Lelaki Melayu Terakhir

Nantikan drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir arahan Amor Rizan akan datang di slot Akasia TV3.

Judul : Lelaki Melayu Terakhir
Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin -Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Rumah Karya Cinta

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Ustaz Jazlan
Wanna Ali sebagai Kasih
Hazwani Helmi sebagai Fatimah
Heliza Helmi sebagai Aisyah
Zarul Imran sebagai Ustaz Wadi
Nabil Aqil
Umie Aida
Liza Abdullah
Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Lelaki Melayu Terakhir

Mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.

Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.

Alawiyah (Umie Aida), ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.

Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.

Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.

Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Kasih ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Kasih menunaikan Umrah.

Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya?

Drama Lelaki Melayu Terakhir Lakonan Fattah Amin,Wanna Ali

 

Nantikan drama 'Dari Mata Turun Ke Hati' adaptasi drama Jepun berjudul 'Love's In Sight' akan bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Drama arahan Michael Ang, mengandingkan Mierul Aiman dan Arabella Ellen sebagai pelakon utama.

Tonton : Dari Mata Turun Ke Hati #darimataturunkehati
Episod: 1-24
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: MegaDrama Astro Ria
Penulis Skrip: Nadia Khan
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mierul Aiman sebagai Jai
Arabella Ellen sebagai Iris
Darien Aeldra sebagai Jaha
Qistina Khaled sebagai Aira
Azri Safix sebagai Haikal
Afiq Hamidon sebagai Dayat
Azhar Sulaiman sebagai Kamal
Natasha Roslan
Kimberly Chuah
Ramona Zamzam
Natasha Elyzza
Evertts Gomes
Sathis Varan

Sinopsis Dari Mata Turun Ke Hati
Kisah seorang gadis yang mempunyai penyakit mata 'Amblyopia' atau dikenali sebagai mata malas telah bertemu dengan budak lelaki nakal sehingga mereka tertarik antara satu sama lain.

Para Pelakon 

Drama Dari Mata Turun Ke Hati Lakonan Mierul Aiman,Arabella Ellen

 


Nantikan siri Astro Originals berjudul 'X-Change' dibintangi oleh Rosyam Nor, Hariz Hamdan, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Judul : X-Change
Tonton Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Lamuel Ong
Pengarah: Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Yakob
Marisa Yasmin sebagai Mariam
Hariz Hamdan sebagai Qabil
Sadiq sebagai Capik
Arfie Shah sebagai Khalif
Joey Leong sebagai Lilian
Steve Yap sebagai Jay
Shweta Sekhon sebagai Divia
Alvin Wong sebagai Foony
Angeline Tan
Fadilah Mansor

Sinopsis X-Change
Kisah tentang seorang anak lelaki yang terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya, merompak kedai emas selepas kematian bapanya.

Para Pelakon 


Drama X-Change Lakonan Rosyam Nor,Marisa Yasmin

 

Nantikan drama romantik komedi 'Perang Nasi Dagang' arahan Issey Fazlisham akan datang di Astro Warna.

Judul : Perang Nasi Dagang #perenagnasidagang
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: Julai 2024
Rangkaian: Astro Warna
Penulis Skrip: Norsyiella Annuar
Pengarah: Fazlisham Mat Hussin
Produksi: Red Bean Productions Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Kimal Mokhtar
Mekyun
Sabri Yunus
Adrina Kamaruddin
Nora Danish
Adam Amri
Aswad Jalil

Sinopsis Perang Nasi Dagang
Bergaduh sebab Nasi Dagang mana paling sedap??? Biar betul ada yang claim Nasi Dagang dari negara seberang???



Drama Perang Nasi Dagang Lakonan Sabri Yunus,Nora Danish

 

Nantikan drama bersiri adaptasi novel 'Dan Mimpi Pun Berguguran' karya Liana Afiera Malik akan bersiaran di slot Tiara Astro Ria. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Bade Hj. Azmi. Menampilkan Daniella Sya dan Nazim Othman sebagai pelakon utama.

