Dua darjat

Nantikan drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production berjudul 'Dua Darjat' akan mengisi slot Aksia di TV3. Menampilkan pelakon seperti Zarul Umbrella, Yasmin Hani, Sharifah Rose, Aniq Durar dan ramai lagi.

Judul : Dua Darjat #duaddarjat
Episod: 13
Tarikh Tayangan:12 Jun 2024
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Zarul Umbrella sebagai Zulkifli
Yasmin Hani sebagai Lily
Sharifah Rose sebagai Ariana
Aniq Durar sebagai Haniff
Sharifah Zarina sebagai Rafidah
Iman Suhana sebagai Husna
Ferth Jasni sebagai Yusof
Raja Azmi sebagai Cik Yam
Zalela Kadir
Jihaa Sham
Adam Shahz

Sinopsis Dua Darjat
Hanif (Aniq Durar) yang dibesarkan oleh ibunya merupakan seorang pelajar yang bijak pandai dan mempunyai impian untuk menjadi peguam yang berjaya. Walaupun dikenali sebagai seorang lelaki yang dingin, dia dikenali ramai dalam golongan pelajar perempuan.

Ariana (Sharifah Rose) merupakan rakan sekelas Hanif yang berwatakan ceria juga mempunyai perasaan terhadap Hanif. Dia akan menggunakan jawatan sebagai pengawas untuk mendekatkan diri dengan Hanif.

Hubungan mereka semakin rapat apabila Hanif telah selamatkan Ariana daripada ahli kongsi gelap.
Lily (Yasmin Hani) yang merupakan ibu tiri Ariana telah memberi amaran kepada ibu Hanif, Rafidah (Sharifah Zarina) agar Hanif menjauhkan diri daripaa Ariana.

Drama Dua Darjat Lakonan Sharifah Rose,Aniq Durar

 

Saksikan Perempuan Paling Merana lakonan Mimi Lana, Fikry Ibrahim dan Zamarul Hisham di Tonton mulai 5 Jun 2024.

Judul : Perempuan Paling Merana #perempuanpalingmerana
Tayangan di Tonton: 5 Jun 2024
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Ano Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Saleha
Fikry Ibrahim
Zamarul Hisham
Puteri Rayyana Rayqa
Zarina Zainuddin
Husna Mustaffa
Nizam Kama

Sinopsis Perempuan Paling Merana
Dengan kehadiran Pak De, ia membuatkan luka yang telah sembuh, berdarah kembali. Dosa lama kini menghantui dan mengacau kebahagiaan Saleha sekeluarga. Bagaimana Saleha dan suaminya, Amir menghadapi dugaan ini?



Telefilem Perempuan Paling Merana Lakonan Mimi Lana,Zamarul Hisham

 

Nantikan drama bersiri Khilaf Yang Tertulis arahan bersama Jamal Khan dan Riza Baharudin akan datang di slot Samarinda TV3.

Judul : Khilaf Yang Tertulis #khilafyangtertulis
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: PGR'S Team, Moonamka & Chinta Nadessha
Pengarah: Jamal Khan & Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Misha
Fadlan Hazim sebagai Nordin
Ashraf Muslim sebagai Amir
Chacha Maembong sebagai Sofia
Puteri Balqis sebagai Yana
Danish Hazriq sebagai Rizal
Rafique Iskandar sebagai Aman

Sinopsis Khilaf Yang Tertulis
Misha, seorang ibu dan isteri penyayang. Tapi terlalu leka dengan live dan sosial media sehingga tersalah langkah. Sehingga anak-anak menanggung akibat khilafnya.

