eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

TERKINI: Ada Pertambahan 3 Kematian Baru COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 70 Kes

Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kematian akibat COVID-19 di Malaysia pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 70 kes.

Angka itu mewakili 1.6 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia.

Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berumur 62 tahun yang merupakan kes ke-694 dan mempunyai laar belakang kencing manis. Pesakit mempunyai kontak rapat dengan kluster Seri Petaling. Pesakit disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Kes kedua merupakan lelaki berumur 77 tahun dengan latar belakang kencing manis. Pesakit telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi.

Kes kematian ketiga merupakan perempuan berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang sakit jantung, dementia dan darah tinggi.


Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan seorang pesakit COVID-19 iaitu kes ke-1684 dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia pada 2.38 pagi tadi.





SUMBER:KKM