Saksikan drama Tonton Original, Presiden Kampung Morten yang dibintangi oleh Didie Alias dan Ozlynn Waty bermula 17 April ini

Tonton Presiden Kampung Morten
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan di tonton: 17 April 2023
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Lagu OST: Le'ale - Amira Othman

Watak Pelakon
Ozlynn Waty sebagai Manisah
Didie Alias sebagai Kiambang
Bell Ngasri sebagai Man Tapau
Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
Sheila Hassan sebagai Che Embun
Alif Muhaimin sebagai Hassan
Ieda Moin sebagai Kiah Tumis
Norman Hakim sebagai Mudim Sado
Chacha Maembong sebaai Chichi
Ucop Cecupak sebagai Pak Sood
Seha Monica sebagai Mak Tun
Kamal Bakar seabgai Tok Imam

Sinopsis Presiden Kampung Morten
Mengisahkan tentang ragam Manisah (Ozlynn) dan Kiambang (Didie Alias) yang ingin merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib penduduk wanita di kampung mereka yang bernama Kampung Lemak Manis.

Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.

Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado. Berita yang tidak benar itu sebenarnya telah pun disebarkan Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis yang membawa kepada pelantikannya sebagai presiden Persatuan Wanita Kampung Morten yang baharu. Pelantikan Kiah sebagai presiden yang baharu juga telah menyebabkan Kiambang yang merupakan orang kanan kepada Kiah dilantik sebagai Naib Presiden yang baharu.

Perkara ini menyebabkan Manisah tidak berpuas hati dan ingin menuntut bela kejadian yang menimpa Che Embun dengan merampas kembali hak ibunya. Namun, perkara tersebut tidaklah mudah kerana Kiah yang telah menyandang jawatan tersebut selama dua tahun berturut-turut begitu bagus dalam menjalankan tugasnya.

Jadi, apakah strategi yang akan digunakan Manisah dan adakah dia berjaya untuk merampas takhta ibunya yang telah dirampas sebelum ini?

 

Drama Presiden Kampung Morten Lakonan Ozlynn Waty,Didie Alias ,Bell Ngasri

 


Musim kelima pertandingan nyanyian bakat-bakat muda 'BBNU' (Budak Baru Nak Up), Big Stage kembali dengan pembaharuan dan elemen baharu.

Program realiti kompetitif ini akan menyajikan barisan juri, pengacara dan pemilihan peserta yang baru dan lebih segar bagi penonton.

Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom bakal menjadi hos dan pengemudi rancangan dalam program ini. Bersama beliau, penyanyi Aina Abdul merupakan juri tetap.

Manakala pengumuman tentang seorang lagi hos dan juri tambahan bakal dibuat pada konsert minggu pertama nanti.

'Big Stage' kali ini memberikan lebih banyak ruang kreativiti dan versatiliti dengan memperkenalkan peserta berkumpulan dan duo. Sepuluh peserta dipilih datang dari Malaysia, manakala peserta dari Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam akan turut berentap dalam persaingan dan bakal diumumkan pada konsert sulung nanti.



Big Stage 5 akan ditayangkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula 7 Mei 2023 pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Selain itu, anda juga boleh menonton secara dalam talian (online) menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Sebagai persiapan awal sebelum bermula konsert sulung, program khas 'Big Stage 2023 Bootcamp' akan disiarkan pada 29 dan 30 April jam 1 petang sempena bulan Syawal. Program ini akan memaparkan sesi latihan intensif peserta di The Big House, sebuah rumah besar yang dijadikan pusat latihan untuk para bintang sebelum memasuki pentas pertandingan.

Big Stage terdahulu telah melahirkan empat juara sepanjang perjalanan anjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Berikut merupakan senarai peserta yang terlibat dalam menjayakan penganjuran edisi ini:-


Big Stage 2023 (Musim 5) Senarai Peserta dan Pemenang

 


Tonton Gempak Originals Series terbaharu Scammer Geng Marhaban membawakan genre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Drama bersiri 8 episod ini diarahkan Waan Hafiz, menampilkan bakat-bakat baru seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.

Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.

Judul : Scammer Geng Marhaban #scammergengmarhaban
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2023
Waktu Siaran: Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria & Astro Go
Penulis Skrip: Sham Hashim
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: The Pongkes Sdn Bhd
Pelakon: Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn, Didi Astillah, Mak Engku

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Aidil
Lorenzo Irmann sebagai Adib
Qistina Khaled sebagai Maya / Fifah
Watie Sadali sebagai Hajah Quyah

Sinopsis Scammer Geng Marhaban

Mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. 

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.


Drama Scammer Geng Marhaban Lakonan Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled

 


Tonton telefilem raya 'Biasa Biasa Biasa' lakonan Siti Khadijah Halim, Adlin Aman Ramlie dan Alicia Amin pada 30 April 2023, Ahad pukul 10 pagi di Astro Ria.

