Saksikan telefilem Serambi Syurgamu arahan Wan Saiful Shahrizan pada 12 April, Jumaat pukul 10 malam di TV Okey.

JuduL : Serambi Syurgamu #serambisyurgamu
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Nelly Nasir
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan
Produksi: Redboy Pictures
Pelakon: Shasha Abedul, Firdaus Ghufran, Qi Razali, Normah Damanhuri

Sinopsis Serambi Syurgamu
Mengisahkan tentang Orked yang bertemu dengan seorang wanita yang tidak memiliki pengenalan diri dan hilang ingatan. Apakah seterusnya akan terjadi?

Telefilem Serambi Syurgamu Lakonan Shasha Abedul, Firdaus Ghufran,

 

Saksikan telefilem Overnight Wali pada 4 Syawal, 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul : Overnight Wali #overnightwali
Waktu Siaran: Sabtu, 13 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Bade Hj Azmi
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Aaron Aziz, Meerqeen, Arabella, Siti Elizad, Shah Rezza, Nabil Aqil, Zarynn Min

Sinopsis Overnight Wali
Husaini (28 tahun, bapa kepada Amanda (5 tahun), gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain. Dia bangun pagi berikutnya dan mendapati Amanda kini berusia 25 tahun, dan akan berkahwin lagi dua hari.

Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam, seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu. Usahanya untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan.

Telefilem Overnight Wali Lakonan Aaron Aziz, Meerqeen

 

Saksikan telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik pada 3 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

JuduL : Kurung Kerawang Untuk Adik #kurungkerawanguntukadik
Tayangan: Jumaat, 12 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Amy Nawari
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon: Syafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally

Sinopsis Kurung Kerawang Untuk Adik
Shazwi dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungjawab untuk membesarkannya bersama tiga orang adiknya dan salah seorangnya adalah adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya yang juga penghidap penyakit jantung kronik.

Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Shazwi tanpa sengaja telah mencederakan mak ciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Selepas keluar dari penjara, Shazwi berhasrat untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji.

Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan., Puteri Rafasya

Telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik Lakonan Syafie Naswip, Noorkhiriah

 

Saksikan telefilem Zero To Millionaire pada 3 Syawal, pukul 4 Petang di Astro Warna dan strim di Astro GO.

Judul: Zero To Millionaire #zerotomilionaire
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Aziz M. Osman
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Sharif Zero, Syaiful Zero, Atu Zero, Julia Farhana Marin, Shashic Iewan

Sinopsis Zero To Millionaire
Ahmad, Hamid dan Mahmud (Mad, Mid, Mud) merupakan tiga beradik yang bekerja sebagai pencuci kereta. Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. Mad menafikan lalu bertindak agresif pada pelanggan. Akibatnya Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. Tiba tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu. Bagi mengelak dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan Mad, Mid dan Mud bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.

Telemovie Zero To Millionaire

 

Saksikan telefilem My Famous Ex Boyfriend Raya pada 1 Syawal, 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Judu: My Famous Ex-Boyfriend Raya
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Skrip: Ash Adm
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event
Pelakon: Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari, Aleza Shadan, Malle Christian

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend Raya
Perkahwinan Sameera dan Jamie mula goyah dek kerana kekangan masa bersama dan kedegilan Affan, ditambah pula dengan kehadiran Haque Zuhal di dalam hidup mereka, mengeruhkan lagi keadaan. Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini? Dan apakah pengakhiran bagi Haque Zuhal pada kali ini?

Telefilem My Famous Ex Boyfriend Raya Lakonan Nadhir Nasar, Qasrina Karim

 

Saksikan telefilem Lukisan Hati Umar arahan Pali Yahya pada 24 Mac ini, Ahad jam 10 malam di TV3.

Judul : Lukisan Hati Umar #lukisanumar
Waktu Siaran: Ahad, 7 April 2024, 10:00 malam
Rangkaian: Cereka Ahad TV3 / Tonton
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Dzul Haziq, Syazwan Zulkifly, Nad Zainal, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Damia Qaissarah

Sinopsis Lukisan Hati Umar
Umar anak kecil yang mempunyai bakat melukis dan bertemankan beruk kesayangannya untuk menyara kehidupan. Setelah ibunya meninggal dunia, dia tinggal bersama Zahar ayah tirinya. Hasil upah memetik kelapa dirampas oleh Zahar.

