Drama Senyawa
Drama Senyawa

Drama bersiri terbaharu di platform penstriman popular Asia, iQIYI berjudul ‘SENYAWA’ bakal menemui penonton pada 25 Oktober ini. Drama arahan Eyra Rahman ini mengetengahkan isu tabu yang jarang diperkatakan, iaitu perihal ‘ibu tumpang’ dalam kalangan umat Islam. Drama Senyawa dibarisi pelakon seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Nina Juren dan ramai lagi.

Saksikan drama ‘Senyawa’ yang akan mula bersiaran pada 25 Oktober 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam di iQIYI. Layari www.iq.com atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store.

Judul : Senyawa #senyawa
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Liang Chia sebagai Eric
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Amirah Razak sebagai Maya
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Nuremy Ramli sebagai Doktok

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna & Ajin

Sinopsis Senyawa
Mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan hidup dalam kebahagiaan bersama suaminya, Iskandar (Shahz Jaszle). Namun, di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.

Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (Datin Nina Juren) yang menginginkan cucu.

Tidak sanggup dimadukan, Zabrina nekad untuk mendapatkan ibu tumpang. Pertemuan dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), seorang gadis kampung yang berperwatakan seakan dirinya, membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Bagaimanakah kesudahan kisah pengorbanan terlarang ini?

Drama Senyawa

 

Anugerah Seri Angkasa 2024
Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024
Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 edisi ke-36 berlangsung pada 26 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9 malam.

Bertemakan 'Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan', ASA2024 menggambarkan keunggulan, kemegahan dan nilai eksklusif dimiliki kepada penerimanya.

Bagi edisi tahun ini, ASA2024 bakal memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.

Anugerah Seri Angkasa yang diadakan setiap dua tahun sekali turut menampilkan dua kategori khas iaitu Anugerah Tokoh Seri Angkasa dan Anugerah Khas Juri.

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024

Anugerah Tokoh Seri Angkasa
Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri
Saeim Mohammad - Aroma Puncak Borneo (TVS)

Drama TV Terbaik
Azrai Fahmi - Bahalol (Okey)

Dokumentari TV Terbaik
Chong Boon Yee - Taste of Memory Season 2 (8TV)

Drama Terbaik
Doh (TV3) - Indigo Films Sdn Bhd

Liputan Berita Radio Terbaik
Dullis Saimon - Pemasangan Peranti Starlink (KENINGAUfm)

Pengimbangan Audio Radio Terbaik
Mohd Faizal bin Mohd Amin - Majlis Penutup Program Aspirasi Hari Malaysia (NEGERIfm)

Drama Bersiri Terbaik
David Leong - Kisah Cinta Phoebe & Ejoi (Astro)

Kandungan Video Terbaik
Farihah Abdullah - Eyo Hock Seng : Legasi Seni Wayang Kulit Kelantan (RTM)

Pengarah Drama TV Terbaik
Zainorhisyam Samudin - Lebai Sampan (Astro Citra)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
Liza Othman - Bahalol (Okey)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
Sobri Anuar - Bahalol (Okey)

Pelakon Komedi TV Terbaik
Aishah Azman - Jodoh Ayahku (TV1)

Pengacara TV Terbaik
Fiza Sabjahan - Ekslusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia (TV3)

Wartawan TV Terbaik
Mohammad Zaim Nor Zamani - Berita Alhijrah (TV Alhijrah)

Penyampai Berita TV Terbaik
Hazel Desmond - Berita Perdana (TV1)

Buletin TV Terbaik
Nor Hashimah Ismail - Berita Alhijrah (TV Alhijrah)

Rancangan Sukan TV Terbaik
Fariz Zulkeply - Jom Dive Episod 1 (Okey)

Komedi TV Terbaik
Khairul Nizam Jamaluddin - Muzikal Lawak Superstar S3 (Astro Warna)

Bicarawara TV Terbaik
Mohd Said  Abdullah Thani - Eksklussif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia (TV3)

Majalah TV Terbaik
Travel With Mommy (Astro AEC)