Tonton : Biasa Biasa Biasa #biasabiasabiasa #telefilembiasabiasabiasa
Waktu Siaran: Ahad, 30 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Joon Goh
Produksi: Red Communications
Pelakon: Siti Khadijah Halim, Adlin Aman Ramlie, Alicia Amin, Chelsia Ng

Sinopsis Biasa Biasa Biasa
Sofia mula sibuk dengan kerjaya barunya sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran di sebuah syarikat fesyen terkenal, Aisha Aminuddin. Sofia diberi tugas untuk memasarkan tudung rangkaian mewah terbaharu dari Aisha yang akan dilancarkan untuk koleksi Raya. Dia juga perlu bekerja sama dengan ketua pereka syarikat bernama Mael Lambo. Masalah mula timbul apabila Mael dituduh meniru rekaan tudung sebuah perniagaan tudung kecil-kecilan yang sedang meningkat naik untuk rekaan baru tudung Raya Aisha. Apa agaknya berlaku selepas itu?

Telefilem Biar Biasa Biasa (Astro Ria)

 



Tonton telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi arahan Shuhaimi Lua pada 28 April 2023, Jumaat pukul 109 malam di TV3. 

Judul : 30 Hari Sebelum Raya Lagi #30harisebelumrayalagi #telefilem30harisebelumrayalagi
Waktu Siaran: Jumaat, 28 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Pelakon: Sufian Suhaimi, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Chacha Maembong, Nadia Brian, Aprena Manrose, Shakila Khoriri, Mark Adam

Sinopsis 30 Hari Sebelum Raya Lagi
Harraz diugut oleh bekas kekasihnya, anak kepada bosnya, Diana untuk segera meninggalkan Saodah sebelum raya dan jika tidak ditinggalkan, Harraz diugut dibuang kerja dan perlu membayar pampasan kepada syarikat.

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi

 


Tonton telefilem Sempurna lakonan Siti Saleha dan Redza Rosli pada 29 April 2023, Sabtu jam 10 malam hanya di slot Cerekarama TV3.

 Tonton : Sempurna #sempurna #telefilem
Waktu Siaran: Sabtu, 29 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3
Penulis Skrip: Lynnda Sharudin
Pengarah: Ayie Mustafa
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon: Siti Saleha, Redza Rosli, Sera Melissa, Doria Rachel Jolly, Jay Iswazir, Fadilah Mansor, Silfeny Osman, Kween Keela, Heidi Nur Aleesya, Kael Noah

Sinopsis Sempurna
Rossa, seorang wanita berkerjaya, sukses dalam rumahtangga dan dilihat sangat sempurna pada mata semua orang. Selepas kemalangan yang membabitkan anak kecilnya, Rossa mula tertekan. Ketika menjalani rawatan psikiatri barulah segalanya terbongkar.

Para Pelakon 

Telefilem Sempurna Lakonan Siti Saleha, Redza Rosli

 


Tonton  telemovie raya 'Challenge Accepted' arahan Hadith Omar pada 28 April 2023, Jumaat jam 10 pagi di Astro Ria.

Tonton:  Challenge Accepted
Waktu Siaran: Jumaat, 28 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Ryan Bakery, Erysha Emyra, Shasha Nadira

Sinopsis Challenge Accepted
Setelah Fatimah, seorang gadis misteri berpurdah, menjadi viral apabila muncul di dalam videonya, Jeff seorang tiktokers terkenal dicabar oleh peminatnya untuk mencari, berkenalan dan membuat Fatimah jatuh hati kepadanya. Mampukah dia berbuat demikian?

Jeff adalah seorang influencer yang terkenal dengan content-content beliau yang menunjukkan gaya hidup beliau yang mewah dan juga gaya hidup sosialnya. Selesai memuat naik content-contentnya, peminat Jeff banyak meninggalkan komen tentang seorang gadis berpurdah yang terlihat di background salah satu video yang dimuat naiknya. Disebabkan video tersebut, Jeff telah dicabar untuk membuatkan gadis berpurdah itu jatuh cinta kepadanya.

Challenge Accepted Lakonan Ryan Bakery, Erysha Emyra

 


Tonton telefilem Langit Tak Mendengar arahan Michael Ang pada 25 April ini jam 10 pagi di Astro Ria.

