Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri mendapat perhatian di media sosial apabila dia sekali lagi melancarkan lagu. Bersempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba pada tahun ini, usahawan terkenal ini seperti biasa mengeluarkan lagu Raya sendiri.

Walau bagaimanapun, usahawan popular ini mendapat pelbagai reaksi ada yang positif mahupun sebaliknya malah dia antara yang begitu hangat diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.

 
Namun begitu, sebentar tadi nampaknya posting Aliff Syukri diruangan Instagram sekali lagi membuatkan namanya menjadi perbualan lagi. Usahawan ini dilihat meluahkan perasaan berangnya apabila lagu Raya dikeluarkannya tidak diputar di radio mahupun televisyen.

Dia juga berharap pihak berkenaan adil dengan semua penyanyi apatah lagi lagunya itu juga sudah trending nombor satu.


“Saya nak mewajibkan semua TV dan radio memutarkan lagu raya Chuk Chu Raya apa kurang saya sebagai penyanyi. Please kena adil kat semua penyanyi. Lagu saya dah trending di YouTube soo apa yang ingin di nafikan saya artis no1 nak tengok full lagu saya gi jer YouTube,” tulisnya diruangan kapsyen.

“Saya nak mewajibkan semua TV & radio memutarkan lagu raya Chuk Chu Raya”- Aliff Syukri

 


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kesyukuran apabila isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan anak keenam hasil perkahwinan mereka.

Dari jam 5 pagi sampai 3 petang baru bersalin

Menerusi hantaran di laman Instagram, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman memberitahu isterinya terpaksa bertarung nyawa agak lama bagi melahirkan anak keenam mereka.

“Anak kali ini amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam bilik bersalin sampai jam 3 petang baru selamat keluar (melahirkan),”ujarnya.



Pelatun lagu Abang Nak Tegur itu turut mencoretkan perasaan takut dan sedih apabila melihat isteri tercinta menangung kesakitan bagi melahirkan anaknya.

Isteri hampir jalani pembedahan

Sementara itu, Aliff menyatakan isterinya hampir menjalani pembedahan akibat bertarung dengan komplikasi bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu. Pun begitu, isterinya tetap melahirkan bayi lelaki itu secara normal.

“Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka.

“Namun, saya syukur sangat semuanya dipermudahkan dan isteri saya dapat bersalin secara normal,”jelasnya.



Pertama kali ada pengalaman macam ni

Meninjau di laman Instagram milik Datin Seri Nur Shahida, beliau menyatakan pengalaman melahirkan anak keenam pada kali ini agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya sebelum ini.

“Alhamdulillah, ramai yang WhatsApp, DM bertanya..


“Dah selamat bersalin dah. MasyaAllah, budak kecil ini kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat nak suruh dia masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.

“Akhirnya keluar juga tangannya dulu baru muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni, memang sakit sikit dari sebelum ini,”kongsinya.


Isteri Aliff Syukri Selamat Bersalin Anak Keenam Baby Boy-“Budak kecik keluar tangan dulu..”

 


Pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil menjelaskan mengenai isu penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakannya selepas ditegur oleh Pakar Perubatan, Dr. Rafidah Abdullah baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di laman Twitter, Aming mengambil maklum tentang perkara tersebut apatah lagi dia masih dalam misinya bagi menurunkan berat badan.



“Pertama dari perspektif sebagai rakyat Malaysia yang obes, saya berjaya menurunkan 13 kilogram. Dua tahun lepas, saya ada buat perjalanan ‘Aming Nak Sihat’ untuk diet.. memang menjadi tapi berat naik semula.

“Kenapa? Saya ikut semua tips dikongsi tapi sengsara, tertekan.. tak boleh nikmati makanan ada di sekeliling. Kemudian, makan segala makanan tanpa mengawal portion, berat pun naik semula.

“Akhirnya untuk perjalanan diet kali ni, saya tukar cara. Makanan kita sedap, rugi kalau tak makan cuma kita kena kawal portion,” katanya.

Dari perspektif kedua pula, selebriti masakan berusia 31 tahun itu mengakui masakan akan menjadi tidak sedap sekiranya menggantikan bahan-bahan lebih sihat.

“Kita boleh kurangkan minyak, tukar resipi atau bahan tapi akan jadi tak sedap macam original. Sebagai contoh, Kalau kita nak sambal yang sedap kita kena masak dengan minyak yang banyak supaya ia pecah minyak.

“Kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy, kena deep fry dan goreng dengan minyak yang banyak.

