eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Saya Rindu Keluarga,12 Tahun Beraya Di Rumah Orang Tua Selepas Dihalau Anak

 

Saya Rindu Keluarga,12 Tahun Beraya Di Rumah Orang Tua Selepas Dihalau Anak1

Setiap kali menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, pastinya kita akan meraikan bersama orang tersayang, tidak kiralah tua mahupun muda.

Namun, lain pula yang dirasai oleh seorang lelaki warga emas ini kerana terpaksa menyambut tanpa ahli keluarga di sisi buat sekian kalinya.

Sudah 12 tahun beraya di rumah perlindungan orang tua

Menurut Abd. Ruahman Talib, ini merupakan tahun ke-12 dia meraikan lebaran di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup sejak Januari 2010.

Jelasnya, dia mengakui rindu akan suasana  menyambut hari raya bersama ahli keluarga, namun terpaksa akur dengan takdir yang ditetapkan dalam hidupnya.

Saya Rindu Keluarga,12 Tahun Beraya Di Rumah Orang Tua Selepas Dihalau Anak4
Sudah lali beraya tanpa anak-anak di sisi

Tambahnya yang mesra disapa sebagai Pak Man, pengalaman selama 12 tahun itu membuatkan dia sudah biasa menyambut hari raya di pusat perlindungan orang tua tersebut, walaupun tanpa dua orang anak di sisi.

Anak halau keluar dari rumah

Ceritanya, sekitar tahun 2010, dia menumpang di rumah anak lelakinya sebelum dihalau keluar sehingga menyebabkan dirinya tiada arah tuju.

Selepas itu, dia dimasukkan ke hospital disebabkan oleh masalah jantung, namun berjaya diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibawa ke rumah kebajikan tersebut.

Anggap ini sebagai balasan masa lampau

Selain itu, Pak Man menganggap pengalaman menyambut lebaran selama 12 tahun di situ adalah balasan daripada Allah S.W.T akan masa lampau diri terhadap ibunya.

Dia mengatakan wanita itu enggan tinggal bersama dirinya sekeluarga kembali setelah kecewa dan  patah hati adengan tindakan bekas isteri yang menghalau insan yang melahirkannya itu.

“Saya anggap kisah hidup ini umpama roda berputar kerana ibu saya juga pernah menghuni tempat sama (rumah perlindungan orang tua) sebelum menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sejahtera Tun Dr. Hasmah, Jejawi” katanya.

sumber:Utusan