Tonton drama Tuhan Beri Aku Cinta arahan Feroz Kader akan disiarkan menerusi slot Widuri di TV1 mulai 1 Oktober ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6:45 petang.

Judul; Tuhan Beri Aku Cinta
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2023
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Medyavizyon Sdn Bhd Watak

Pelakon :
Alya Iman sebagai Ayu
Azlee Khairi sebagai Syukri
Meor Mohd sebagai Zafran
Syafnida Shuhaimi sebagai Nadia
Fiza Thomas sebagai Ita
Zarina Zainuddin sebagai Dato Saadiah Mahmud Alibashah Fazlina Ahmad Daud Jasmin Hamid

Sinopsis Tuhan Beri Aku Cinta
Memaparkan kehidupan dan cinta manusia biasa. Ayu tinggal bersama dengan ayahnya. Ayu bekerja di rumah keluarga Syukri. Bapanya Pak Samad merupakan pemandu keluarga Syukri.

Barisan Pelakon

Drama Tuhan Beri Aku Cinta (Tv1) Slot Widuri

 

Tonton drama bersiri berjudul 'Haloba' terbitan Enuja Production diarahkan oleh Emi Suffian menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqin Kamal akan mengisi slot Samarinda di  TV3. 

JUDUL : Haloba #haloba

Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Idea Asal: Kent Tan
Penulis Skrip: Kent Tan & Chooi Keen
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Enuja Production Sdn Bhd
Pelakon: Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Shah Iskandar, Izz Ilham, Syaffiq Sahli

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
Sherry Ibrahim sebagai Aliya
Shiqin Kamal sebagai Misha
Ieda Moin sebagai Kak Zura
Shah Iskandar sebagai Taufik
Izz Ilham sebagai Adam

Sinopsis Haloba

Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif? 

Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra. 

Hubungan mesra Raif dan Erina telah mendapat perhatian media, pihak media cuba mendapatkan kepastian daripada Alia dan Misha sama ada mereka setuju untuk menerima Rina sebagai isteri ketiga Raif. Atas keizinan Misha, Raif dibenarkan berkahwin dengan Rina tapi dalam masa yang sama Raif marah apabila mengetahui hubungan Alia dan Taufik. Namun Alia masih menyimpan dendam terhadap Misha dan menyusun strateginya.

Promo Drama Haloba



Drama Haloba Lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir

 


Tonton  drama Luruhnya Bunga Cinta, adaptasi dari drama Korea, Autumn In My Heart akan datang di slot Akasia TV3.

Judul : Luruhnya Bunga Cinta #luruhnyabungacinta
Tonton Full Episod: 1-40
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 19 September 2023

Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Nuh
Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisya
Nabila Razali sebagai Sarah
Auni Yusri sebagai Aara
Iman Suhana sebagai Khalsom
Bella Hanna
Aniq Durar
Shah Rezza
Laila Nasir
Eizlan Yusof
Zila Bakarin
Watie Sadali
Raja Azmi 
Hafiz Halim

Promo Luruhnya Bunga Cinta

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta

Berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun.

Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.

Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan. 

Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.

Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?


Para Pelakon 





Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Luruhnya Bunga Cinta Lakonan Redza Rosli,Tracie Sinidol

Sebuah lagi telemovie hasil karya terbitan Unit Drama RTM, Khas Hari Malaysia 2023 bertajuk ‘Puteh Pasir Mantanani’ pada 16 September 2023, 9.00malam di TV1.

Judul : Puteh Pasir Mantanani #putehpasirmantanani
Waktu Tayangan: Sabtu, 16 September 2023, 12:30 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Roydy Rokidy
Pengarah: Mohd Erfan Zainaldin
Produksi: Unit Drama TV RTM

Pelakon: Zarra Zhaf,  Eunice Khaw Yan Xi, Ebi Kornelis, Sherie  Merlis, Sabhi Saddi, Dayang Areeda, Fikhree Bakar, Wan Lala, Daniesh Suffian, Syaiful Zero, Abu Bakar Ella, Norzahira Abdullah, Aleeysha

Sinopsis Puteh Pasir Mantanani

Mengisahkan kanak-kanak perempuan yang dikatakan lembab dalam pelajaran dan sering diabaikan oleh keluarga, namun seorang guru baru di sekolah itu menyedari dan menggilap bakat terpendam yang dimilikinya. 