Telefilem Lukisan Umar Lakonan Nad Zainal, Izzue Islam

 

Saksikan telefilem Hijab Pendosa lakonan Jaja Iliyes dan Bell Ngasri pada 1 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim Astro GO.

Judul : Hijab Pendosa #hijabpendosa
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Fairuz Loy
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon: Jaja Iliyes, Bell Ngasri, Silfeny Osman, Acong Sweetchild, Hawra Jamalullail, Ainina Ahmad, Qaidah Marha

Sinopsis Hijab Pendosa
Semasa kecil, Safiya mencuri ketupat buat emaknya yang sakit, Mahani. Mahani sudah meninggal dunia, setiba Safiyya di rumah. Ini menyebabkan dia trauma dan berdendam dengan ayahnya, Hijab yang telah mengabaikan dia dan arwah emaknya.

Safiya Berjaya dalam kerjaya dan membesar sebagai seorang perempuan yang berhati waja. Apabila Safiya bertemu dengan Hijab yang telah merampas kebahagiannya dan menjadi pengemis, Safiya terpaksa berdepan semula dengan trauma masa silamnya.

Telefilem Hijab Pendosa Lakonan Jaja Iliyes, Bell Ngasri

Saksikan telefilem raya, Kasihnya Angah lakonan Siti Elizad dan Syazwan Zulkifly pada 1 Syawal pukul 11:30 pagi di TV3.

Judul Kasihnya Angah #kasihnyangah
Waktu Siaran: Wed, 10 April 2024, 11:32 pagi
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Siti Elizad Sharifuddin, Syazwan Zulkifly, Sahronizam Noor, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain, Lan Zailan, Annie Mosha, Jay Iswazir

Sinopsis Kasihnya Angah
Shida seorang wanita yang soleha, taat dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga kerana mahu ditempatkan di syurga.

Telefilem Kasihnya Angah Lakonan Siti Elizad Sharifuddin, Syazwan Zulkifly

 

Saksikan telefilem Chinta Wrong Direction Raya pada 2 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul :Chinta Wrong Direction Raya #chintawrongdirectionraya
Waktu Siaran: Thu, 11 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Hadith Omar & Rehal Nuharis
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Juita Viden
Pelakon: Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chuah, Ikhwan Khairudin, Hilal Azman, Nurel Baharin

Sinopsis Chinta Wrong Direction Raya
Akid kembali alah kepada Chinta selepas beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan. Mereka kini harus mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah Akid demi kebaikan semua!

Telemovie Chinta Wrong Direction Raya Lakonan Hun Haqeem, Erysha Emyra

 

Saksikan telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan pada 2 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul:Pinggan Retak Di Tapak Tangan #pingganretakditapaktangan
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Azlina Pa'wan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country Universal Sdn Bhd
Pelakon: Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi, Azri Safix, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Myra Afrina

Sinopsis Pinggan Retak Di Tapak Tangan
Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak.

Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah.

Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi makin teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital.

Telemovie Pinggan Retak Di Tapak Tangan Lakonan Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi

 

Saksikan telefilem Dendam Hantu Viral pada 2 Syawal, pukul 4 Petang di Astro Warna dan strim di Astro GO.

Judul : Dendam Hantu Viral #dendamhantuviral
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Penulis Skrip: Ilham Abata
Pengarah: Wan Mohd Hafiz
Produksi: Arisprop Production
Pelakon: Puteri Sarah Liyana, Harris Annuar, Sanjna Suri, Haris Embong, Azad Jazmin, Niezam Kiut, Seha Monica

Sinopsis Dendam Hantu Viral
Kampung Lompat Katak sekali lagi di ganggu oleh seekor hantu yang viral. Gangguan hantu itu telah menyebabkan agenda perancangan Tok Hashim untuk mengadakan majlis kesyukuran ulangtahun perkahwinannya tergendala. Kedatangan Leha Letop dan Cikgu Wahab ke Kampung Lompat Katak pula menambahkan lagi kekecohan buat Tok Hashim dan penduduk Kampung Lompat Katak.

Telefilem Dendam Hantu Viral lakonan Puteri Sarah Liyana, Harris Annuar

 

Saksikan telefilem Raya Dengan Cinta pada 3 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

JuduL: Raya Dengan Cinta #rayadengancinta
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Panel MIG
Pengarah: Azmir Affandi
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Pelakon: Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning, Chew Kinwah, Thean Jo Lin, Joanne Kam,

Sinopsis Raya Dengan Cinta
Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan.

Pelbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Telemovie Raya Dengan Cinta Lakonan Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning