Saat negara sedang dalam keadaan berwasapada mengenai ancaman penularan wabak COVID-19, sekumpulan anak muda telah mengingkari Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak minggu lalu.

30 individu anjur private party

Memetik laporan Harian Metro, seramai 30 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa didalam Ops Private Party pada malam semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, serbuan tersebut melibatkan 3 kediaman di pangsapuri Jalan Tanjung Puteri, Johor bahru. Apa yang mengejutkan, dalam operasi tersebut polis turut menahan remaja berusia 15 tahun. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati 10 daripada mereka positif bahan terlarang. Tambahnya lagi, mereka yang ditahan membabitkan 20 orang lelaki dan 10 wanita.


Ingkar arahan PKP

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menahan 3 remaja perempuan termasuk dua beradik berusia 15 hingga 20 tahun dalam sekatan jalan raya dalam operasi PKP di Lebuhraya Sultan Ismail petang semalam. Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka memiliki selain positif bahan terlarang.

Masa musibah melanda ni, korang boleh pulak..

Ekoran penahanan tersebut, orang ramai menyifatkan mereka sebagai insan yang mementingkan diri dan tidak peka dengan keadaan semasa. Selain itu, netizen turut menasihati supaya orang ramai sentiasa menjaga kelakuan terutama ketika negara sedang ditimpa bencana.



Sumber : Harian Metro

30 Individu Ditahan Anjur Private Party ,Saat Wabak COVID-19 Melanda Negara


Saban Hari Ramai pereka fesyen berlumba-lumba untuk menghasilkan konsep yang tidak pernah diketengahkan untuk menarik perhatian. Trend in biasanya menghasilkan rekaan-rekaan yang membuat orang ramai geleng kepala.



Terbaru, satu rekaan seluar yang telah dibentangkan oleh Harikrishnan, seorang pelajar fesyen di London College of Fashion pula menjadi buah mulut netizen.

Seluar oleh pelajar yang berasal dari Kerala tersebut diinspirasikan oleh seluar harem dengan bahagian kaki yang mengelembung seperti belon, dan dipasangkan dengan blazer dan jaket dalam peragaan koleksinya.




Pereka pakaian lelaki itu menghasilkan rekaan unik dengan siluet 3D yang melampau itu untuk koleksi siswazahnya. Seluar belon getah berkenaan telah mencuri perhatian pengguna media sosial dan gambar koleksi pelajar tersebut tular di internet.



Walaupun ramai yang memuji pereka fesyen itu atas rekaan yang dianggap sebagai futuristik, ada juga yang memberikan reaksi lucu dengan membandingkan seluar berkenaan dengan seluar kembang dalam watak Disney Aladdin.



Sumber: Twitter, Instagram

Seluar Belon Koleksi ‘Aladdin’ Undang Pelbagai Reaksi Lucu


Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa, seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter.

Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya, rata-rata kaum ibu sendiri bersetuju bahawa mereka lebih mudah tergugat emosi berbanding si ayah.

Seorang pengguna Facebook, Siti Suryani Yaakop berkongsi hasil ‘perbincangan’ bersama kaum-kaum ibu di tempat kerjanya. Berikut ialah perkongsian tersebut.

Topik kali ni tentang kenapa anak-anak kalau bapak cakap sekali, terus dia dengar. Tapi kalau mak cakap, sampai berbuih mulut, mata terjegil, telinga berasap pun dia belum tentu nak ikut.

1.Bapak suka main dengan anak.

Betul tak? Yang suka layan anak main siapa? Bapak. Suami kami orang ni la.

Walau garang macam mana pun bapak, dia juga lah yang sabar layan anak main. Dari main lasak-lasak sampailah ke main masak-masak. Bapak yang main.

Mak pergi mana masa ni?
Buat kerja rumah.

Dikala bapak layan anak main beyblade, mak jemur baju. Dikala bapak layan anak main Saidina, mak lipat baju. Dikala bapak layan anak main cikgu-cikgu, mak cuci jamban.

Jadi, siapa best?
Bapak!


2. Selalu dengan bapak apa nak pun dapat, dengan mak semua tak boleh.

Suami aku jenis bawa anak pergi kedai DIY, kemudian keluarkan pekeliling, “Ambik mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula”.

Maka, anak aku dengan penuh gembira akan cari mainan seperti yang diluluskan bajet poket abah dia. Tapi diiringi rasa tanggungjawab juga.

“Bawah 20 ringgit”.
“Jumpa lagi 10 minit”.

Diberi kepercayaan adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Anak suka orang percaya dia. Dia akan balas kembali dengan rasa percaya yang sama.
Cuba kalau mak~~

“Eh, tu dah ada”.
“Mahal sangat tu”.
“Tu takda faedah”.
“Tak payah, baik bagi mak beli sayur”.

Habis, siapa best?
Bapak!

3. Bapak nikmati setiap saat, mak fikir 20 tahun akan datang.

Ayah tak banyak fikir akibat.
Sekarang, masa sekarang.

Anak nak tolong bakar sampah, jom!
Anak nak mandi lambat, takpa.
Anak nak makan megi, sekali sekala.
Anak tidur pakai seluar jeans, ok.

Kalau mak ni~~

Bila anak memanjat, kita takut jatuh kepala pecah. Karang anak perempuan nak main beyblade, kita takut dia jadi tomboi. Jap lagi anak nak main basikal kat luar rumah, kita takut nanti kena langgar.

Serba tak boleh.

Jadi, siapa best?
Bapak!

4. Bapak jarang marah, sebab tu sekali sekala marahnya berkesan.

Budak-budak ni adalah sejenis makhluk yang bijak. Dia pandai latih diri ikut keadaan.

Kalau dah hari-hari mak marah, anak pun imun dah. Tak kisah. Dah biasa. Ayah-ayah ni kan jarang nak marah. Sesekali marah, anak memang la takut. Sebabnya, ada impak.

Jadi, siapa best?
Bapak!

5. Bila marah, bapak tak membebel. Mak kalau boleh nak bagi ceramah sampai malam.

Bapak ni lelaki. Lelaki ni vocab dia sikit. Cakap yang perlu je. Jadi, arahan dia ringkas dan tepat. 10 kali kena ulang pun, tetap masih ringkas lagi. Dah dia memang jenis tak banyak cakap.

“Pergi mandi”.
“Meh makan”.
“Jom solat”.
“Bila nak buat?”.

Mak pun gitu juga. Tapi, biasanya cuma sampai suruhan ke 3. Kalau ke 4, haaaa… tunggulah kau. Cair la taik telinga kau lepas tu.

Jadi,siapa best?
Bapak!

6. Emosi bapak konsisten.

Jarang kita dengar bapak naik angin kalau dia cakap dengan anak. Dengan muka kering-kering macho, bapak masih boleh berada di fasa emosi yang sama. Dia mampu tenang sampai ke sudah.

Mak cepat nak naik angin. Pasalnya satu la aku rasa, kita ni banyak benda lain nak buat. Nak cepat. Payah nak tunggu-tunggu ni. Tak sabor!

7. Bapak tak banyak drama.

Mana ada pernah dengar bapak kata~~

“Kamu ni tak kesian kat abah ke?”.
“Sampai hati kamu tak dengar”.
“Kamu tak sayang abah ke?”.

Mana ada!
Dia bukan kisah pun.

Kita la tu yang banyak drama tu. Sikit-sikit nak kecik hati. Sikit-sikit nak touching. Sikit-sikit nak merajuk. Anak taknak makan ikan goreng kita pun nak sedih.

Ceit!

Jadi, siapa best?
Bapak!

Dan secara psikologinya~~

Budak-budak ni akan dengar, ikut, patuh dan taat pada sosok yang dia senangi dan menyenangi dia.
Yang main dengan dia, layan dia, boleh kawtim dengan dia, boleh bagi apa dia nak, boleh berlebih kurang, boleh buat dia seronok.

Sebab tu di usia begini~~
Dia dengar cakap cikgu.
Dia suka nak main dengan kawan.

Sebab golongan ni tak macam mak.
Lebih dari guru disiplin kadang tu.

Jadi salahkah kita?
Tak!

Kita adalah penstabil keadaan.

Yin-Yang.

Kalau semua boleh, tak bagus juga.
Kalau semua sporting, rosak juga.
Kalau semua nak ikut, bahaya juga.

Jadi adakah kita tak best?
Tak!

Kitalah mak yang best dalam tak best!

Asal jangan jadi naga selalu sangat dah la mak. Takut lubang idong kau berasap. Hodoh tau!

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Kenapa Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu,Ini 7 Jawapnnya