner

 

Menggemparkan apabila seorang lelaki Uganda berusia 43 tahun berkahwin dengan tujuh wanita secara serentak minggu ini.

Portal The Thaiger melaporkan, Habib Nsikonnene yang melafazkan ikrar pada Ahad, 10 September, memberi bayangan perkahwinan itu bukan terakhir kali buatnya.

Sebaliknya, Nsikonnene merancang berkahwin lagi pada masa akan datang.

Nsikonnene yang juga pakar perubatan tradisional menghantar kereta untuk mengambil semua isteri dari salun kecantikan pada hari perkahwinan.

Pengantin wanita dan tetamu ke majlis perkahwinan dengan diiringi oleh konvoi membabitkan lebih 40 kereta dan 30 motosikal.

Tujuh pengantin perempuan, dua bernama Aisha dan lima lagi Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam dan Saha Sinap, semuanya dinikahkan dalam satu majlis di Namasengere, Uganda.

Dua daripada pengantin perempuannya adalah adik beradik.

Nsikonnene, seorang Muslim Uganda, menyatakan dirinya masih muda dan mungkin berkahwin dengan lebih ramai wanita dalam masa terdekat.

“Saya memperkenalkan mereka secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekali gus untuk menjadikan satu keluarga besar yang bahagia,” katanya.

Bapa Nsikonnene mendedahkan poligami adalah sah di Uganda dan lelaki dalam keluarga mereka mempunyai ramai isteri.

Datuknya mempunyai enam isteri, manakala bapanya mempunyai lima isteri.

sumber:thesun

Lelaki ini pecah rekod, kahwini 7 wanita sekaligus

 

Seseorang doktor yang bertugas dalam jabatan perbidanan khusus dalam kemahiran menyambut kelahiran bayi pastinya sudah mengumpul banyak pengalaman dan memori yang tidak dapat dilupakan. Persis satu kisah ini, seorang pakar perubatan dari negara Turkmenistan telah berkongsikan detik mengujakan buat seorang ibu setelah selamat bersalin.

Ibu beri kucupan manja kepada bayi yang selamat dilahirkan

Setelah dibersihkan dan dibalut dalam kain selesa, petugas medik dalam ruangan itu terus menunjukkan bayi berkenaan kepada ibunya yang masih terbaring. Melihat sahaja cahaya mata yang dikandung selama ini sudah ada di depan mata, patient berkenaan memberikan kucupan gembira penuh syukur dan rasa perit melahirkan juga seakan-akan hilang.

@el_doktorius #uzmdraygunaltun ♬ orijinal ses - Aygün Hamidova

Cantiknya, bibir merah, mata besar, kulitnya putih

Cukup luar biasa, video berkenaan telah meraih lebih 18 juta tontonan sejak dimuat naik ke laman TikTok. Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan bayi berkenaan yang mempunyai wajah cantik sejak lahir lagi.

Cantiknya, bibir merah, mata besar, kulitnya putih

Cukup luar biasa, video berkenaan telah meraih lebih 18 juta tontonan sejak dimuat naik ke laman TikTok. Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan bayi berkenaan yang mempunyai wajah cantik sejak lahir lagi.

sumber: @el_doktorius

“Macam pakai lipstik & eyeshadow” – Viral bayi baru lahir miliki wajah cantik, berlipstik & eyeshadow