Para Pelakon Khilaf Yang Tertulis



Drama Khilaf Yang Tertulis Lakonan Fasha Sandha,Puteri Balqis

 

Saksikan drama Mak Cun, Mai Singgah! mulai 23 Mei 2024, setiap Khamis melalui platform penstriman Tonton. Strim di aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

Judul : Mak Cun, Mai Singgah!
Tayangan: 23 Mei 2024
Rangkaian: Tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Rumah Karya Citra

Watak Pelakon
Eirma Fatima sebagai Mak Cun
Umie Aida sebagai Manisah
Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
Balkisyh Semundur Khan sebagai Atul
Fauziah Ahmad Daud sebagai Cik Pah
Adlin Aman Ramlie sebagai Kamal
Nad Zainal sebagai Khadijah
Bima Samudra sebagai Baim
Trisha Ooi sebagai Maimunah
Irsyadi sebagai Acap
Ecah Akon sebagai Ecah
Julia Larika sebagai Ika
Aiman Wynne sebagai Amin

Lagu Tema
Tajuk: Mak Cun
Penyanyi: Betty Rahmad & Eirma Fatima
Komposer & Lirik: Citra Abdullah

Sinopsis Mak Cun Mai Singgah
Mak Cun seperti ketua di kampungnya kerana sentiasa bersemangat untuk memartabatkan produk-produk usahawan tempatan. Namun tidak semudah itu kerana dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah usahawan.

Drama Mak Cun Mai Singgah Lakonan Eirma Fatima,Umie Aida

 

Nantikan drama adaptasi novel 'Cinta, Untuk Sekali Lagi' karya Liva Vee akan datang di Astro Ria. Drama terbitan Playwright Pictures dibawah arahan Hadith Omar. Menampilkan Meerqeen dan Erysha Emyra sebagai pelakon utama.

Judul : Cinta, Untuk Sekali Lagi #cintauntuksekalilagi
Tonton Full Episod:1-20
Tarikh Tayangan: Mei 2024
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Novel: Liva Vee
Penulis Skrip: Bainun Waheeda, Adib Zaini, Keenkong
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Playwright Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Alan / Idlan Zuhairi
Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
Malle Christian sebagai Zu
Nik Rifa'ie sebagai Fazlee
Alyssa Dezek sebagai Eya
Haidar Hasanudin sebagai Cikgu Safuan
Nina Juren sebagai Mama
Ozlynn sebagai Cikgu Syifa
Esma Dainal
Arash Mohd
Zarynn Min
Aiman Ameer

Sinopsis Cinta Untuk Sekali Lagi
Mengisahkan Alan dan Anne yang telah pun berpisah sejak lima tahun dulu. Anne dan Alan bertemu semula apabila abang kepada Anne, iaitu Fazlee yang juga merupakan kawan baik Alan meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne kerana dia terlibat dalam satu masalah. Daripada situlah, Alan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Para Pelakon Cinta Untuk Sekali Lagi


Drama Cinta Untuk Sekali Lagi Lakonan Meerqeen,Erysha Emyra

 

Nantikan drama Mihrab Cinta Zulaikha akan datang di platform penstriman iQIYI. Drama arahan Izuan Mokhtar, dibintangi oleh Elisya Sandha, Azrel Ismail, Johan As'ari, Scha Elinnea dan ramai lagi.

Judul : Mihrab Cinta Zulaikha #mihrabcintazulaikha
Tayangan di iQIYI: 2024
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: MIG Pictures

Watak Pelakon
Elisya Sandha sebagai Zulaikha
Azrel Ismail sebagai Yusof Hakimi
Johan As'ari sebagai Aidil
Scha Elinnea sebagai Eva
Maria Farida sebagai Datin Sofia
Ieda Moin sebagai Kak Isma
Rafique Iskandar sebagai Syamsul
Azman Jantan sebagai Pak Long Idris
Azizah Mahzan

Sinopsis Mihrab Cinta Zulaikha
Drama Mihrab Cinta Zulaikha merupakan drama bersiri Original sebanyak 12 episod yang mencoret kisah Zulaikha lakonan Elisya Sandha menerima lamaran Yusof Hakimi lakonan Azrel Ismail sebagai suami setelah dijanjikan akan membantu Zulaikha memikul tanggungjawab menjaga anak-anak yatim.
Namun tanpa diduga dia terperangkap dalam perkahwinan tersebut apabila mengetahui Yusof adalah anak kepada Dato Rizal, lakonan Arash Mohd lelaki yang ingin merampas tanah rumah anak yatim yang diwarisi arwah ibu bapanya selama ini.

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha,Azrel Ismail

 

Viu Malaysia memperkenalkan siri terbaru, Anggun Mikayla diadaptasi daripada novel karya Liza Nur. Drama bergenre cinta, persahabatan dan kekeluargaan ini mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman, dibintangi pelakon muda Alya Iman dan Nabil Aqil. Anggun Mikayla akan ditayangkan di aplikasi Viu bermula 25 April pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Judul : Anggun Mikayla #Anggunmikyla
Tonton Full  Episod:1-13
Tayangan di Viu: 25 April 2024
Hari Siaran: Khamis - Sabtu
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Alya Iman sebagai Mikayla
Nabil Aqil sebagai Idriz
Razin Qidran sebagai Asif
Emelda Rosemila sebagai Datin Asmidar
Zaidi Omar sebagai Kadir
Lisdawati sebagai Suraya
Haeriyanto Hassan sebagai Zubir
Zarynn Min sebagai Lateefa
Aynie Rizal sebagai Andria
Amanda Tan sebagai May
Syean Mokhtar sebagai Dato Bakr
Zarrin Nuqman sebagai Hanif

Lagu Tema
Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun

Sinopsis Anggun Mikayla
Mengisahkan tentang Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibunya sendiri. Walaupun menanggung derita dengan hinaan dan cacian, Mikayla tidak berdendam dengan mereka yang membencinya

Pertemuan antara Mikayla dan Idriz mewujudkan hubungan yang istimewa. Siapa sangka hati Idriz terpaut kepada wanita yang dijumpainya dalam keadaan yang tidak disangka. Sementara itu, Asif, lelaki yang pernah menolak perasaan Mikayla mulai sedar yang perasaannya terhadap Mikayla sebenarnya lebih dari sebagai kawan.

Meskipun keanggunannya menjadi rebutan, Mikayla tetap mencari secebis kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui kewujudannya. Dapatkah Mikayla mencari erti nilai diri sebenar dan cinta yang sepatutnya dia miliki?

Sinopsis Novel Anggun Mikayla
Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.

Pertemuan Mikayla dengan Idriz dalam insiden yang tidak dijangka mencipta satu hubungan pelik. Siapa sangka hati Idriz mampu tergolek-golek pada wanita yang ditemuinya dalam versi puntianak itu.

Asif yang suka mengusik pula mulai sedar yang usikannya sudah mencambahkan rasa sayang. Namun, kemunculan lelaki dari masa silam Mikayla, Aidan yang menagih kemaafannya membuatkan Asif dan Idriz disampuk cemburu.

Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman,Nabil Aqil

 

Nantikan drama bersiri Bunga Salju akan disiarkan di Astro Ria. Drama bersiri 40 episod diarahkan oleh Ejump Mohd. Menampilkan Hisyam Hamid dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama.

Judul : Bunga Salju #bungasalju
Tonton Full Episod: 1-40
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Slot Tiara - Astro Ria
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Pictures

Watak Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Azizi
Amyra Rosli sebagai Qaisara
Syad Mutalib sebagai Ekin
Hariz Hamdan sebagai Farouk
Zarina Zainoordin sebagai Kak Ila
Zul Huzaimy sebagai Abang Zul
Zieman Din sebagai Fatimah
Arabella Ellen sebagai Mimi
Hasnul Rahmat

Sinopsis Bunga Salju
~ akan dikemaskini

Para Pelakon Bunga Salju

Drama Bunga Salju lakonan Hisyam Hamid,Amyra Rosli

 

Kembali bersiaran langsung bagi mengubat rindu anda sepanjang Bulan ini bersama geng Sepahtu!

