Tonton telefilem Cik Diva Balik Kampung arahan Heykal Hanifah pada Hari Raya Kedua pukul 2 petang di TV3.

Judul : Cik Diva Balik Kampung #cikdivabalikkampung #telefilemcikdivabalikkampung
Waktu Siaran: Ahad, 23 April 2023, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Arwaa Production Sdn Bhd
Pelakon: Shiha Zikir, Syazuwan Hassan, Khaty Azian, Dayang Areeda, Amyza Aznan, Shamsul Ghau Ghau, Roy Azman, Aljeffri Sherry, Dak Ajim, Ayam Kahau, Ewan Fauzi

Sinopsis Cik Diva Balik Kampung
Dibah merupakan seorang model dan pelakon pembantu kini perlu menghadap bil kad kredit yang makin tinggi. Encik Razlan dan Puan Haniah tak dapat membantu anak mereka lagi dan mendacangkan Dibah pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.

Para Pelakon Cik Diva Balik Kampung



Telefilem Cik Diva Balik Kampung

 


Saksikan telefilem Bisik-bisik Gelora Raya lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose pada Hari Raya Pertama nanti jam 10 malam di TV3.

Judul: Bisik-Bisik Gelora Raya #bisikbisikgeloraraya #telefilembisikbisikgeloraraya
Waktu Siaran: Sabtu, 22 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Nabil Aqil, Ruminah Sidek, Dzul Hadziq

Sinopsis Bisik-bisik Gelora Raya
Jad Izuddin belum dapat menerima hakikat bahawa Banin Arumi meminta dirinya 'dilepaskan' daripada ikatan perkahwinan yang dibina selama lebih 10 tahun. Dia berusaha untuk memujuk dan mengambil hati Arumi semula.

Bisik-Bisik Gelora Raya Lakonan Redza Rosli, Raysha Rizrose


Tonton telefilem Sumpahan Peti Ais lakonan Sherry Alhadad dan Didie Alias pada 22 April ini, Sabtu pukul 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Judul :Sumpahan Peti Ais #sumpahanpetiais #sumpahanpetiais
Waktu Siaran: Sabtu, 22 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Reen Emran
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Sherry Alhadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong, Putri Iesya

Sinopsis Sumpahan Peti Ais
Kepulangan Tina dan suaminya, Kamal ke kampung sewaktu bulan ramadan mengundang rasa tidak puas hati kepada ibu mentuanya, Kiah, apabila jualan Tina lebih laris daripada jualannya. Tina tidak puas hati dengan peti ais yang ada di rumah Kiah. Katanya, peti ais tersebut telah uzur dan tidak kuat untuk meletakkan semua kuih dan kek jualannya. Kiah yang kecil hati dengan kenyataan Tina telah menyumpah Tina menjadi peti ais. Dapatkah Tina lari dari sumpahan ibu mentuanya itu?

 

Telefilem Sumpahan Peti Ais Lakonan Sherry Alhadad, Didie Alias

 


Tonton telefilem 'Maaf Terakhir' arahan Pali Yahya akan disiarkan pada Hari Raya Pertama pukul 2 petang di TV3.

Judul: Maaf Terakhir #maafterakhir #telefilemmaafterakhir
Waktu Siaran: Sabtu, 22 April 2023, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / tontonn
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabila Huda, Ashraf Muslim

Sinopsis Maaf Terakhir
Setiap hari, Zaki akan meminta maaf dengan ibunya Siti, meminta supaya Siti mendoakannnya. Ini sangat penting untuk Zaki yang ingin keberkatan dari ibunya. Suatu hari, Zaki terjumpa Ustaz Raffi yang mempunyai ramai pengikut.

