Sudah jatuh ditimpa tangga seperti sebuah perempamaan, itulah nasib duka yang sedang dialami oleh wanita bernama Puan Deasy Natalia. Baru-baru ini, dia tampil mendedahkan tentang anaknya, Khayla Arsyila Zafira yang menjadi target pemuas nafsu seorang lelaki durjana. Selaku ibu, kini dia sedang menuntut keadilan bagi si kecil yang tidak berdosa itu.

Suami Halau Keluar Dari Rumah

Awal cerita, kehidupan rumah tangga Puan Deasy tidaklah seindah yang disangka. Sepanjang hidup bersama, dia kerap dikasari oleh sang suami dan ibu mentua sebelum dihalau pergi dari rumah. Mahu atau tidak, ibu ini terpaksa menyewa sebuah bilik sebagai tempat berteduh dan membawa 3 anaknya untuk tinggal di sana.


Puan Deasy lihat pemilik rumah sewa baru naikkan seluar Khayla

Satu hari semasa menyusukan anak ketiga yang berusia 4 bulan, anak sulungnya, Khayla dibiarkan bermain di luar bilik tanpa pantauan rapi. Apabila menjengah ke luar, budak itu sudah berada di ruangan lain. Puan Deasy melihat sendiri pemilik rumah sewa baru menaikkan seluar Khayla dan memakaikan beg ke bahu kononnya sedang bermain. Seorang lagi kenalan kepada lelaki itu pergi ke bilik air dipercayai untuk membersihkan diri dan mengemaskan semula seluarnya.

Sumber foto: YouTube TransTV

Anak cuba mengadu “ibu…atit, atit” selepas kencing

Anehnya selepas membuang air kecil, Khayla mula mengadu terasa perit membuatkan si ibu terdetik untuk memeriksa. Alangkah terkejut, organ bawah budak ini sudah mempunyai kesan koyak seakan-akan ‘ternganga’. Menduga pelakunya adalah pemilik rumah sewa terbabit, Puan Deasy segera pergi berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan pengesahan lanjut.



Polis jelaskan jenayah melibatkan budak bawah umur bukan di bawah kuasa mereka…Kena pergi ibu pejabat besar

Doktor memintanya buat laporan polis dahulu kerana ia adalah SOP biasa. Malangnya apabila pergi ke balai, pihak penguasa bersikap acuh tak acuh dengan aduan Puan Deasy. Dilaporkan dari tahun 2021, ia menyepi begitu sahaja tanpa tindakan lanjut. Kerana inilah Puan Deasy terpaksa menggunakan kuasa viral sebagai jalan terakhir. Apabila berita ini kecoh ke pengetahuan umum, barulah ada polis muncul untuk melakukan siasatan. Ada juga syarikat guaman yang hadir menawarkan kesudian untuk membantu.


sumber: Portal Arkadia & Instagram Nayya Annesa

"Organ Bawah Terganga"-Luluh hati Seorang Ibu Anak Usia 4 Tahun Diratah Pemilik Rumah Sewa


Selepas penantian selama 7 tahun, para penggemar drama rantaian bersiri ‘Tanah Kubur’ kini kembali untuk musim ke-16 yang bakal bersiaran di Astro Oasis. Dengan penceritaan yang berpaksikan keagamaan dan moral, drama ini merupakan antara drama yang terlama bertakhta di Astro dengan meraih pujian serta minat ramai penonton.

Tanah Kubur musim terbaharu ini kekal memaparkan kisah hal kematian yang perlu dihadapi Tok Adi sebagai penggali kubur di kampungnya. Setiap kali menguruskan jenazah, dia sentiasa menghadapi pelbagai dugaan dan perkara aneh yang menjadikan kisahnya padat dengan elemen religi dan kemasyarakatan. Masih diterajui pelakon veteran Nasir Bilal Khan, musim baharu ini turut menampilkan wajah-wajah hebat sebagai pelakon jemputan seperti Naim Daniel, Nad Zainal, Dato’ Aaron Aziz dan ramai lagi.