 

Telefilem Puteh Pasir Mantanani

 

Tonton Full Episod terbaharu, Tumpat Berdarah arahan Sabri Yunus ditayangkan mulai 6 September 2023. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my

Judul : Tumpat Berdarah #tumpatberdarah
Tarikh Tayangan di Tonton: 6 September 2023
Cerita Asal: Datuk Saniboey Mohd Ismail
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Razor Edge

Watak Pelakon
Issey Fazlisham sebagai Nuari Benang Emas
Mathni Razak sebagai Wan Zaki
Oktovia Manrose sebagai Anis
Sabri Yunus sebagai Nik Dir
Asrul Faizal sebagai Wan Nawi
Z Zamree sebagai Wan Nawang
Muhamad Zaidi Yunus sebagai Mat Tok Kaya

Sinopsis Tumpat Berdarah

Perebutan kuasa perniagaan padi dan beras di daerah Tumpat, Kelantan, telah mencetuskan permusuhan antara Wan Nawang Kelaboran dan Mat Tok Kaya Sg Pinang. Permusuhan antara dua tokey kilang padi ini telah sampai kemuncak pada tahun 1961.

Kilang padi Mat Tok Kaya Sg Pinang telah dimamah api. Dentingan parang dan kelewang mengisi ruangan malam tersebut. Kilang padi Wan Nawang Kelaboran juga terbakar. Keesokan harinya, kedua-dua individu besar ini telah ditangkap.

Mara ke tahun 2020, semangat permusuhan masih berlanjutan ke generasi baharu. Wan Nawi, cucu Wan Nawang, meneruskan legasi menjaga kilang padi bersama adiknya, Wan Zaki. Selain itu, Wan Nawi juga merupakan seorang tukang karut dikir barat. Dia berdikir bersama kumpulan dikir Seri Tumpat.

Nuari Benang Emas pula merupakan cucu Mat Tok Kaya. Dia adalah seorang tukang karut di Sungai Pinang. Kilang padi datuknya telah dijual oleh arwah ayahnya, Cik Latip, kerana kecewa dan marah dengan kejadian kebakaran yang berlaku hampir 60 tahun lalu.

Kedua-dua Wan Nawi dan Nuari Benang Emas mempunyai guru tukang karut yang sama iaitu Nik Dir.

Selain reputasinya sebagai tukang karut yang ternama, Nik Dir juga merupakan orang kuat dalam Yayasan Anak Tumpat. Dia dianggap sebagai pemimpin masyarakat. Dari usianya yang muda, dia telah menjadi tempat luahan bagi kedua-dua keluarga yang bermusuhan itu. Usahanya untuk mendamaikan mereka masih tidak berjaya.

Wan Zaki pula merupakan jejaka berusia akhir 20-an yang meminati sastera dan budaya. Percintaannya dengan Anis, adik kepada Nuari Benang Emas, telah menyemarakkan api permusuhan yang telah lama membara.

Saksikan perkembangan permusuhan dua keluarga ini yang disulami kisah cinta yang tidak mendapat restu.

Telefilem Tumpat Berdarah Lakonan Issey Fazlisham,Sabri Yunus

 


Tonton drama seram komedi 'Ana Ponti' terbitan Pujangga Kreatif, diarahkan oleh Rahila Ali akan ditayangkan di TV Okey bermula 12 September 2023, setiap hari Selasa sehingga Jumaat, pukul 9 malam.