Para Pelakon

Telefilem Maaf Terakhir Lakonan Izzue Islam,Nabila Huda

 


Tonton telefilem Diari Chinta lakonan Ben Amir dan Tracie Sinidol akan disiarkan pada 24 April ini, Isnin pukul 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Judul : Diari Chinta #diaricinta #telefilemdiaricinta
Waktu Siaran: Isnin, 24 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Idea Asal: Syawal Azrai Mokhtar
Penulis Skrip: Srikandi Emma, Seri Dewi
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Regalia Connexion
Pelakon: Ben, Amir, Tracie Sinidol, Yuna Rahim

Sinopsis Diari Chinta
Chinta yang selalu gagal dalam kisah cintanya kini diberikan sebuah diari ajaib untuk menulis babak cinta yang diidamkan oleh seorang wanita misteri. 

Impian yang ditulis Chinta itu menjadi kenyataan dengan kemunculan Ben namun tidaklah selancar yang disangka. Pelbagai kejadian ganjil yang berlaku setiap kali babak cinta itu dilaluinya. 

Obsesi Chinta pada diari tersebut akhirnya membawa kepada kekecewaan yang lebih parah apabila mengetahui Ben adalah tunangan orang yang juga memiliki diari yang sama seperti Chinta.

Diari Chinta Lakonan Ben, Amir, Tracie Sinidol

 


Tonton telefilem Bro Jenin  lakonan Remy Ishak dan Daiyan Trisha pada Hari Raya ini 27 April jam 10 Pagi di Astro Ria

Judul:Bro Jenin #brojenin #telefilembrojenin
Waktu Siaran: khamis, 27 April 2023, 10:00 Pagi
Rangkaian: Astro Ria
Pengarah: dharmaaizat
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Remy ishak ,Daiyan trisha


Sinopsis Bro Jenin

Kisah Jenin yang jatuh dari pokok tapi telah masuk ke zaman moden (kini). Beliau telah berjumpa dengan seorang animator bernama Emily. Wujud perbezaan zaman dan pendapat maka terjadilah kisah-kisah lucu dan akhirnya, Jenin terpaksa pulang ke tempat asalnya. Bagaimana Jenin mencari jalan pulang ke tempat asalnya?

Bro Jenin Lakonan Remy ishak ,Daiyan trisha

 


Tonton telefilem raya 'Pengantin Tangkap Muat' pada 26 April ini, Rabu jam 10 pagi di Astro Ria.

Judul: Pengantin Tangkap Muat #pengantintangkapmuat
Waktu Siaran: Rabu, 26 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Zeel Production
Pelakon: Siti Saleha, Raff Roslee, Nafiez Zaidi, Kimberly Chuah

Sinopsis Pengantin Tangkap Muat

Arif dan Mazwin bertemu jodoh dalam keadaan mengejut apabila mereka dikahwinkan tanpa perancangan. 

Mereka dijadikan pengantin ganti saat akhir kerana pengantin asal Harishah dan Natasha melarikan diri malam akad nikah. 

Meskipun saling tidak mengenali, hanya bertentang wajah semasa menyarung cincin, rasa cinta terus wujud antara mereka berdua. 

Namun kebahagiaan mereka diuji dengan kemunculan Natasha dan Harishah yang kononnya ingin menuntut hak mereka, setelah kecewa dengan cinta hati masing-masing.


Telefilem Pengantin Tangkap Muat Lakonan Siti Saleha, Raff Roslee

 


Tonton drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika akan mengisi slot  Samarinda TV3. Drama bersiri 15 episod terbitan A-Ten Alliance Sdn Bhd dan   diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah Halim,  Niezam Zaidi, Zara Zya dan Nabil Aqiln.

Judul : Segenap Takdir #dramasegenaptakdir #segenaptakdir
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rina Khan, Sherry Khan
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
Niezam Zaidi sebagai Azlan
Zara Zya sebagai Nadira
Nabil Aqil sebagai Faisal
Sharifah Shahora sebagai Maimun
Azizah Mahzan sebagai Nek Yah
Watie Sadali sebagai Salmi
Haleeda sebagai Mak Asmah
Aqeesh Aleeya sebagai Hanim
Saiful Wazien sebagai Budin

Sinopsis Segenap Takdir

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.

Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.

Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.

“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan

Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.

Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!

‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’

Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.

Drama Segenap Takdir Lakonan Zara Zya,Niezam Zaidi

 


Tonton telefilem Debunk Beraya lakonan Wan Chaidan Sharifah Sakinah pada 21 April ini, Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO.

Judul : Debunk Beraya
Waktu Siaran: Jumaat, 21 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Pengarah: Reen Emran
Produksi: Kl Motion Picture Sdn Bhd
Pelakon: Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raja Lawak, Shahril Sarjen

Sinopsis Debunk Beraya
Rancangan perjalanan Sofi dan Mizan untuk pulang ke kampung terencat, apabila peminat-peminat Debunk mencabar Sofi untuk membuktikan hantu syaitan diikat menjelang Ramadan. Demi membuktikan kebenaran kata-katanya, Mizan mengajak Sofi ke Hospital Mega Utara dan Sofi sememangnya pantang dicabar!

Kedatangan Sofi ke Hospital Mega Utara secara tidak sengaja mengundang Edna yang dah lama kesepian di situ, dan teringin benar merasakan suasana Hari Raya di kampung. Diam-diam Edna akhirnya menumpang Sofi dan Mizan ke kampung.

Hari Raya Sofi berubah menjadi huru hara apabila Edna merancang untuk memeriahkan lagi Hari Raya Sofi sekeluarga!

Telefilem Debunk Beraya Lakonan Wan Chai, Sharifah Sakinah


Tonton telefilem raya berjudul 'Heist-dilfitri' arahan pertama Zizan Razak bersama Issey Fazlisham akan ditayangkan pada 2 Syawal nanti pukul 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Tonton : Heistdilfitri #Heistdilfitri #telefilemheistdilfitri
Waktu Siaran: 2 Syawal, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Bainun Waheeda
Pengarah: Zizan Razak & Issey Fazlisham
Produksi: Red Bean Productions
Pelakon: Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Maria Farida, Khir Rahman, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein

Sinopsis Heistdilfitri
Mengisahkan tiga perompak profesional yang tidak pernah ada pengalaman menyambut Aidilfitri. Tapi tahun ini mereka merancang untuk meraikan raya dengan cara yang berbeza.

Ibrahim, Mus dan Anis merupakan perompak professional yang merompak berlian bernilai tinggi. Suatu hari, Ibrahim dihantui dengan iklan-iklan hari raya bertemakan keluarga. Mus mendapat idea untuk mencari sebuah keluarga dan beraya bersama mereka. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Ibrahim dan Anis. 

Pencarian tersebut menemukan mereka dengan sebuah keluarga hartawan. Ibrahim, Mus dan Anis menangkap mereka. Maka bermulalah misi mereka untuk beraya bersama ‘keluarga’. Sepanjang menjadi sebuah keluarga, mereka mula mengenali hati budi masing-masing. 

Apakah kesudahan rompakan beraya bersama keluarga hartawan ini?

Heistdilfitri Lakonan Zizan Razak, Issey Fazlisham

 


Tonton kisah kekeluargaan dalam telefilem 'Telah Aku Halalkan' arahan Hazali Ramli akan disiarkan pada 17 April ini, Isnin pukul 9 malam di TV2.

JuduL :Telah Aku Halalkan #telahakauhalalkan #telefilemtelahakuhalalkan
Waktu Siaran: Isnin, 17 April 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Idea Asal: Liza Khairudin
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Hazali Ramli
Produksi: Infusion Sdn Bhd
Pelakon: Ainina Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis, Aman Aziz, Umar Shakur, Cik Feeya


Sinopsis Telah Aku Halalkan
Kisah Mak Munah, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak. Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya. Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?

Telefilem Telah Aku Halalkan (TV2) Lakonan Wan Sharmila,Puteri Balqis