Rancangan Agama TV Terbaik
Muhammad Saiful Saharuddin - Sahabat Backpackers 2023 (TV3)

Animasi Tempatan TV Terbaik
Usamah Zaid Yasin - Ejen Ali Musim 3 (TV3)

Liputan Berita TV Terbaik
Irfan bin Mohamad Fairus - Pantau Agenda Reformasi : Teknikaliti Keselamatan Penerbangan Susulan Tragedi Elmina (Astro Awani)

PSA & Kapsul TV Terbaik
6 Negeri Memilih (Saluran Pilihanraya Anda) (Astro Awani) – Abdul Hasib Jahidin, Nurainina Arina Mohd Fauzi, Hassan Sallehudin Yahya @ Yahaya, Luqman Hariz Ahamad Shaker

Montaj TV Terbaik
Salam Baitullah 2023 - Berita RTM

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
See Chee How - The Z Power Season 3 (8TV)

Penataan Cahaya TV Terbaik
Ruddy Amrizal - Pasir Puteh Mantanani (TV1)

Jurukamera TV SCP Terbaik
Rishigeysannambiar A/L Sivasangaram – Tinta Syurga (TV3)

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik
Abdul Hadi bin Abdul Rahim - Malam Penutup Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 2023 (TV1)

Suntingan Rancangan TV Terbaik
Christine Lee Mei Chin – Majalah 3 - Tragedi Elmina (TV3)

Audio Rancangan TV Terbaik
Farhana Hussin - Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (Astro Ria)

Set TV Terbaik
Muhamad Hafizan bin Muhammad Noor - Anugerah Juara Lagu 37 (TV3)

Kesan Khas TV Terbaik
Abdul Hasib bin Jahidin, Nurainina Arina binti Mohd Fauzi - Malaysia Memilih (Mari Keluar Mengundi) (Astro Awani)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik
Nurul A’in - Konsert Akhir Big Stage S5 (Astro Ria)

Grafik TV Terbaik
Abdul Hasib bin Jahidin, Nurainina Arina binti Mohd Fauzi - 6 Negeri Memilih (Hari Penentu) (Astro Awani)

Tatarias TV Terbaik
Azham Ali Yaacob - Pasir Puteh Mantanani (TV1)

Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik
Beto Khusyairi - Lima Beradik (TERENGGANUfm)

Skrip Drama Radio Terbaik
Noor Idlah Abdul Halim - Rumah Merdeka (SELANGORfm)

Bicarawara Radio Terbaik
Rohani Hamdan - Nostalgia D’Klasik : Dato’ Hajah Rosnani Jamil (Radio Klasik)

Dokumentari Radio Terbaik
Azrul Izwan Arifin - Evolving Unity (TRAXXfm)

Majalah Radio Terbaik
Nurliyana Farhah Ruslan - Masih Ada Sinar Buat Pesakit Buah Pinggang (Bernama Radio)

Hiburan Muzikal TV Terbaik
Rashidah Ali - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022 (TV2)

Jurukamera TV MCP Terbaik
Mohd Hairul Izuan bin Aminuddin (TV3) – Anugerah Juara Lagu 37 (TV3)

Hiburan Radio Terbaik
Liang Kim Loong - Melodi Nostalgia : Tribute P.Ramlee (AIfm)

Penyampai Berita Radio Terbaik
Peter Carlos- Berita Bahasa Inggeris (TRAXXfm)

Buletin Radio Terbaik
Karmila Badri - Berita Inggeris (TRAXXfm)

Rancangan Agama Radio Terbaik
Farhana Najlaa binti Jamil - 30 Hari Mencari Cinta Ilahi Bersama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa (Suria FM)

PSA dan Kapsul Radio Terbaik
Norhaslinda Hassim - Solidariti Palestin (JOHORfm)

Podcast Terbaik
Muhammad Ali Imraan bin Harun - Siti Mimah (TV3)

Pengulas TV Terbaik
Ahmad Fedtri Yahya - Aduan Jiwa : Hati Tertinggal Di Syria (TV9)

