eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anak Tak Nak Berenggang Dengan Pengasuh India, Enggan Ikut Ibu Balik Raih Perhatian Ramai



Seringkali kita dengar di media sosial dimana pengasuh tidak menjaga bayi asuhan mereka dengan baik sehingga ada yang menyebabkan luka pada badan dan apa yang lebih teruk apabila adanya kes kematian.

Hal ini sekaligus membuatkan para ibu bapa berasa takut untuk meletakkan anak pada pengasuh kerana bimbang jika berlakunya perkara buruk terhadap anak mereka.

Pun begitu, tidaklah semua pengasuh bersikap demikian malah ada juga yang menjaga anak jagaan seperti anak sendiri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seorang wanita ingin menjemput anaknya pulang namun dia tidak mahu berpisah dengan pengasuhnya yang berbangsa India mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @araa_vaniella, kelihatan anaknya berada di pangkuan pengasuhnya yang lebih dikenali sebagai Patti.

Melihat sahaja ibunya, budak kecil itu terus menoleh kebelakang seakan tidak mahu mengikutnya dan apa yang lebih menarik, dia memanggil Patti dengan gelaran Emak.

@araa_vaniella

biasa tengok kisah orang lain je hantar anak kat pengasuh.. sekali jdi kat anak sendiri..🥲

♬ suara asli - Ivan Kurniawan - Ivan keun

Difahamkan ianya bukanlah pertama kali berlaku susulan Patti sememangnya menjaga anaknya dengan baik sehingga budak kecil itu tidak mahu pulang ke rumah.