Penggambaran drama ini dilakukan di Ijok, Sekinchan, Rawang dan Kuala Lumpur dengan hasil karya berkualiti arahan Rashid Sibir bersama kru produksi yang sama. Namun penceritaan kali ini dihiasi nafas baharu dengan pelbagai topik penuh iktibar dan pengajaran yang bermanfaat. ‘Tanah Kubur’ musim ke-16 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106).

Judu: Tanah Kubur Siri 16
Tonto Full Episod:1- 15
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023
Waktu Tayangan: Jumaat, 7.30 malam
Rangkaian: Astro Oasis / Astro GO 
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
Aaron Aziz sebagai Syamil
Nad Zainal sebagai Yati
Fikry Ibrahim sebagai Kamal
Naim Daniel sebagai Kamil
Rosnah Mat Aris sebagai Nenek kepada Kamil

Sinopsis Tanah Kubur Siri 16

Mengupas mengenai hal kematian yang akan menunjukkan balasan kepada mayat yang setimpal dengan amalan mereka ketika masih hidup. Jika seseorang itu baik, maka baiklah balasannya dan jika seseorang itu berbuat jahat maka balasannya juga jahat.

Dalam Tanah Kubur Siri 16, para penonton dapat melihat pelbagai kes di mana Tok Adi, penggali kubur yang dimainkan oleh pelakon veteran, Nasir Bilal Khan mudah menguruskan mayat, wajah mereka bersih dan tersenyum, dan kubur mereka berbau wangi manakala ada juga kes di mana pengurusan mayat menjadi susah, wajah mayat bertukar menjadi gelap dan pembalasan azab di kubur sudah bermula.

Tok Adi yang juga dianggap sebagai tunggak masyarakat di kalangan orang kampungnya akan menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan kematian. Walaupun Tok Adi akan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kutukan daripada orang yang tidak menyukainya, tetapi beliau tetap tabah menghadapi segala dugaan dan amanah dalam melaksanakan kerjanya

 

Tanah Kubur Siri 16 Lakonan Nasir Bilal Khan, Aaron Aziz

 



Baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia terima kritikan serta kecaman hebat daripada netizen gara-gara memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri sewaktu berkunjung ke Malaysia.

Enggan untuk memperbesarkan isu berkenaan, menerusi laporan mStar, aktres yang berusia 37 tahun itu tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, dia tidak mahu memikirkan isu itu malah, meminta netizen untuk memberi teguran dengan lebih berhemah berbanding terus melemparkan kata-kata yang negatif.



“Tak perlu respon apa-apa pun, saya tak perlu membalas atau kritik dengan cara apa sekali pun. Apa orang nak cakap, cakap lah. Mungkin itu yang terbaik untuk dia.

“Saya tak mahu tambah dosa saya untuk bercakap atau membalas kata-kata orang. Awak boleh je Direct Message (DM) secara peribadi untuk cakap benda ni dan bukan secara umum,” katanya.

Bukan itu sahaja, Almy turut memaklumkan dia tidak membaca sebarang komen yang diberikan oleh netizen memandangkan penulisan mereka memberi kesan yang mendalam.

Malah, dia mengakui memerlukan masa untuk berubah ke arah yang lebih baik tambahan pula baru sahaja membuat keputusan untuk berhijab.



“Saya tak baca pun sebenarnya tapi mak saya yang beritahu. Mimi Peri je kot tapi zaman 2023 adalah netizen, netizen punya penulisan tu sangat berkuasa, jangan salah buat atau cakap.

“Mungkin orang yang menegur sebab saya baru berhijab, saya perlu menjaga batas tetapi dalam dunia industri seni ni bagaimana. Saya bukannya terlalu baik, tapi perubahan yang perlahan bukan drastik, insya-Allah,” ujarnya.

Sekadar info, Almy Nadia sah bergelar isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)

"Apa org Nak cakap,Cakaplah",Almy Nadia Jawap Isu Dikritik Pegang Mimi Peri

 


Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan dalam masa terdekat.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh cef yang berusia 65 tahun itu di laman Instagramnya yang memberitahu berkemungkinan kanser limfoma yang dihidapi masih berada pada peringkat awal memandangkan dia tidak mengalami sebarang simptom.


“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.