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2024, bermula 3 Mei setiap Jumaat, jam 10.00 Malam, hanya di Astro Warna (ch 107) atau strim di Astro Go.

Sepahtu Reunion Live 2024 Kembali

 

Nantikan drama premium Astro Originals berjudul Framed mengangkat genre fantasy investigative thriller, yang mengandingkan pelakon seperti Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta Krishnasamy, Khir Rahman, Vanidah Imran dan ramai lagil. Diarahkan oleh pengarah filem aksi, Sein Qudsi, Framed bakal disiarkan di Astro Premiere (saluran 410) atau strim di platform On Demand dan Astro GO.

Judul : Framed #framed
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Astro Premiere, Astro GO
Pengarah: Sein Qudsi
Produksi: Astro Shaw, Independent Pictures

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Lia
Meerqeen sebagai Edi
Sangeeta Krishnasamy sebagai Rita
Riz Amin sebagai Gibran
Khir Rahman sebagai Hassan
Nam Ron sebagai Aziz
Vanidah Imran sebagai Sara
Shaza Bae sebagai Azlina
Zamarul Hisham
Rusdi Ramli
Ram Raaga

Sinopsis Framed
Mengisahkan Lia yang mencari jawapan kepada kehilangan ibunya menerusi sebuah kamera polaroid yang memberi petunjuk gambaran tragedi masa hadapan. Namun, pencarian tersebut telah membawa Lia dan Edi terlibat dalam sebuah konspirasi besar.

Drama Framed Lakonan Mimi Lana,Meerqeen

 

Saksikan telefilem 'Bakal Menantu Hajah Noraini' pada 27 April ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Judul :Bakal Menantu Hajah Noraini #bakalmenantuhajahroraini
Waktu Siaran: Sabtu, 27 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Yen Osing
Produksi: Tribution Studio
Pelakon: Danial Dashuki, Nora Danish, Khatijah Tan, Zulin Aziz, Kimberly Chuah, Satthiya Kandi, Afea Deanna

Lagu OST: Dan Ketika Ini - Zulin Aziz

Sinopsis Bakal Menantu Hajah Noraini
Kepulangan anak tunggal Hajah Noraini iaitu Syed Husin ke kampung selepas tamat pengajian di Mesir telah mengecohkan para wanita di kampung termasuklah tiga orang sahabat baik iaitu Kalsom, Puspa dan Lilian. Syed Husin tahu Hajah Noraini memilih calon isteri untuknya, namun sebaliknya berlaku.

Telefilem Bakal Menantu Hajah Noraini

 

Saksikan siri Tonton original terbaharu 'Puaka Cuti Semester' pada setiap Khamis di Tonton mulai 24 Ogos 2023. Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

Judul : Puaka Cuti Semester #puakacutisemester
Tonton Full Episod:1- 10
Tarikh Tayangan di tonton: 24 Ogos 2023
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mark Adam sebagai Iqsan
Zaki Azeman sebagai Zubir
Tracie Sinidol sebagai Leha
Farhan Mazlan sebagai Fahmi
Aween Ismail sebagai Aina
Ropie sebagai Encik Sabri

Sinopsis Puaka Cuti Semester
Sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang, Iqsan (Mark Adam), Zubir (Zaki Azeman), Fahmi (Farhan Mazlan), Leha (Tracie Sinidol) dan Aina (Aween Ismail) ditempatkan di sebuah kolej kediaman lama sepanjang cuti semester.

Mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan tersendiri. Antaranya adalah kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Gangguan hantu askar Jepun turut melanda sewaktu mereka asyik berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya adalah pontianak, jerangkung dan bunian! Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan kekecohan, ia juga telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar ini.


Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam,Zaki Azeman