Poon Lim, seorang pemuda warganegara China adalah seorang krew kapal Inggeris semasa Perang Dunia II yang dalam perjalanan dari Cape Town ke Suriname (tanah jajahan milik Belanda di Amerika Selatan) sebelum meneruskan pelayaran ke New York. 


Malangnya, kira dua pertiga perjalanan pasukan tentera Jerman telah memintas kapal yang dinaikinya dan sepasang peluru torpedo telah menenggelamkan kapalnya dalam dua minit.


Dilahirkan di Hainan, China, Poon Lim bersekolah, tidak seperti anak-anak lain seusianya. Dia mampu bersekolah hasil bantuan abang-abangnya yang menghantar wang hasil dari pekerjaan mereka di kilang.


Pada usia 16 tahun, ayahnya percaya bahawa kehidupan akan lebih baik di tempat lain. Kerana takut Poon Lim akan dipaksa menyertai pasukan ketenteraan untuk memerangi orang Jepun yang sedang menyerang China pada ketika itu, ayahnya telah menyuruhnya menyertai salah seorang abangnya menaiki kapal barangan Britain untuk bekerja sebagai krew kabin.


Kapal yang dinaiki Poon Lim, Ben Lomond, adalah kapal bersenjata tetapi bergerak perlahan dan belayar sendirian. Disebabkan itu, kapal ini menjadi sasaran mudah bagi pihak Jerman. 



Tiada rotan akar pun berguna

Poon Lim adalah satu-satunya lelaki dari 53 orang yang terselamat dalam serangan itu. Poon Lim bernasib baik kerana sempat mengambil satu jaket keselamatan kerana dia sememangnya tidak pandai berenang. Selepas kira-kira 2 jam terapung di air, dia ternampak sebuah rakit keselamatan (dipercayai milik kapal Ben Lomond yang dinaikinya).



Rakit kayu itu mempunyai beberapa tin biskut, sebotol air 40 liter, coklat, sebungkus gula pasir, beberapa suar, dua periuk dan lampu suluh. Poon Lim pada mulanya bergantung hidup dengan meminum air dan memakan makanan yang ada di rakit tersebut, tetapi kemudiannya terpaksa memancing dan menadah air hujan dengan kanvas.


Dia tidak pandai berenang dengan baik dan akan mengikat tali dari rakit ke pergelangan tangannya sebagai langkah keselamatan sekiranya dia jatuh ke laut. Dia mengambil wayar dari lampu suluh dan membuatnya menjadi cangkuk ikan, dan menggunakan tali rami sebagai tali pancing.


Dia juga mencabut paku dari papan di rakit kayu dan membengkokkannya untuk dijadikan sebagai cangkuk untuk menangkap ikan yang lebih besar. Apabila dia menangkap seekor ikan, dia akan memotongnya dengan pisau yang diperbuat dari tin biskut dan mengeringkannya di atas rakit agar tahan lama.


Pernah menangkap ikan jerung


Pernah suatu ketika, ribut besar melanda dan merosakkan ikan dan mengotori airnya. Poon Lim yang ketika itu dalam kelemahan, berjaya menangkap burung dan meminum darahnya untuk terus hidup.


Sekiranya terlihat jerung, dia tidak akan turun berenang. Sebaliknya, dia akan merancang untuk menangkap ikan tersebut. Dia menggunakan bahagian tersisa burung yang dibunuhnya sebagai umpan. Teknik tersebut berjaya apabila jerung tersebut memakan umpan tersebut. Lim Poon meletakkan tangannya di bawah kain kanvas sebelum berjaya menangkap jerung tersebut.


Di atas rakit, jerung itu telah menyerangnya jadi dia menggunakan bekas air yang diisi separuh dengan air laut sebagai senjata. Setelah menundukkan jerung itu, Poon Lim memotongnya dan menyedut darah dari hati jerung tersebut. Ketika itu, hujan tidak turun sudah berhari-hari dan dia kehabisan air. Maka, darah tersebut telah menghilangkan dahaganya.


Dia kemudian menghiris siripnya dan membiarkannya kering di bawah sinar matahari untuk membunuh kuman-kuman padanya dan memastikan lebihan daging ikan tersebut boleh bertahan lebih lama.


Diselamatkan oleh nelayan Brazil

Di atas rakit tersebut, Poon Lim mendapat sunburn, mabuk laut dan penderitaan menonton kapal berlalu pergi tanpa mahu menyelamatkannya. Kapal pengangkut kapal terbang dan kemudian pasukan rondaan Tentera Laut AS pernah melintas namun Poon Lim berpendapat bahawa kerana dia orang Cina, mereka tidak menawarkan bantuan.