“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.

Difahamkan juga, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan dia mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.



“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan orang ramai tidak perlu risau serta menzahirkan ucapan terima kasih atas doa serta kata-kata semangat yang diberikan.



Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.

“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” luahnya.

Sumber: Instagram @Chef Wan

Chef Wan hidap kanser limfoma, terima takdir dengan hati terbuka

 


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), anugerah berprestij ini merupakan anugerah pilihan peminat yang akan diadakan setiap tahun sejak tahun 1987 lagi. Pada masa itu, ABPBH dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular 1987 (APPP87) – Nescafe Classic.

Kemudian, sejak tahun 1990, pihak penganjur memperkenalkan pula kategori Artis Paling Popular yang kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Paling Popular yang merupakan kategori trofi berprestij dalam acara ABPBH.

ABPBH bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air. Selain itu, anugerah ini dapat memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular serta menyertai aktiviti dan promosi acara anugerah ini.

Selari dengan peredaran zaman, pihak penganjur telah memperkenalkan sistem undian secara online 100 peratus menerusi laman rasmi ABPBH bermula pada tahun 2017 berbanding sebelumnya pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya.

Kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABHBP 35)
12 kategori utama ABPBH 35



Anugerah Kategori Utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)
BBNU Lelaki Popular
BBNU Wanita Popular
Penyanyi Lelaki Popular
Penyanyi Wanita Popular
Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
Aktor Filem Popular
Aktres Filem Popular
Aktor TV Popular
Aktres TV Popular
Penyampai Radio Popular,
Pengacara TV Popular dan
Artis Komedi Popular
7 Anugerah Kategori Ekstra ABPBH 35
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH) edisi ke-35 juga turut mempertandingkan 7 kategori ekstra yang memfokuskan kepada generasi Z iaitu :
Couple Drama Popular
Couple Filem Popular
Drama Popular
Lagu Paling Boom
Content Creator Popular
TikTokers Popular dan
Video Viral Popular

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)
BBNU Lelaki Popular
Amir Ahnaf
Danial Chuer
Fadhli Masoot
Meer Nash
Mierul Aiman

BBNU Wanita Popular

Anna Jobling
Puteri Khareeza
Qasrina Karim
Siti Khadijah Halim
Sophia Albarakbah

Penyanyi Lelaki Popular
Amir Masdi
Hael Husaini
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Naqiu

Penyanyi Wanita Popular
Aina Abdul
Ernie Zakri
Nabila Razali
Siti Nordiana
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular
Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Dolla
Ernie Zakri & Syamel
Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Siti Nordiana & Bunga Isme

Aktor Filem Popular
Beto Kusyairy
Datuk Adi Putra
Fattah Amin
Zizan Razak
Zul Ariffin

Aktres Filem Popular
Ahirine Ahirudin
Diana Danielle
Janna Nick
Maya Karin
Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular
Aedy Ashraf
Ben Amir
Kamal Adli
Meerqeen
Redza Rosli

Aktres Tv Popular
Anna Jobling
Puteri Sarah Liyana
Raysha Rizrose
Sharifah Rose
Siti Saleha

Penyampai Radio Popular
DJ Lin
DJ Sonic
Haiza
Johan
Tyzo

Pengacara TV Popular
Alif Satar
Elly Mazlein
Hawa Rizwana
Janna Nick
Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular
Bell Ngasri
Jaa Suzuran
Johan
Syahmi Sazli
Zizan Razak

Couple TV Popular
Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular
Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)
Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)

Drama Popular
Bisik-Bisik Gelora
Kisah Cinta Kita
Melur Untuk Firdaus
Rindu Awak Separuh Nyawa 2
Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular
Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
Gatal (Janna Nick)
Mimpi (Haqiem Rusli)
Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular
Alieff Irfan
Arieff Yong
DD Chronicle
Qawiyaro
Sofyank

Tiktoker Popular
Aaabias
Aleeya Zailan
Hafiz Mahamad
Sally Whoo
Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular
Airiena Yahaya
Aldariya Dareesa
Ryan Bakery
Satthiya Kandi
Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
10 calon Top 5 yang meraih undian terkumpul tertinggi setakat ini iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Siapakah pemenang trofi berprestij ABPBH 35? Nantikan pada 21 Julai 2023 nanti.