Drama Radio Terbaik
AG Sri Iskandar Bahrin - Sepanduk Ayah (Sabah FM)

Pelakon Drama Radio Terbaik
Datuk Fauziah Nawi - Lima Beradik (TERENGGANUfm)

Drama Bersiri TV Terbaik
Astro Shaw - One Cent Thief (Astro Ria) 

Skrip Drama TV Terbaik
Rahhiemi Alias & Zainorhisyam Samudin - Lebai Sampan (Astro Citra)

Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
Que Haidar - Lebai Sampan (Astro Citra)

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
Aida Aris - Dania (TV3)

Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik
Umar Shakur - Demi Masa (TV3)

Penyampai Radio Wanita Terbaik
Syuhada’ Balqis Juhali - Hello Permata (Johor FM)

Penyampai Radio Lelaki Terbaik
Muhammad Amir Akram Muhamad - Retro Malam Minggu (Kelantan FM)

Laporan Khas Berita TV Terbaik
Nur Izzatie Mohd Rizan - Rumah Kecil Tapi Berlambak Bilik Sewa (TV9)

Liputan Sukan TV Terbaik
Mohd Hafizul Akhmal bin Azeman & Zainal Za’aim bin Zainal Ratin - Perlawanan Persahabatan Pramusim 2022 – Manchester United vs Liverpool (TV9)

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2024

hikayat bawang putih bawang merah
Drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah

Astro kembali menghidupkan sebuah kisah legenda tempatan dengan drama bersiri terbaharunya, ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’. Drama epik ini dijadualkan untuk mula bersiaran pada 21 Oktober, setiap Isnin jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611). Juga boleh distrim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan platform sooka.

Siri drama empat episod diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan dibintangi oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Mira Filzah, Nabila Huda, Kamal Adli, Datin Lisa Surihani dan Rahim Omar. Turut serta dalam barisan pelakon adalah bintang generasi baharu seperti Amalina Arham dan Tracie Sinidol.

Judul : Hikayat Bawang Putih Bawang Merah #hikayatbawangputihbawangmerah
Full Episod Episod:1- 4
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin, 9 malam
Rangkaian: Astro Ceria, Astro GO, Sooka
Penulis Skrip: Maar Mohamad, Irwan Mansor, Ila Maarof, Nazri Vovinski
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures

Watak Pelakon
Mira Filzah sebagai Bawang Putih
Amalina Arham sebagai Bawang Merah
Tracie Sinidol sebagai Pari-Pari Embun
Kamal Adli sebagai Putera Badlishah
Nabila Huda sebagai Mak Kundur
Lisa Surihani sebagai Mak Gayah
Shah Kimin
Azwan Serigala
Ezarra Nurzhaffira
Isaac Shahril
Rahhim Omar

Sinopsis Hikayat Bawang Putih Bawang Merah
Mengisahkan Putih (Mira Filzah), seorang gadis yang dilayan dengan kejam oleh ibu tirinya, Mak Kundur (Nabila Huda) dan adik tirinya, Merah (Amalina Arham). Dalam usahanya melarikan diri dari kezaliman keluarga tirinya, Putih bertemu dengan Pari-Pari Embun (Tracie Sinidol) dan Putera Badlishah (Kamal Adli), yang berjanji untuk membantu Putih mengubah nasibnya.

Drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah

Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 

Setelah kejayaan luar biasa musim pertama, drama yang terinspirasi dari drama popular Korea “Autumn In My Heart”, Luruhnya Bunga Cinta kembali dengan musim terbaharu menghiasi slot Akasia TV3 mulai 25 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3, dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di aplikasi Tonton atau melalui www.tonton.com.my.