Judul : Dan Mimpi Pun Berguguran
Tonton Full Episod: 1-50
Tarikh Tayangan: Julai 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Slot Tiara Astro Tiara
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Daniella Sya sebagai Icha
Nazim Othman sebagai Saiful Badar
Muaz Zabir sebagai Badrul
Hanna Aqeela sebagai Humairah
Azhar Amir sebagai Tuan Rais
Zoee Tan sebagai Puan Sofea
Shah Rezza sebagai Farid
Alif Hadi sebagai Matin
Mia Nasir sebagai Mazy
Mathni sebagai Anuar
Natasha Elyzza sebagai Diana

Sinopsis Dan Mimpi Pun Berguguran
Marissa Adeline, atau Icha, dibesarkan dalam keluarga kaya yang sering berantakan. Kehadiran abang saudaranya, Saiful Badar banyak memberikan ketenangan.

Namun bahtera perkahwinan mereka dilanda badai apabila Saiful diserang kanser dan kesihatan Icha juga mula merosot dek kerana peristiwa silam.

Bagaimanakah pasangan ini mendepani cabaran hidup?
Para Pelakon 


Drama Dan Mimpi Pun Berguguran Lakonan Daniella Sya,Nazim Othman

 

Pasangan pempengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanh kekal tenang direman empat hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Kedua-dua mereka itu ditahan oleh SPRM semalam atas dakwaan penyelewenagan dan pecah amanah membabitkan dirinya.

Kekal tenang direman empat hari

Memetik portal mStar, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega direman selama empat hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap empat individu itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sejurus sebutan reman selesai, pasangan suami isteri itu kelihatan tenang keluar daripada dewan mahkamah sebelum masuk ke dalam kenderaan dipercayai menuju ke ibu pejabat SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Turut direman empat hari ialah dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian.

Menurut sumber, dua lelaki yang juga pengendali platform kutipan derma atas talian ditahan SPRM tengah malam kelmarin, ketika memberi keterangan.

Artikel lain: Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma

Doa yang baik-baik

Sementara itu, Aliff atau nama penuhnya Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.


“Saya sihat, Alhamdulillah …doa baik-baik,”demikian katanya.


@friendsofsprm Alif Teega di makamah putrajaya #sprm #friendsofsprm #azambaki #alifteega #pdrm #fyp ♬ original sound - FRIENDS OF SPRM

Influencer Aisyah Hijanah & Aliff Teega Bergari Kekal Tenang Direman Empat Hari

 


Pengantin Pasti Jadi
Tonton drama bersiri 20 episod 'Pengantin Pasti Jadi' arahan Ayie Mustafa dibintangi oleh Ali Reza dan Asha Merican akan disiarkan di TV9.

JUDUL : Pengantin Pasti Jadi
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: TV9
Pengarah: Ayie Mustafa
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Ali Reza, Asha Merican, Ungku Hariz, Sera Melissa, Riesha Aslan, Daniesh Suffian, Cintaa Aiyuni, Faye Kusairi, Lana Nodin, Khaty Azian, Heidi Nur Aleesya

Sinopsis Pengantin Pasti Jadi

Mengisahkan perjalanan hidup Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim (Lana Nordin) ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.

Dek kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi “Pengantin Tak Jadi” ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian tersebut, mereka bertemu buat pertama kali. Sejak dari pertemuan pertama mereka telah mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung. Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.

Walaubagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman (Shyrim Husni) ayah kepada Nureen melibatkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat sebulat suara daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

Ali Reza

Drama Pengantin Pasti Jadi Lakonan Ali Reza, Asha Merican

 

Nantikan dama bersiri 'Baby Papa' terbitan syarikat Sha's Media Sdn Bhd diarahkan oleh Bahri Uma. Membariskan pelakon seperti Kirana Batrisyia, Faizal Hussein, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Saksikan Baby Papa mulai 24 Jun 2024 di Tonton. Layari tonton.com.my atau strim di aplikasi Tonton.