Judul :  Ana Ponti #anaponti
Full Episod: 20
Tarikh Tayangan: 12 September 2023
Waktu Siaran: Selasa - Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Kent Tan
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Pujangga Kreatif Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zera Hariz sebagai Ana
Syafi Tee sebagai Daniel
Yna Rose sebagai Mimi
Amyza Aznan sebagai Salmah
Amy Nur Tinie sebagai Hanan
Nazia Mustafar
Soya Souya
Safura Ya'cob
Sahronizam Noor
Hasnul Rahmat
Firdaus Ghufran
Shajiry 
Syuhaida Abraz
Beego

Sinopsis Ana Ponti
Seekor hantu pontianak yang bernama Ana tekad mencari bapa kandungnya / pembunuh ibunya sehingga ke dunia manusia. Dia menyamar sebagai seorang pelajar di sebuah IPTA tempatan demi belajar cara hidup manusia. 

Namun, usaha membalas dendam dia tidak semudah dijangkanya. Ana terjatuh cinta pada seorang pelajar popular yang digemari pelajar perempuan yang bernama Daniel. Ini menimbulkan dilema dalam menjalankan rancangannya. 

Malahan, Ana juga kerap dicabar oleh Hanan, sepupu hantu yang cemburu dengannya. Mampu ke Ana menjayakan misi yang diamanah oleh keluarga hantunya dan penduduk kampung tiada hantu?



Drama Ana Ponti Lakonan Zera Hariz,Syafi Tee


Tonton Aku Hanim siri mengenai seorang wanita cuba mengatasi PTSD-nya menggunakan seni mempertahankan diri. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Uzair Haqimy. Menampilkan pelakon seperti Sofia Dendroff, Jaz Khan, Elisya Sandha, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Aku Hanim akan ditayangkan di Astro Ria bermula 6 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam.

Judu: Aku Hanim #akuhanim
Tonton Full Episod: 1-16
Tarikh Tayangan: 6 September 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Idea Asal: Puan Hjh Sheila Rusly
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Pengarah: Uzair Haqimy
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd

Lagu OST: Aku Fighter - Razzuan Rosli feat Siqma & DMent Si Lain

Watak Pelakon
Sofia Dendroff sebagai Hanim
Elisya Sandha sebagai Cobra Natalia
Jaz Khan sebagai Syakir
Syaidatul Afifah sebagai Zara
Razzuan Rosli sebagai Nick The Bulldog
Zizi Zulkifli sebagai Laila
Haeriyanto Hassan sebagai Sabri
Norreen Iman sebagai Hazo
Andy Teh sebagai Budi

Sinopsis Aku Hanim

Hanim cuba mengubah kisah hidupnya dengan melarikan diri dari rumahnya selepas didera secara seksual oleh bapanya. Dia kemudian menyertai perlawanan Tinju yang menunjukkan potensi dirinya yang sebenar, tetapi dia perlu berdepan dengan pelbagai halangan untuk mencapai impiannya menjadi seorang peninju yang hebat.


Drama Aku Hanim Lakonan Sofia Dendroff,Elisya Sandha

 


Tonton telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi lakonan Sharnaaz Ahmad dan Vanidah Imran pada Selasa ini pukul 9 malam di TV2.

Judul: Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi
Waktu Tayangan: Selasa, 5 September 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Pengarah: Mohamad Jumal bin Mohd Yunus
Produksi: Nicknique Production Sdn Bhd
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Vanidah Imran, Eyra Hazali, Aedy Ashraf, Ridzuan Hashim, Liza Abdullah

Sinopsis Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi

Kisah seorang pemuda yang tidak pernah hidup susah sejak lahir. Tetapi hanya dengan satu kemalangan telah mengubah keseluruhan hidupnya daripada seorang manusia yang jahil menjadi insan yang lebih baik.

Mengisahkan seorang lelaki yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi jatuh miskin setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian seorang suami. Isteri kepada suami tersebut telah memaksa lelaki itu menggantikan suaminya bekerja menyara keluarga mereka dan tidak akan membuat laporan polis. Lelaki itu pada mulanya dibenci oleh orang-orang kampung tetapi lama-kelamaan mereka menyukainya.



Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi lakonan Sharnaaz Ahmad, Vanidah Imran