Judul: Luruhnya Bunga Cinta 2 #luruhnyabungacinta2
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin, Fara Bani
Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Nuh
Tracie Sinidol sebagai Nuha
Aniq Durar sebagai Awal
Bella Luna sebagai Aleen
Nabila Razali sebagai Sara
Auni Yusri sebagai Aara
Hafiz Halim sebagai Anwar
Laila Nasir sebagai Noriah
Eizlan Yusof sebagai Jamaludin
Zila Bakarin sebagai Adita
Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam
Watie Sadali sebagai Datin Maziah
Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha
Iman Suhana sebagai Kalsom
Mamu Kokoot sebagai Mamu
Zana sebagai Puan Zainab
Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal
Ali Reza sebagai Izzat Emir
Nabil Aqil sebagai Halim

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Belakang Tabir
Penyanyi: Syamel
Komposer: Syamel & Jiwa
Lirik: Syamel

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta Season 2
Sambungan perjalanan cinta yang penuh liku antara Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol) yang terus dihimpit cabaran, yang nekad melarikan diri demi cinta mereka. Namun, hasrat mereka tergugat oleh kemunculan Awal (Aniq Durar) yang muncul secara tiba-tiba dan menghalang langkah mereka. Dalam masa yang sama, Aleen (Bella Luna) bergelut untuk menerima kenyataan pahit bahawa cinta Nuh terhadapnya telah pudar, yang menyebabkan dia terjerumus dalam tekanan emosi dan kehilangan arah.

Sementara itu, kehidupan Nuha berubah secara drastik apabila dia didiagnos menghidap kanser berdarah tahap ketiga. Dalam usaha untuk menyembunyikan penderitaannya daripada Nuh, Nuha mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan menyatakan bahawa perasaannya terhadap Nuh telah hilang. Nuha memilih untuk memutuskan hubungan cinta mereka, mengorbankan kebahagiaan demi memastikan Nuh tidak dihantui kesedihan. Walaupun begitu, Awal yang menyaksikan penderitaan Nuha berusaha untuk membawanya mendapatkan rawatan, meskipun dia menyedari bahawa harapannya untuk memiliki cinta Nuha adalah sia-sia.

Saat berita mengenai penyakit Nuha mula tersebar, hati semua yang mengenalinya luluh. Namun, Nuh tidak menyerah. Meski peluang untuk sembuh semakin menipis, Nuh nekad untuk melamar Nuha dan mengharungi dugaan bersama sehingga ke akhirnya. Dalam kegetiran Nuh tetap nekad untuk mempertahankan cinta mereka dengan mengahwini Nuha, meskipun peluang untuk sembuh semakin tipis.

Bagaimana kesudahan cinta Nuh dan Nuha? Berjayakah Nuh mengahwini Nuha dan mengecapi kebahagiaan, atau mungkinkah ajal Nuha tiba terlebih dahulu sebelum impian membina mahligai perkahwinan mereka tercapai?
Promo Luruhnya Bunga Cinta Musim 2

 
Para Pelakon Luruhnya Bunga Cinta 2

Episod Tarikh Tayangan Episod Tarikh Tayangan
Episod 1 14 November 2023 Episod 2 15 November 2023
Episod 3 16 November 2023 Episod 4 17 November 2023
Episod 5 20 November 2023 Episod 6 21 November 2023
Episod 7 22 November 2023 Episod 8 23 November 2023
Episod 9 24 November 2023 Episod 10 27 November 2023
Episod 11 28 November 2023 Episod 12 29 November 2023
Episod 13 30 November 2023 Episod 14 1 Disember 2023
Episod 15 4 Disember 2023 Episod 16 5 Disember 2023
Episod 17 6 Disember 2023 Episod 18 7 Disember 2023
Episod 19 8 Disember 2023 Episod 20 11 Disember 2023

Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 Lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol

 

Drama Andai Tiada Dia
Drama Andai Tiada Dia

Sebuah drama adaptasi novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim.

Judul : Andai Tiada Dia #andaitiadadia
Tonton Full Episod: 36
Tarikh Tayangan: Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Rosnah Johari
Mas Anizan
Rahim Omar
Kodi Rasheed
Lan Siro
Mia Nasir
Auni Yusri
Adam Malek
Riz Amin
Zarynn Min

Sinopsis Andai Tiada Dia
Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri dan Haikal namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.

Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan, adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.

Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.

