Tonton telefilem khas Aidiladha, Opah Jangan Lupa arahan Zizan Nin pada 1 Julai ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Judul : Opah Jangan Lupa #opahjanganlupa
Waktu Siaran: Sabtu, 1 Julai 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Abd Nasir Khalil
Pengarah: Zizan Nin
Produksi: Aquila Emas Sdn Bhd
Pelakon: Kamaliah Mat Dom, Zzal Hamzah, Kween Keela, Erry Zukhairi, Amyza Aznan, Raden, Royadi Madada

Sinopsis Opah Jangan Lupa
Kisahnya tentang Mikail yang telah digantung semester oleh pihak universiti. Ibu bapanya, Rusdi dan Marissa telah mendenda Mikail dengan menghantarnya tinggal di kampung bersama Opah. Dapatkah Mikail menyesuaikan diri tinggal di kampung bersama Opah?

Telefilem Opah Jangan Lupa (Tv1 )

 


Tonton telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel dan ramai lagi. akan ditayangkan pada 1 Jul 2023

JUDUL : KETIKA DAUN BERZIKIR #ketikadaunberzikir
TARIKH / MASA : Sabtu,1 Jul 2023, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Didi Wahida Rosdi
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Dai Tajdid Hadhari, Nafiz Muaz

SINOPSIS KETIKA DAUN BERZIKIR

Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap. Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Telefilem Ketika Daun berzikir Lakonan Zamarul Hisham, Nazeera Sardi

 


Tonton telefilem berjudul kafankan aku dengan ihram yang diarahkan oleh Feroz Kadir terbitan FJ Pictures Sdn Bhd . lakonan Aman Graseka, Amar Baharin dan ramai lagi di astro oasis jam 10 malam 

Judul :Kafankan Aku Dengan Ihram
Tayangan : Astro Oasis 
Tarikh: 30 Jun 2023 ,10 PM
Terbitan : FJ Pictures
Arahan : Feroz Kader
Para Pelakon : Aman Graseka, Amar Baharin, Pakjamil Abdul Manap , Abah Rashid , Tokman Djms , Yana Yusof , Shamaiza Nim Abdullah , Wan & Ritz Wahid,  Alya Iman.

Sinopis Kafankan Aku Dengan Ihram

Kisahkan pengorbanan seorang ayah yang terpaksa berkorban hajatnya untuk ke Tanah Suci Mekah demi anak-anak yang mempunyai kepentingan peribadi.

Telefilem Kafankan Aku Dengan Ihram Lakonan Aman Graseka, Amar Baharin

 


Tonton telefilem khas sempena Aidiladha bertajuk Perempuan Tanpa Cinta dilakonkan oleh Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena dan ramai lagi pada Khamis, 29 Jun 2023 pukul 9:00 malam di TV2.

Judul : Perempuan Tanpa Cinta #perempuantanpacinta
Waktu Siaran: Khamis, 29 Jun 2023, 9:30 malam 
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Lynnda Sharudin
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Northern Lights Pictures
Pelakon: Erra Fazira, Syafiq Nazri, Nur Risteena, Hanna Qistinna, Azri Iskandar, Hazeeq Dean, Bea Rameshan, Jasper Supayah, Kamaliah Mat Dom, Chef Zam, Lana Nordin, Daniel Fong

Sinopsis Perempuan Tanpa Cinta
Kisah ketabahan seorang wanita yang mempertahankan cinta sucinya sehingga ke akhir hayatnya. Malah bertemu semula dalam keadaan si lelaki hanya diperlukan untuk melepaskan wanita itu buat selama-lamanya.

Perkahwinan Razif dan Zarah tanpa kehadiran cahaya mata membuatkan rumahtangga mereka bermasalah. Ini membuatkan Razif berkahwin lain dan selepas itu Zarah mengandung. Namun Zarah menjadi depresi kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas dia melahirkan anaknya. Ini membuatkan Razif meninggalkan Zarah dan mendapatkan hak penjagaan anak tersebut dan Zarah tidak pernah bertemu dengan anaknya itu hinggalah anaknya dewasa.

Telefilem Perempuan Tanpa Cinta Lakonan Erra Fazira, Syafiq Nazri


Tonton telefilem Menebus Qasih lakonan Fauziah Ahmad Daud, Justin Teoh dan Mimi Ernida pada Sabtu ini, 24 Jun 2023, pukul 10 malam di TV1.

JuduL : Menebus Qasih
Waktu Siaran: Sabtu, 24 Jun 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKik
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Shuhaimi Zulkefi
Produksi: Antenna Entertainments
Pelakon: Fauziah Ahmad Daud, Justin Teoh, Mimi Ernida, Naza Manas, Veronnyca Wong, Ayu Ayuni

Sinopsis Menebus Qasih
Qasih berkahwin dengan Danial tetapi emak Qasih, Mak Melah tidak berkenan dengan Danial kerana dia orang Cina. Mak Melah tidak melayan Danial. Mak Melah berdiam diri saja. Qasih kemalangan dan meninggal dunia. Danial pulang ke kampung untuk menjaga Mak Melah kerana janjinya pada Qasih.

Telefilem Menebus Qaseh Lakonan Fauziah Ahmad Daud,Mimi Ernida

 


Tonton drama Astro Gempak Original Series, Barista: Misi Terpaling Sulit akan disiarkan di saluran Astro Ria.