Judul : Baby Papa #babypapa
Tonton Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 24 Jun 2024
Rangkaian: Tonton
Idea Asal: Puovin & Tommy Loh
Skrip: Puovin & Tommy Loh
Pengarah: Bahri Uma Bajuri
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Faizal Hussein sebagai Didie
Silfeny Osman sebagai Cikgu Atiqah
Emelda Rosemila sebagai Rosie
Fauziah Nawi sebagai Tok Mak
Fizz Fairuz sebagai Saari
Nina Nadira sebagai Cikgu Anisah
Raja Azmi sebagai Nek Kiah
Zarynn Min sebagai Shiela
Zuraini Kassim sebagai Harun
Azman Jantan sebagai Pak Din
Farah Ahmad sebagai Mak Mah
Nadia Aqilah sebagai Baizura
Razak Ahmad sebagai Pak Daun
Jay Iswazir sebagai Rashid
Sefik Khair sebagai Mizi
Danish Iskandar sebagai Aiman
Sera Melissa sebagai Nadira
Izzendra sebagai Shasha
Jad Hidir sebagai Daniel
Herminder sebagai Ayah Shasha

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Baby Papa
Artis: Pendekar & Adik Marsha
Komposer: Huzaimy Basir
Penulis Lirik: Aliff Hassan

Sinopsis Baby Papa
Alisha (Kirana Batrisyia) perlu menghadapi pelbagai pengalaman mencabar dan melucukan apabila menemani bapanya (Faizal Hussein) yang mengalami kemurungan ke Kuala Lumpur. Semua ini untuk memenuhi hasrat nenek Alisha yang telah meninggal dunia yang mahukan mereka bertemu dengan ibu Alisha. Namun, ketibaan mereka menimbulkan banyak isu baru.

Drama Baby Papa Lakonan Faizal Hussein,Kirana Batrisyia

 

Siri aksi Polis Peronda diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan C. Kumaresan, serta dibarisi pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Polis Peronda menceritakan tentang pengalaman dan tema yang berkait rapat dengan Unit Kereta Peronda (Unit MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berdepan dengan pelbagai senario mencabar dalam tugasan harian.

Ia juga berkisar tentang kehidupan harian sekumpulan unit peronda polis yang berusaha menjaga keamanan dan ketenteraman ibu kota.

Siri ini tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi yang dihadapi oleh setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman, dan moraliti.

Nantikan siri Polis Peronda ini bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat, jam 10.00 malam hanya di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton. Layari www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Judul : Polis Peronda #polisperonda
Tonton Full Episod: 1-33
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2024
Waktu Siaran: Jumaat, 10 Malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof, C. Kumaresan
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shah Iskandar sebagai Koperal Bani
Puteri Sarah sebagai Inspektor Sarah
Ali Reza sebagai Asp Danial
Ramona Zamzam sebagai Inspektor Elly
Raja Afiq sebagai Lans Koperal Amar
Soffwany Yusoff sebagai Koperal Delisha
Arnie Shasha sebagai Lans Koperal Shasha
Kodi Rasheed sebagai Lans Koperal Husin
Arwan Umar sebagai Lans Koperal Ali
Wan Safaie sebagai Inspektor Safaie
Shyrim Husni sebagai Sarjan Osman
Shekeen Waida sebagai Malisa
Hilmi Zeaain sebagai Fariz
Putri Damia Tasai sebagai Shiba

Lagu Tema (OST)
Lagu: Wira Peronda
Penyanyi: Afif Tirmizie
Lirik: Afif Tirmizie
Ciptaan: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Sinopsis Polis Peronda
Koperal Bani (Shah Iskandar), seorang ahli pegawai Unit MPV komited dengan tugasnya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Ketekunan dan sikap disiplin Koperal Bani dalam menjalankan tugasnya juga disenangi anggota dan pegawai polis yang lain.