Andai Tiada Dia
Drama Andai Tiada Dia

Drama Andai Tiada Dia Lakonan Ummi Nazeera,Hisyam Hamid

 

Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 36
Anugerah Bintang Popular 36 (2024) ABPBH 36

Bertemakan Teguh, malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, pada Jumaat 11 Oktober 2024, mulai jam 9 malam. Berikut senarai pemenang ABPBH 36:

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 36
Aina Abdul

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 36
S. Atan (Datuk Hashim Said)

Pengacara TV Popular
Uyaina Arshad

Artis Komedi Popular
Senario

Penyampai Radio Popular
KJ

Aktres TV Popular
Anna Jobling

Aktor TV Popular
Hun Haqeem

Aktres Pembantu TV Popular
Rita Rudaini

Aktor Pembantu TV Popular
Shah Iskandar

Aktor Filem Popular
Aedy Ashraf

Aktres Filem Popular
Fasha Sandha

Aktres Pembantu Filem Popular
Raja Ema

Aktor Pembantu Filem Popular
Alif Hadi

Penyanyi Wanita Popular
Aina Abdul

Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar

Artis Koloborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Dolla

Artis Baharu Wanita Popular
Erysha Emyra

Artis Baharu Lelaki Popular
Shah Radhy

Kategori Ekstra

Lagu Paling Boom Popular
Masing-Masing - Ernie Zakri & Ade Govinda

Couple Filem Popular
Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)

Couple Drama Popular
Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)

Watak Antagonis Drama Popular
Aleza Shadan

Artis Sensasi Popular
Siti Nordiana

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 36 (2024)

 

Drama Calar Cinta
Drama Calar Cinta

Nantikan drama bersiri Calar Cinta akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula pada 9 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam, atau anda juga boleh strim di Tonton.

Drama terbitan Million Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Azhar Khalid dan skrip oleh Amaz Mazilan. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Harissa Adlynn dan Qistina Khaled.

Judul : Calar Cinta #calarcinta
Tonto Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Amaz Mazilan
Pengarah: Azhar Khalid (Apache)
Produksi: Million Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Harissa Adlynn sebagai Adrea
Qistina Khaled sebagai Inara
Nafiz Muaz sebagai Haris
Sham Visa sebagai Dr Zarif
Acong Sweetchild sebagai Faris
Nadia Kesuma sebagai Halimah
Putri Darwisyah sebagai Iris
Rahim Omar sebagai Pak Wahid
Carissa Azhar sebagai Helena
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Amril
Zuliana Ernie sebagai Datin Reha
Nor Intan Suria sebagai Zaimah
Anita Wahab sebagai Umi
Saiful Arzuan sebagai Ayah
Wan Gegau sebagai Rahul
Adriana Doshi sebagai Fifi
Nizam Kama sebagai Peguam

Lagu Tema (OST)
Lagu: Senja Ku Rindu
Penyanyi: Qistina Khaled

Sinopsis Calar Cinta
Adrea (Harissa Adlynn) hidup dalam kemewahan sebagai anak tunggal yang manja dan tidak pernah ditolak kehendaknya.

Namun, di sebalik segala yang dimiliki, Adrea terperangkap dalam sifat cemburu dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya.

Persahabatannya dengan Inara (Qistina Khaled) dan Haris (Nafiz Muaz) membawa konflik apabila Haris mencintai Adrea, tetapi Adrea hanya berpura-pura menyukai Haris demi menyingkirkan Inara.

Walaupun mereka telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak, perkahwinan itu gagal kerana tiada keserasian, dan Adrea hanya menggunakannya untuk menyakiti Inara.

Drama Calar Cinta Lakonan Harissa Adlynn,Nafiz Muaz

 

Cik Petir Putrajaya

Saksikan telefilem romantik komedi berjudul 'Cik Petir Putrajaya' arahan Aziz M Osman pada Sabtu, 5 October 2024, jam 9:00 petang di TV3.

JUDUL : CIK PETIR PUTRAJAYA #cikpetirputrajaya
WAKTU SIARAN : Sabtu, 5 October 2024, 9:00 Malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Sham Hashim
PENGARAH : Aziz M Osman
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Razali, Niezam Zaidi, Julia Farhana Marin, Noryati Taib, Raja Azura, Shahrul Hakimi

SINOPSIS CIK PETIR PUTRAJAYA
Mengisahkan tentang Peah, seorang usahawan yang mencari cinta dalam hidupnya. Peah membantu pasangan lain untuk menyatukan cinta mereka dengan harapan dia juga akan menemui pasangan hidupnya.

Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali

 

Movie Memoir Seorang Guru
Memoir Seorang Guru

Nantikan filem 'Memoir Seorang Guru' yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Azizi Abdullah bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei 2024. Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat antaranya Datuk Rosyam Nor, Nabila Huda, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Judul : Memoir Seorang Guru #memoirseorangguru
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2024
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Che Li
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Tanah Merah Venture, Kalam Ariff, Mache Allstar

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Cikgu Sunan
Nabila Huda sebagai Kamariah
Rosyam Nor
Nabila Huda
Johan As'ari
Trisha Ooi
Hariz Hamdan
Zul Huzaimy
Jesse Lim
Ellie Suriaty Omar

Sinopsis Memoir Seorang Guru
Mengisahkan mengenai seorang guru, Cikgu Sunan (Datuk Rosyam Nor) yang menentang keras anak perempuannya, Kamariah (Nabila Huda) meneruskan citacitanya untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya.

Konflik dalaman dan kekeliruan sepanjang bergelar pendidik menyebabkan Cikgu Sunan berasa berat hati untuk membenarkan Kamariah mengikut jejak langkahnya. Sebenarnya dia bukan menghalang Kamariah untuk menjadi seorang guru tetapi dia bimbang jika sikap buruknya ketika mendidik juga menjangkiti anaknya.

Cikgu Sunan sedar profesion mulia ini perlu dilalui bukan sekadar untuk mendapat habuan dalam bentuk gaji tetapi jauh lebih penting menjadi pendidik yang mencapai sikap murabbi.

Movie Memoir Seorang Guru Lakonan Rosyam Nor,Nabila Huda


Gadis dan Angan -angan
Drama Gadis Dan Angan-angan
Saksikan drama terbaharu di slot Lestary bejudul 'Gadis Dan Angan-Angan' akan menemui penonton bermula 29 September 2024, pada setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3 atau strim di Tonton. Drama terbitan Zamriez Golden Pictures dibintangi oleh Bella Dowanna, Arena Wan dan Riena Diana.

Judul: Gadis Dan Angan-Angan #gadisdananganangan
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 29 September 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: MF Kencana
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Bella Dowanna sebagai Jue
Riena Diana sebagai Mila
Arena Wan sebagai Fida
Faha Azhar sebagai Adi
Ako Mustapha sebagai Ayah Jue
Aleza Shadan sebagai Mak Mila
Ashraf Muslim sebagai Cikgu Ekonomi
Bell Ngasri sebagai Cikgu Bahasa Melayu
Nadiya Nisaa sebagai Cikgu Muet
Ozlynn sebagai Cikgu Melati (Cikgu Pengajian AM)
Didie Alias sebagai Faridah (Pengetua Sekolah)
Kitt Poon sebagai Cikgu Shawn
Azrul Zaidi sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah
Amyza Aznan sebagai Kakak Kantin

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Ada Kamu
Penyanyi: Ika Mustafa
Lirik: Amir Hassan & Ika Mustafa
Komposer: Amir Hassan, Mingaling, Madebyartin, Imgkay

Sinopsis Gadis Dan Angan Angan
Mengisahkan 3 gadis dari keluarga susah yang terpaksa bekerja part-time untuk menampung kos pengajian. Mereka tinggal di pinggir bandar di kawasan perumahan berdekatan.

Segala-galanya bermula apabila mereka sewaktu zaman SPM hanyut bercinta dengan kekasih masing-masing dan akhirnya kekasih masing-masing sudah sambung belajar dan mendapat kekasih baru. Mereka bertiga kecewa dan menyambung pelajaran ke peringkat STPM di tingkatan 6.