JuduL : Barista - Misi Terpaling Sulit
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Arie Zaharie Production

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Agent G
Sheryy Al Hadad sebagai Agent M
Nadia Brian sebagai Agent K
Khir Rahman sebagai Captain Hali
Zarul Umbrella sebagai Kapten W
Emelda Rosemila
Aziz M. Osman
Luqman Hafidz
Lisa Marina

Sinopsis Barista Misi Terpaling Sulit
~ akan dikemaskini




Drama Barista Misi Terpaling Sulit Lakonan Kamal Adli,Nadia Brian

 


Tonton drama muzikal terbaru berjudul 'Angelz' terbitan Zeel Production akan datang di slot Lestary TV3.

Judul :  Angelz #angelz
Tarikh Tayangan:2023
Rangkaian: Lestary TV3
Penulis Skrip: Irwan Mansor
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Sharifah Aisha Retno,  Fiza Thomas, Khodi, Serene Claire, Tika Nasir, Fauziah Ahmad Daud, Hafreez Adam, Mark Adam, Fath Hafeez, Izzrin Irfan

Watak Pelakon
Sharifah Aisha Retno sebagai Melly
Fiza Thomas sebagai Una
Serene Claire sebagai Lulu
Mark Adam sebagai  Azwan
Fath Hafeez sebagai Mat Rock

Sinopsis Angelz
Kisah lima gadis mengejar impian, memburu cita-cita menjadi penyanyi popular! Namun, jalan yang dilalui tidak mudah, penuh dengan onak dan duri, kejahatan, tikam belakang dan semestinya cinta yang menghalang!

Drama Angelz Lakonan Sharifah Aisha Retno,Fiza Thomas

 


Tonton drama bersiri 'Gadis Dan Angan-Angan' terbitan Zamriez Golden Pictures dibintangi oleh Bella Dowanna, Arena Wan dan Riena Diana akan menemui penonton di TV3.

Tonton : Gadis Dan Angan-Angan
Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: TV3
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Bella Dowanna, Arena Wan, Riena Diana, Didie Alias, Ashraf Muslim , Bell Ngasri, Ozlynn, Azlee Khairi, Azrul Zaidi, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Aleza Shadan

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Suhaila
Didie Alias sebagai Faridah
Ozlynn sebagai Melati

Sinopsis Gadis Dan Angan Angan
~ akan dikemaskini

Drama Gadis Angan-Angan Bella Dowanna, Arena Wan, Riena Diana

 


Tonton drama bersiri 20 episod, Janji Di Bawah Pokok Ceri arahan Asri Baq'u Tajudin akan ditayangkan di saluran RTM.

Judul : Janji Di Bawah Pokok Ceri #janjidibawahpokokceri
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 2023
Rangkaian: RTM
Penulis Skrip: Engku Seri Kelantan & Haneem Balqis
Pengarah: Asri Baq'u Tajudin
Produksi: CMA Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sharul Kamal sebagai Fariz
Wafariena Roslan sebagai Safiya
Firdaus Ghufran sebagai Syamil
Wanie Ooi sebagai Sofiya
Lia Natalia sebagai Wanie
Marisa Yasmin sebagai Zahirah
Rusdi Ramli

Sinopsis Janji Di Bawah Pokok Ceri
Kisah seorang remaja iaitu Fariz yang bercita-cita menjadi penyanyi terhalang dengan garis masa lampau cinta tiga segi bapanya, Rashid.

Drama Janji Di Bawah Pokok Ceri Lakonan

 


Tonton drama bersiri Aku Yang Tersakiti terbitan Saphire Screen Sdn Bhd menampilkan lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira akan menemui penonton di slot Samarinda TV3.

Judul : Aku Yang Tersakiti #akuyangtersakiti
Tonton Full Episod: 1-20 
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Raikal
Rita Nadira sebagai Amanda
Fify Azmi sebagai Bella
Jasmin Hamid sebagai Maksu
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Iman Suhana sebagai Sarah
Syazuwan Hassan sebagai Faris

Sinopsis Aku Yang Tersakiti
~ akan dikemaskini

Drama Aku Yang Tersakiti Lakonan Redza Rosli,Rita Nadira

 


Tonton telefilem khas hari raya Bertajuk Di Penghujung Sujud menampilkan gandingan Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan. Disiarkan pada Hari Raya Pertama jam 2 petang di TV3.

JUDUL : DI PENGHUJUNG SUJUD #dipenghujungsujud
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Jun 20238, 9.00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Syawal)
PENULIS SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin

SINOPSIS DI PENGHUJUNG SUJUD
Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?





Telefilem Di Penghujung Sujud Lakonan Redza Rosli, Ayda Jebat

 


Tonton Telefilem Samad Tedung arahan Shuhaimi Lua akan ditayangkan pada Raya kedua pukul 11:00 pagi di TV3.

JUDUL : SAMAD TEDUNG  #samadtedung
WAKTU SIARAN : Khamis, 6 Jun 2023, 11:00 pagi 
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Productions Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Farhana, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar

SINOPSIS SAMAD TEDUNG 

Samad, digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad. Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.

Telefilem Samad Tedung Lakonan Faizal Hussein, Watie Sadali,