Tonton: Langit Tak Mendengar #langittakmendengar #telefilemlangittakmendengar
Waktu Siaran: Selasa, 25 April 2023, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden
Pelakon: Emma Maembong, Mak Engku Faridah, Fikry Ibrahim, Gen Darwish, Arissa Khyra

Sinopsis Langit Tak Mendengar
Abang Jue iaitu Ismail meminta bantuan Jue untuk menjaga ibu mereka. Jue gembira kerana cita-citanya sejak kecil adalah untuk menjaga ibunya. Tetapi langit tidak selalunya cerah apabila kemunculan ibunya dirumah membuatkan dirinya terbeban dengan pilihan mahu menjadi anak kepada ibunya atau isteri kepada suaminya. Tambah lagi bila tingkah laku ibunya menguji kesabaran keluarga Jue.

Langit Tak Mendengar Lakonan Emma Maembong, Fikry Ibrahim

 


Tonton telemovie Sepahtu Rewang Kampung Kenangan dimeriahkan dengan penampilan penyampai radio Sinar dan juga kumpulan Masdo pada 26 dan 27 April 2023 jam 9 malam di Astro Warna dan Astro Go.

Tonton : Sepahtu Rewang Kampung Kenangan
Tarikh Tayangan: 26 & 27 April 2023
Waktu Siaran: Rabu-Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Pengarah: Haji Syam
Pelakon: Jep, Rahim, Pak Ya, Siti Elizad, Ebby Yus, Hamdan Senario, Syamim Farid

Sinopsis Sepahtu Rewang Kampung Kenangan

Cerita mengenai sebuah majlis perkahwinan. Dalam majis perkahwinan ini, empat orang dari kumpulan Sepahtu berjumpa dan mereka bercerita kembali kisah-kisah semasa muda dulu.

Sepahtu Rewang Kampung Kenangan

 


Tonton telefilem raya 'Nun Mati Bertemu Alif' lakonan Luqman Hafidz dan Anas Ridzuan pada Raya Ketiga pukul 2 petang di TV3.

Judul :  Nun Mati Bertemu Alif #telefilemnunmatibertemualif #nunmatibertemualif
Waktu Siaran: Isnin, 24 April 2023, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Pelakon: Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Razak Ahmad, Syahmimi Kaman, Sufian Suhaimi, Wanie Ooi, Mathni Razak, Aiman Minsi, Ferth Jasni

Sinopis Nun Mati Bertemu Alif
Alif dan Tanwin merupakan kawan karib terlibat dalam sindiket mencuri kasut untuk dijual semula. Apabila tiba bulan Ramadan, mereka nekad untuk insaf dan memulakan hidup baru di luar bandar. Ketika dalam perjalanan, mereka terlibat dalam kemalangan.

Nun Mati Bertemu Alif Lakonan Luqman Hafidz, Anas Ridzuan


Tonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada Raya Keempat pukul 2 petang di TV3.

Judul : Demi Masa #demimasa #telefilem
Waktu Siaran: Selasa, 25 April 2023, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar

Sinopsis Demi Masa

Musa baru sahaja dilepaskan dari penjara disebabkan jenayah yang dilakukan pada masa lampau. Pelbagai perasaan menghantui hati Musa tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Muhammad sukar menerima Musa sebagai ayah.

Demi Masa Lakonan Faizal Hussein, Ruminah Sidek

 


Tonton siri mini raya Cikgu Terpaling A! lakonan Izzue Islam, Zamarul Hisham, Scha Elinnea dan ramai lagi akan disiarkan pada Hari Raya Pertama hingga Raya Ketujuh pukul 10:30 pagi di TV3.

Judul : Cikgu Terpaling A #cikguterpalinga #telefilemcikguterpalinga
Tonton Full Episod:1- 7
Tarikh Tayangan: 22 April 2023
Waktu Siaran: Raya Pertama-Raya Ketujuh, 10:30 pagi
Rangkaian: TV3 / tonton
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon: Izzue Islam, Zamarul Hisham, Scha Elinnea, Afifah Nasir, Mark Adam, Cik B, Rosli Rahman Adam, Shamsul Ghau Ghau, Razak Ahmad, Haikal Hakimi, Amyza Aznan, Joey Daud, Azza Elite

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Cikgu Wira
Zamarul Hisham sebagai Cikgu Johan
Scha Elinnea sebagai Cikgu Rose

Sinopsis Cikgu Terpaling A
Cikgu Wira seorang orang guru di sekolah Sri Gemilang di sebuah kampung. Dia adalah guru cemerlang yang sering dinobatkan pelbagai anugerah dan gelaran yang terpuji di sekolah. Cikgu Wira suka pada Cikgu Rose tetapi akan berasa panik apabila cuba untuk untuk mengajak Cikgu Rose keluar. Kehadiran Cikgu Johan yang membuat Cikgu Wira berasa cemburu dan tergugat. Walaupun bersaing dalam dalam pelbagai aspek, demi tugas dan tanggungjawab, Cikgu Wira akan berkerjasama menyelesaikan pelbagai isu.

Drama Cikgu Terpaling A Lakonan Izzue Islam, Zamarul Hisham,Cik B