Dalam sebuah operasi, Koperal Bani dan Lans Koperal Amar (Raja Afiq) dari unit MPV memburu sebuah kereta yang dipandu laju dalam keadaan mencurigakan. Setelah menahan kereta tersebut, rupanya pemandu adalah seorang lelaki remaja, Aiman yang berusia 16 tahun. Ibu Aiman dipanggil ke balai untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu juga Lans Koperal Ali (Arwan Umar) dan Husin (Kodi Rasheed) dari unit rondaan bermotosikal (URB) berhadapan dengan kes-kes ragut. Dalam masa yang sama, Inspektor Sarah (Puteri Sarah) pula sering ditegur oleh ASP Danial (Ali Reza) supaya mengawasi tugasan anggota bawahannya.

Drama Polis Peronda Ali Reza,Puteri Sarah


Nantikan drama adaptasi novel Nuh dan Nayla dari penulis Ieya Sya akan datang di slot Akasia TV3. Sebuah drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan gandingan baru Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama.

Judul : Nuh dan Nayla #nuhdannayla
Tonton Full Episod:1- 28
Tarikh Tayangan: 1/7/2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nuh
Scha Elinnea sebagai Nayla
Ucop sebagai Faqeel
Arfie Shah sebagai Luth
Khalida Balqis sebagai Maryam
Ezzanie Jasny sebagai Jiha
Zizi Zulkifli sebagai Farina
Hafiz Halim
Puteri Khareeza
Hilal Azman
Azhar Amir
Zila Bakarin
Lisdawati
Ayu Azlina
Hana Tiha

Sinopsis Nuh dan Nayla
Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.

Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.

Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.

Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.

Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.

“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.” - NAYLA

Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.

Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?

Para pelakon Nuh Dan Nayla



Drama Nuh Dan Nayla Lakonan Jazmy Juma,Scha Elinnea

Nantikan drama adaptasi novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Diarahkan oleh Jamal Khan dan menampilkan Harissa Adlynn dan Redza Rosli sebagai pelakon utama.

Judul : Dedaun Hijau Di Angin Lalu #dedaunhijaudianginlalu
Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: Jun 2024
Rangkaian: Megadrama Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad
Redza Rosli sebagai Assad Effendi
Kael Noah sebagai Ismadi
Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
Razman Mahayuddin sebagai Suratman
Aleza Shadan sebagai Marina
Esma Dainal sebagai Khairuddin
Wanns Ahmad
Idzham Ismail

Sinopsis Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu Lakonan Harissa Adlynn,Redza Rosli

 

Tonton drama bersiri iQIYI Original, Terjerat arahan Azmi Hata pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai 21 Jun 2024

Judul : Terjerat #terjerat
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: iQIYI
Penulis Skrip: Hannah Newman
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Faliq
Ruhainies sebagai Nadia
Fendy Bakry sebagai Izham
Jaja Iliyes sebagai Anis
Omar Abdullah sebagai Husin
Aishah Atan sebagai Zaleha
Haifa Halina sebagai Humaira
Idzham Ismail sebagai Joe
Dayang Areeda sebagai Shasha
Hanna Aqeela sebagai Dr Rahimah
Erry Putra sebagai Rashid
Amanda Misbun sebagai Ustazah Huda

Lagu Tema (OST)
Tinta Cahaya - Nonny Nadirah
Amarah Cinta - Aliff Aziz

Sinopsis Terjerat
Mengisahkan tentang Nadia (Ruhainies) yang dibayangi krisis hutang suaminya, Izham (Fendy Bakry) yang parah akibat judi. Nadia dijadikan taruhan oleh pemiutang suaminya. Tanpa diduga, Nadia bertemu Faliq (Aliff Aziz) yang telah terperangkap dahulu darinya.

Semakin hari berlalu, ikatan platonik mereka semakin mendalam seterusnya menjadi hubungan cinta yang terlarang. Masing-masing punya pasangan hidup justeru, keadaan telah memaksa mereka untuk memilih antara kesetiaan kepada pasangan mereka ataupun berserah pada takdir.

Tanpa disedari, mereka telah terjerat dalam satu permainan percintaan yang terlarang.
Para Pelakon


Drama Terjerat Lakonan Aliff Aziz,Ruhainies