“Kalau nak mac and cheese yang creamy kena lebihkan keju. Memang itu caranya. Kalau kita nak ubah, boleh, tapi dia tak jadi macam original. Itu sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, dia hanya menunjukkan sisi realiti bagaimana cara penyediaan bagi sesuatu resipi selain boleh dijadikan kesedaran kepada orang ramai apabila memilih makanan.

“Sebab saya tunjuk kena pakai berapa sudu gula dan sebagaimana, itulah realiti cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Bila saya tunjuk video, sekurang-kurangnya anda semua sedar soal kuantiti bahan digunakan.

“Jadi boleh buat pilihan sendiri masa makan. Kalau saya ubah resipi tu dan anda cuba, tak sedap.. saya kena maki balik. Saya tak boleh puaskan hati semua orang. Tak semua tengah diet, ada nak makan sedap je. Tapi paling penting, kawal portion,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, dia menerima maklum balas dan teguran orang ramai dengan hati terbuka walaupun ada resipi yang dihasilkan dikatakan boleh membahayakan kesihatan.

Terdahulu, Dr. Rafidah menegur pempengaruh berkenaan agar menyediakan resipi lebih sihat dan mengurangkan penggunaan minyak atau makanan berasaskan goreng.



sumber: Twitter Khairul Aming & Dr. Rafidah Abdullah

Khairul Aming Jawap Teguran Doktor Isu Minyak Masak Lehib “Cuma kalau ubah resipi, jadi tak sedap”

 


Isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, di sini, hari ini kerana mahu memfailkan perceraian.

Fauziah ketika ditemui dan ditanya mengenai dakwaan suaminya bernikah lagi satu dengan wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani seperti dikongsikan di Instagram berkata, dia tidak tahu bila ia berlaku.

"Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, di sini, bersama adik perempuannya, Effi bagi urusan berkenaan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Kelmarin dan hari ini, Fauziah memuat naik gambar wanita terbabit dengan meletakkan keterangan gambar wanita itu adalah isteri suaminya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, Fauziah menjawab tidak tahu.

"Entahlah, tak boleh nak cakap," katanya dalam nada sebak dan mengesat air mata.

Sementara itu, Effi yang menemaninya berkata, bukan mudah untuk kakaknya membuat keputusan permohonan cerai itu memandangkan usia perkahwinan yang sudah lama dibina dan rasa sayang di hati.

"Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, itulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik saja.



"Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan," katanya.

Fauziah yang hadir mengenakan jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri.

Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis 'penyondol' di Instagram miliknya

Pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini, dia memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, 'Isteri Dato' ND Lala...Datin Siti Munirah Abd Ghani'.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

sumber:hmetro

Isteri ND Lala fail cerai?

 


Sering terlihat dengan watak yang agak tegas dan serius, namun rancangan ‘Projek Bapak Bapak’ terbitan Astro seakan mendedahkan personaliti lain beberapa artis terkenal. Khususnya Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS, siapa sangka mereka ini sebenarnya mempunyai humour tersendiri.

‘Projek Bapak Bapak’ Artis berusia tapi bikin terhibur gelagatnya

Dengan konsep melancong sambil berhibur, Roy Azman dan Jatt Ali juga antara 4 orang artis veteran yang terlibat dalam rancangan berkenaan. Ketika makan angin ke serata tempat, mereka akan diberikan tugasan dan cabaran tertentu untuk dilaksanakan.

@astrogempak Bila geng bapak2 pegi travel, ha macam ni lah ghopernya 😂 Biasalah faktor umur. Jangan lupa saksikan Travelawak: Projek Bapak Bapak mulai 23 Mac, setiap Khamis jam 9.00 malam hanya di Astro Warna saluran 107. #BukalahHati #TravelawakProjekBapakBapak #Travelawak #ProjekBapakBapak ♬ original sound - Gempak
@astrogempak Comel la Dato Jalal ni. Macam bapak2 kita kan ☺️ Jangan lupa saksikan Travelawak: Projek Bapak Bapak mulai 23 Mac, setiap Khamis jam 9.00 malam hanya di Astro Warna saluran 107. #BukalahHati #TravelawakProjekBapakBapak #Travelawak #sembangentertainment #ProjekBapakBapak ♬ original sound - Gempak
@astrogempak Tok Ram yang pilih hotel, tapi bilik kecik sangat. Tok Jalal dah tak larat pulak. Yang lain tukang gelak 😆 Jangan lupa saksikan Travelawak: Projek Bapak Bapak mulai 23 Mac, setiap Khamis jam 9.00 malam hanya di Astro Warna saluran 107. #BukalahHati #TravelawakProjekBapakBapak #Travelawak #ProjekBapakBapak ♬ original sound - Gempak


Nakal Roy Azman suka sakat Tok Jalal…Kesian tau

Dalam episod 1 yang ditayangkan semalam, mereka diberikan cabaran mencuba sukan rekreasi melibatkan tempat tinggi. Datuk Jalaluddin yang agak gayat sempat berpatah balik apabila ditakut-takutkan oleh Roy Azman di bawah. Bertambah lucu lagi apabila Tok Ram turut ketawa berdekah-dekah melihat gelagat rakan artisnya di atas.