Tonton Siaran Langsung (Live) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)
Siaran lansung (Live) Malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara, pada 21 Julai 2023, jam 9.00 malam di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton dan channel rasmi YouTube TV3

Anugerah Bintang Popular Ke 35 (ABPBH35) 2023 Senarai Calon Dan Pemenang

 


Rahsia adalah filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.

Judul : Rahsia #rahsia
Genre: Seram
Lakon Layar & Skrip: Alfie Palermo
Pengarah: Shamyl Othman
Syarikat Produksi: Kuman Pictures
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn Bhd
Tarikh Tayangan di Pawagam: 10 Ogos 2023

Lagu Tema (OST)
Lagu: Alunan Lara
Artis: Njwa
Komposer: Njwa

Barisan Pelakon 
Nabila Huda sebagai Ramlah
Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
Qistina Raisah sebagai Marina
Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
Marsha Milan Londoh sebagai Melor
Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
Nabil Zakaria sebagai Bob
Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
Susan Lankester
 
Sinopsis Rahsia
Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu. 

Movie Rahsia

 


Tonton drama 'Bukan Cinta Sempurna' adaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma' akan disiarkan di slot Tiara, Astro Ria bermula 31 Julai 2023, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Judul : Bukan Cinta Sempurna #bukancintasempurna
Tonton Full Episod:1- 50
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin – Jumaat, 6 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Luqman
Ayda Jebat sebagai Qistina
Shah Iskandar sebagai Aniq
Neera Azizi sebagai Marina
Alif Hadi sebagai Benjamin
Qistina Khaled sebagai Diana
Saidah Kamarudin sebagai Nadia 
Nick Naim sebagai Omar
Syazir Shafein sebagai Badrul
Amar Baharin
Hanna Aqeela
Emelda Rosemila
Ziela Jalil

Sinopsis Bukan Cinta Sempurna

Qistina adalah seorang gadis miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ibunya. Malang yang menimpa keluarga Luqman turut terpalit pada Qistina yang telah jatuh cinta dengan Luqman. Fitnah yang ditaburi oleh Aniq dan keluarga Luqman terhadap Qistina bakal mengubah haluan hubungan mereka.

Para Pelakon Bukan Cinta Sempurna

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Bukan Cinta Sempurna Lakonan Fadlan Hazim,Ayda Jebat

 



Tonton Drama romantik komedi 'Cik P.A Tuan Ash' terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh sutradara Shuhaimi Lua akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula 20 Julai 2023, jam 6.00 petang di slot Sakura TV3 serta turut boleh distrim menerusi tonton.com.my
 
Judul :  Cik PA Tuan Ash #cikpatuanash
Tonto Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 6:00 petang
Rangkaian: Sakura TV3 / tonton
Penulis Skrip: Zyza Backy
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

Lagu Tema (OST): Sissy Iman - Di Sana Di Sini

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Husna
Dini Schatzmann sebagai Tuan Ashley
Alvin Chong sebagai Sam
Raja Azura sebagai Puan Diana
Jaafar Onn sebagai Khalib
Hisham Zainal sebagai Nasri
Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul
Zalfa Zin sebagai Adriana
Kween Keela sebagai Jojo 
Sharifah Husna sebagai Zetty
Dayang Areeda sebagai Elina
Camelia Natasya sebagai Lola
Ferth Jasni sebagai Faizul 
Zahir Deck sebagai Ikhmal
Adriana Bannie sebagai Lily
Ariel Izz sebagai Arman

Sinopsis Cik PA Tuan Ash
Tuan Ash, pemilik sebuah syarikat besar, seorang yang sangat teliti dalam kerjanya. Ash berhasrat menamatkan zaman bujang sebelum usianya 31 tahun. Husna pembantu (PA Ash) turut diberi tugasan mencari colon isteri buat Ash.

Para Pelakon Cik Pa Tuan Ash


Drama Cik PA Tuan Ash Lakonan Dini Schatzmann,Janna Nick

 


Tonton filem Vik2ria Secret arahan A.R. Badul bakal tayang di pawagam bermula 15 Jun 2023.