Bermulalah kehidupan mereka bertiga yang akan disusun atur melalui plot-plot yang bergerak serentak dalam setiap episod dengan pelbagai kisah mereka di sekolah, bekerja, berangan masa depan dan permasalahan keluarga.

Drama Gadis Dan Angan-Angan Lakonan Bell Ngasri

 

Di hatiku ada Kamu
Drama DI Hatiku Ada Kamu

Nantikan drama adaptasi novel Di Hatiku Ada Kamu karya Rinsya Chasiani akan ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 10 Oktober 2024. Drama terbitan Global Station ini menampilkan Redza Rosli dan Hannah Delisha selaku teraju utama.

Judul:  Di Hatiku Ada Kamu #dihatikuadakamu
Episod: -
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2024
Waktu Siaran: Khamis - Jumaat, 12pm
Platform Digital: Viu
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Hannah Delisha sebagai Rian
Redza Rosli sebagai Adif
Danial Dashuki sebagai Afiq
Husna Mustaffa sebagai Mun
Natasha Roslan sebagai Rina
Tiara Suraya sebagai Nur Ain
Mahmud Alibashah sebagai Idris
Mas Anizan sebagai Rania
Hazeeq Dean
Eizlan Yusof
Raja Azmi

Lagu Tema (OST)
Lagu: Menjaga Jodoh Orang Lain
Penyanyi: Ara Johari
Lirik: Ilham Baso

Sinopsis Di Hatiku Ada Kamu
RIAN AULIA
Perkahwinan aturan keluarga? Rian tidak teragak-agak bersetuju menjadi isteri kepada lelaki yang tidak kenali untuk membahagiakan orang tuanya. Pada Rian, jodoh dia dan Adif adalah takdir. Dia menyukai lelaki itu pada saat pertemuan kali pertama.

AHMAD ADIF RAYQAL
Seorang peguam yang paling dipercayai di Idris Holding. Dia tidak menolak peluang apabila pemilik syarikat itu mahu menjadikan dirinya sebagai calon suami untuk Rian Aulia.

Namun sejauh mana hubungan itu bakal terjalin apabila ada sesuatu yang menyebabkan Adif mengangkat Rian sebagai isteri?

Adif tegar dengan rancangan balas dendamnya. Rian baginya cuma 'sementara, Tujuan utama Adif adalah untuk menghancurkan perniagaan Idris Holding. Entah mengapa, yang sementara itu berjaya menyentuh hati dingin Adif. Jatuh cinta kepada Rian tiada dalam motif dan perancangan Adif. Tetapi untuk menghancurkan wanita itu, Adif terlalu berbelah bahagi.

Adif goyah setelah si isteri memohon dan merayu simpati agar tidak menganiaya kedua-dua orang tuanya. Sedangkan dendam di hati lelaki iu tidak pernah surut walau seinci!

"Sejauh mana dendam itu?" - Rian

"Sehingga mereka kehilangan orang yang paling mereka sayang seperti aku. Dan kehilangan kau disebabkan aku." - Adif

Mampukah Rian bertahan apabila Idris Holding jatuh ke tangan Adif, dan menyaksikan kedua-dua orang tuanya dihalau dan merempat di sebuah bilik sewa usang?

Pergi dari hidup Adif tidak semudah seperti ketika mereka menganyam ikatan perkahwinan kerana sejak dari awal lelaki itu mengikatnya dengan sebuah perjanjian.

Drama Di Hatiku Ada Kamu Lakonan Hannah Delisha,Redza Rosli

 

Telefilem Misteri Bilik Bawah

Saksikan telefilem seram 'Misteri Bilik Bawah' pada Sabtu ini, 29 September 2024, pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MISTERI BILIK BAWAH #misteribilikbawah
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Rohaidah Haron
PENGARAH : Khairul Anuar Mat Noor
PRODUKSI : ZK Creative Productios Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha

SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH
Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik-pelik dan gangguan mistik yang berterusan , Zalika mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.

Telefilem Misteri Bilik Bawah Lakonan Nad Zainal, Dynas Mokhtar