@astrogempak Memang nakal betul la Roy Azman sakat Tok Jalal. Kesian tau 😂 Jangan lupa saksikan Travelawak: Projek Bapak Bapak setiap Khamis jam 9.00 malam hanya di Astro Warna saluran 107. #BukalahHati #TravelawakProjekBapakBapak #Travelawak #ProjekBapakBapak #sembangentertainment ♬ original sound - Gempak

sumber: @astrogempak

Gelagat Tok Ram & Roy Azman Dekah Psiko , Tok Jalal Gayat Main Tempat Tinggi

 


Tahun sebelum ini Datuk Aliff Syukri pernah dikecam hebat kerana mengeluarkan dan menyanyikan lagu sempena hari raya. Muzik video sebelum ini sememangnya tular, namun dikecam dan dikritik kerana keterlaluan dengan kehadiran penari latar yang sangat ‘mengundang’.

Namun tahun ini sekali lagi lagu raya Datuk Aliff Syukri jadi perhatian ramai. Baru sahaja berkongsikan teaser lagu raya menerusi Instagram miliknya, namun video pendek itu telah menjadi bualan hangat warganet.

Mengakui dirinya adalah artis nombor satu negara dengan lagu raya tular selama empat tahun berturut-turut, usahawan ini memaklumkan muzik video penuh bakal ditayangkan dalam seminggu lagi.

Berikut adalah perkongsian video teaser yang sekali lagi jadi tumpuan ramai ini:



Lagunya boleh juga dilayan, namun keunikan pakaian usahawan ini bersama penarinya itu telah menjadi perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur muzik video ini. Malah ada yang tanya adakah Datuk Aliff Syukri tidak serik selepas dipanggil SKMM berkenaan muzik video tahun lalu.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian teaser muzik video tersebut:

“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf”


Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Sekali Lagi Dikritik Berpakaian Ketat, “Macam Baju Bolos Saja Dinding Itu Je”

 


Bermula Ramadan sejak seminggu yang lalu, pelbagai pihak dilihat berlumba-lumba menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Kebanyakan mereka turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz hadir bersama bagi diraikan dengan pelbagai hidangan serta persembahan dari selebrit terkenal tempatan.

Buat persembahan depan pelajar tahfiz

Namun, tular satu video menunjukkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil menyanyi lagu raya dihadapan pelajar-pelajar tahfiz sewaktu majlis berbuka puasa tersebut.



 Muka mereka macam kurang selesa

Pengguna Twitter menggunakan akaun @arfdy12 telah berkongsi video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz di hadapan meja yang berpaling daripada pentas utama.

Mereka juga dilihat seperti kurang selesa dengan melihat persembahan tersebut yang membariskan penyanyi-penyanyi perempuan walaupun mereka tampil berbusana sopan.



Berubah muka adik2 tahfiz

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan mereka merasakan persembahan tersebut kurang sesuai kerana kehadiran anak-anak tahfiz yang lebih elok dirai dengan lagu-lagu Ketuhanan.

Mereka juga seakan ‘memahami’ apa yang dirasa para pelajar tersebut apabila masing-masing cuba melarikan pandangan dari terus tertumpu kepada persembahan berkenaan.





Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan hal tersebut bukanlah salah Dolla sepenuhnya kerana mereka hanya memenuhi undangan persembahan dari pihak pengurusan yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu.

Mereka juga dilihat tidaklah keterlaluan ataupun menari rancak seperti yang sering kita lihat di muzik video ataupun persembahan pentas kebiasaan.

sumber: @arfdy12


Persembahan Dolla di majlis iftar , riak wajah pelajar2 tahfiz jadi perhatian

 


Tonton Filem 'ANWAR, The Untold Story' mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 11 Mei 2023

Filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Filem terbitan Bianglala Entertainment ini menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta.

JUDUL : Anwar, The Untold Story
Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023
Skrip: Viva Westi
Pengarah: Viva Westi
Produksi: Bianglala Entertainment

Watak Pelakon
Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim
Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad
Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar
Dewi Irawan sebagai Che Yan (ibu Anwar)
Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)
Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar

Sinopsis Anwar, The Untold Story

Berlatar antara tahun 1993 dan 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu ketika berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan.

Juga memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat dimiliki anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.

Kerana itu beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. 

Dari seorang menteri kewangan berwibawa yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.

Movie Anwar The Untold Story

 




Teka teki akhirnya terjawab apabila ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri ditumbuk tiga kali oleh suaminya yang juga pelakon Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran, awal pagi tadi.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan.

"Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.

"Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka," dakwanya.

Ahli keluarga berkata, Nurul Shuhada kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan, malah laporan polis sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.

"Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.

"Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad," katanya

Mengulas keadaan terkini Nurul Shuhada, ahli keluarga berkata, wanita itu masih terkejut dan perlu mengambil masa untuk rehat.

"Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat.




"Syukur keadaannya kini stabil," katanya.

Terdahulu, Nurul Shuhada mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Menerusi tiga hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, gambar dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.



Menerusi satu hantaran lain yang memuat naik gambar tangan menggenggam penumbuk dan berdarah, Nurul Shuhada menulis, "Semoga Allah ampunkan kau berdua."

Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.

sumber:BH

Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk Hafidz Teka teki akhirnya terjawab

 


Berintikan dialog yang penuh dengan unsur jenaka, rancangan ini mampu meraih ramai peminat di sekitar Malaysia sehinggakan kini masih ramai yang ternanti-nantikan kemunculan terbaharu mereka bersama.

Namun begitu, baru-baru ini Jep mula bersuara di ‘live’ TikToknya apabila dia diminta untuk melengkapkan semula ahli-ahli Sepahtu oleh para peminat apabila kehadiran Shuib tidak kelihatan lagi di program tv tersebut.

Menerusi klip video live yang dimuat naik semula oleh @ichanurintashah di laman TikTok, Jep menjelaskan bahawa ahli-ahli Sepahtu ini sudah ada haluan dan keinginan masing-masing.


“Masing-masing dah ada komitmen, dah ada rezeki masing-masing, dah ada keinginan masing-masing ada kecenderungan masing-masing.

“Jadi kalau seorang tak nak buat, takkanlah abang (Jep) nak berhenti, takkanlah abang nak berehat,” luah Jep.

Itulah luahan Jep setelah ditanya banyak kali oleh para peminat mengenai kemunculan kesemua ahli Sepahtu semula di kaca tv.

Bagi Jep walaupun dia masih mahu bergiat bersama, akan tetapi Jep akui harus hormat pandangan orang lain.

“Nak kata pujuk, dah pujuk. Nak kata ajak, dah ajak. Tapi kita kena hormat keputusan orang lain ha begitulah,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Jep turut meluahkan bahawa dia berterima kasih kepada rakan seninya yang hadir membantunya berkarya dalam industri tersebut.

“Terima kasih kepada orang-orang yang nak buat dan teman abang untuk terus berkarya macam Abang Ebby Yus.



“Bantu abang, mudahkan urusan abang. Jadi program itu masih terus boleh berjalan,” terangnya.

Melalui video berkenaan juga, Jep meluahkan bahawa dia kadangkala tidak pasti mahu menjawab soalan berhubung dengan perkara tersebut.

Hal ini disebabkan Jep masih di dalam industri tersebut dan masih lagi ingin berkarya di dalam platform berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Jep yang ‘humble’ dan sentiasa menjaga hal peribadi rakan-rakannya.


@ichanurintashah Jeptapan live - Harap sudah sudahlah orang2 yg asyik menanya tentang ahli yg dah keluar. Kesian dan sebak dgr abg jep ceritakan ni 🥺🥺 #jepsepahtu #jeptapan #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukberandafypシ #masukberandafyp #masukberandamu #xyzbca #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktoksg #pelawakmalaysia #lawakmalaysia #orangbaikramaisayang #sepahtu ♬ original sound - nurinatashah 🌹

Jep Luah Tak Dapat Kumpulkan Sepahtu Seperti Dahulu Raih Perhatian Netizen “Ada haluan masing-masing”

 


Sebelum ini, tular spekulasi mendakwa isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang berbadan dua meskipun sakan bermain permainan lasak di indoor playground.

Ira Kazar dah tunjuk belang

Terbaharu, timbul pula dakwaan daripada seorang wanita yang mengatakan Ira sudah ‘tunjuk belang’ apabila melarang Syamsul bertemu dengan anak-anak isteri pertama, Syaikhul dan Sumayyah.

“Hai, Ira Kazar tak bagi Syamsul jumpa anak-anak. Berita yang barulah, aku pun tak fahamlah apa masalah dengan Ira ini.
“Bagi dia, mungkin hak milik kekal, padahal sebelum itu suaminya milik siapa?”ujarnya.


@milakarmila_0404 IRA KAZAR DAH TUNJUK BELANG #irakazarpenyondol ♬ original sound - Mila Kerepek Viral

Betul ke? Mana bukti?

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila wanita berkenaan mendakwa Ira yang juga anak kepada pelakon senior Kazar Saisi bertindak sedemikian.

Mereka tidak percaya apabila mendengar cerita itu kerana tidak mempunyai bukti.


Syamsul kata Ira tak mengandung…

Selain itu ada juga warganet mengatakan Ira Kazar sebenarnya tidak hamil seperti mana dimaklumkan oleh pengarah hebat filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.


Kakak Ira Kazar nak saman pemfitnah!
Perkongsian itu juga berjaya menarik perhatian kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar yang mengatakan semua tuduhan yang dilemparkan oleh wanita tersebut adalah fitnah.

Lantaran itu, pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang kerana sudah menyebarkan maklumat tidak benar di media sosial.

“Semua yang akak cakap ini semua fitnah tau. Tak ada siapa mengandung, tak ada siapa tak bagi jumpa anak.

“Kita nak saman fitnah makcik ini. Maaf, ini dah melampau,”tulisnya.



Kakak Ira Kazar nak saman, nafi adik hamil & larang Syamsul Yusof jumpa anak2

 


"Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi (gangguan rumah tangga) ini."

Demikian kata wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Athira Yuhada dalam satu hantaran di Instagram, malam tadi.

Athira berkata, dia memohon maaf dengan isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dan dua anak mereka, Humairah dan Umar.

"Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah & Umar.

"Apa yang saya lakukan ini sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya-upaya cuba mengelak.

"Namun, akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya," tulisnya.

Athira juga menegaskan hubungannya dengan pelakon itu sudah lama berakhir.

"Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi.  Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar," katanya.

Terdahulu, identiti  'penyondol' yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.

Hantaran yang tular itu memaparkan tangkap layar Hafidz berbalas mesej dengan wanita dikenali Athira Yuhada itu menerusi WhatsApp.



Ia turut memaparkan gambar wanita terbabit yang didakwa 'penyondol' atau pengacau rumah tangga orang itu.


Athira Yuhada mohon maaf dengan isteri Hafidz Roshdi

 


Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memaklumkan dia tidak berada di rumah arwah abangnya, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ketika kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali hadir ke rumah tersebut baru-baru ini.

Kemudian, Ali Puteh pula membuat video balas menjelasnya, sejak ibunya meninggal dia tak lagi duduk di situ tapi hari ini dia mendapat tahu pagi tadi keluarga balu ada datang ke rumah.

Bukan tu jer, dia juga menjumpai taburan garam, kulit limau, daun-daun dan bangkai haiwan di keliling rumah selepas balu dan peguamnya balik.

Terbaru! Menerusi satu posting di Facebook, terdapat screenshot yang menunjukkan komen-komen jiran disitu yang mengatakan tentang perangai Ali Puteh.



 
“Alhamdullilah masih dikelilingi orang-orang yang baik, Allah akan tunjukkan kebenaran sikit demi sedikit. Anda semua nilai lah sendiri, baikk senyap dari berkata-kata,” ujarnya Zainuddin di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, hasil carian di Facebook mengenai individu yang mengakui ‘jiran’ Abam itu tidak berjaya ditemui dan sejauh mana kesahihan perkara tersebut belum dapat dipastikan lagi.

Sebelum ini, Ali menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuat video mengenai perkara terbabit namun, pihak balu Abam yang telah memulakan fitnah tersebut kepada umum.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 33 tahun itu memaklumkan pada hari kejadian, Hidayah tidak memberitahu kepadanya untuk hadir ke rumah tersebut bahkan, dia tidak ada di rumah kerana berada di tempat kerja.

Malah, dia meluahkan rasa terkilan apabila Hidayah memuat naik video tersebut dengan mendedahkan keadaan rumah yang tidak terurus walhal mereka akan potong rumput pada setiap bulan.

Sumber: Facebook @Mohd Zainuddin

Jiran Bongkar Perangai Sebenar Ali Puteh “Kau Ingat Kami Ni Buta Ke Setan?”