Judul : Vik2ria Secret
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2023
Idea Asal: A.R. Badul & Annie Arifin
Penulis Skrip: Rosnie Yat Aedil Mohd
Pengarah: A.R. Badul
Produksi: Sheunik Sdn Bhd
Pelakon: Annie Arifin, Ropie Cecupak, A.R. Badul, Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau, Keena Mentor

Sinopsis Vik2ria Secret

Menceritakan mengenai Viki (Annie Arifin) iaitu seorang anak yatim piatu yang pergi ke Kampung Honi dalam kegembiraan, namun berdepan perjalanan penuh dugaan.

Dia bertemu Ria (Keena Mentor) dan menjadi kawan karib sehingga membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama 'Vik2ria Secret'. 

TOK KK, ketua kampung dan Cross Dresser sedang rancak mahu bertanding untuk wakil tempatan (YB) dan seteru mereka ialah Zamri. Peluang cerah muncul buat Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik tersebut. 

Pelbagai kontroversi menyebabkan Tok KK bertindak tidak rasional dan menimbulkan kemarahan Viki yang kurang senang kenapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK, kononnya tindakan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak penduduk kampung.

Promo Vik2ria Secret


Movie Vik2ria Secret Lakonan Annie Arifin, Ropie Cecupak

 

Tonton telemovie Baby Jarum sebuah sekuel dari filem Mami Jarum (2002) terbitan Metrowealth akan tayang pada Ahad, 16 Julai, 9 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul  : Baby Jarum #babyjarum
Waktu Siaran: Ahad, 16 Julai 2023, 9 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Metrowealth Pictures
Pelakon: Rita Nadira, Kartin Aziz, Fikry Ibrahim, Hanan Kiasati, Shazreen, Sheila Mambo, Mamak Puteh

Sinopsis Baby Jarum

Mami Jarum kembali! dan kali ini Mami memastikan cucunya Asyikin akan berkahwin dengan lelaki pilihannya, namun Asyikin mempunyai rancangan yang lebih baik untuk dirinya.

Para Pelakon Baby Jarum

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Telefilem Baby Jarum Lakonan Rita Nadira, Fikry Ibrahim

 


Tonton drama adaptasi novel Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan akan mula ditayangkan 31 Julai 2023, setiap Rabu dan Khamis di slot MegaDrama Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul : Budak Hostel Otaknya Sewel #budakhostelotaknyasewel
Tonton Full Episod: 1-18
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tuah Adzmi sebagai Akhil
Baihaqi Majid sebagai Mat Piah
Izz Ilham sebagai Cupin
Adam Eji sebagai Widad
Azhan Rani sebagai Cikgu Marzuki
Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial
Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
Zarul Iman sebagai Borhan
Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek
Datin Natasha sebagai Murni
Adzim Hariz sebagai Ghani
Amsyar Aziz sebagai Munawer
Flora Haron sebagai Angah

Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel
Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.

Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Sinopsis Novel Budak Hostel Otaknya Sewel
"Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.
  
Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.

Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel Lakonan Sharnaaz Ahmad,Azhan Rani

 


#SepahtuReunionlive2023 #Siri8

Sepahtu Reunion Live 2023 Mulai 14 Jun 2023 setiap Khamis jam 9 malam di Astro Warna

Seperti tahun-tahun terdahulu, Sepahtu Reunion Live adalah program sketsa komedi yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton.

Menguji kreativiti setiap pelawak, sketsa yang dipersembahkan dilakukan tanpa sebarang skrip dan setiap minggu selebriti jemputan dan cameo akan tampil secara mengejut bagi memeriahkan aksi spontan ini

Jangan ketinggalan menonton Sepahtu Reunion Live pada setiap Jumaat bermula malam ini, 9 malam di Astro Warna.

Untuk episod pertama, ia akan turut bersiaran langsung di saluran Astro Prima dan Astro GO.

Barisan Artis Pelawak Beraksi di Pentas Sepahtu Reunion Live 2023







Sepahtu Reunion Live 2023 Kini Kembali Musim Ke 8