Malah, dia turut mengatakan bahawa kapal U-Boat Jerman juga pernah datang berhampiran dengan rakit yang menjadi tempat tinggalnya, tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan padanya.



Poon Lim menghitung hari-harinya dengan mengikat simpul dengan tali, tetapi setelah menghabiskan begitu lama di laut dia memutuskan bahawa tidak ada gunanya menghitung hari dan mula menghitung bulan penuh. Namun, setelah 133 hari di laut, 3 nelayan Brazil akhirnya menemui rakit itu dan menyelamatkannya.


Dia telah kehilangan berat badan sebanyak 9kg dan menghabiskan empat minggu di hospital tetapi berjaya pulih sepenuhnya. Hingga hari ini tidak ada mana-mana individu yang menghabiskan masa lebih lama di laut di rakit sepertinya. Seperti yang dikatakan Poon Lim dalam catatannya sebelum kematiannya, "Saya harap tidak ada yang harus memecahkannya".


Raja George VI telah menganugerahkan British Empire Medal (BEM) kepadanya dan Tentera Laut Diraja memasukkan kisahnya ke dalam manual teknik bertahan hidup.


Selepas perang, Poon Lim memutuskan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat, tetapi kuota untuk pendatang Cina telah tercapai. Namun, kerana kemasyhurannya dan bantuan Senator Warren Magnuson, dia mendapat kelulusan khas dan akhirnya memperoleh kewarganegaraan Amerika Syarikat.

Misteri Bagaimana Lelaki Ini Hidup Selama 133 Hari Di Lautan Seorang Diri

 


Satu ketika dahulu, sekiranya anda membuka siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau mana-mana siaran di kaca televisyen anda pada awal pagi sebelum ianya bermula, anda akan melihat paparan di atas di tayangkan bersama dengan bunyi nyaring.

Persoalannya, apakah paparan grafik tersebut? Adakah ia sekadar paparan yang diletakkan sementara menunggu siaran sebenar bermula?

Jawapan ringkasnya, tidak. Ianya adalah satu cara pihak yang terlibat dalam penyiaran (krew, jurutera dll) memastikan siaran yang dipaparkan terpancar di kaca televisyen seperti yang dingini. Ianya mempunyai maksud tertentu yang hanya difahami oleh pihak yang terlibat di seballik tabir penyiaran rancangan di kaca  televisyen.

Fungsi "Test Card"


Bagi yang tidak tahu, paparan grafik berwarna-warni ini juga dikenali sebagai "kad ujian visual" (test card) atau corak ujian (test pattern) yang berfungsi menguji isyarat siaran televisyen. Namun, dengan kemajuan teknologi masa kini, ianya tidak lagi digunakan.

Kad ujian ini biasanya disiarkan pada masa ketika pemancar aktif tetapi tidak ada program yang disiarkan. Sebab itulah anda biasa melihatnya pada awal pagi sebelum siaran bermula dan pada tengah malam ketika semua siaran rancangan yang dipaparkan telah tamat.

Digunakan sejak siaran televisyen terawal, kad ujian visual pada asalnya dahulu adalah kad fizikal di mana kamera televisyen akan memfokuskan padanya. Kad seperti ini masih  digunakan untuk penentukuran, penjajaran, dan pemadanan antara kamera dan camcorder.

Kad ujian pada masa kini




Sementara itu, kad atau corak ujian yang digunakan untuk menentukur atau menyelesaikan masalah isyarat pada hari ini tidak lagi menggunakan kad fizikal sebaliknya dihasilkan oleh penjana isyarat ujian yang tidak bergantung pada konfigurasi (dan kehadiran) kamera yang betul.

Selain itu, kad ujian yang digunakan juga dapat menguji parameter tambahan seperti sync, frames per second dan frequency.

Kad yang dihasilkan secara digital membolehkan vendor, penonton dan stesen televisyen menyesuaikan peralatan mereka untuk fungsi yang optimum. Siaran audio semasa kad ujian ditunjukkan biasanya memaparkan nada gelombang sinus, radio atau muzik.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan kad ujian ini juga semakin meluas ke paparan digital lain seperti dinding LED besar dan projektor video. Malah, kad-kad ujian ini juga nampaknya sudah menjadi satu trend. Di YouTube misalnya, terdapat banyak video yang memaparkan kad corak ujian ini berjam-jam lamanya. 

Sejarah penggunaan kad ujian visual




Kad ujian visual di televisyen pertama kali digunakan pada tahun 1920-an. Nilai estetika atau coraknya tidak penting kerana ia dirancang secara teknikal untuk membolehkan jurutera elektrik menjadikannya sebagai panduan untuk menentukur dan menghasilkan gambar yang sesuai. Kad ujian ini akhirnya menjadi ikon nostalgia era TV hitam putih.

Pada awal kemunculannya, kad ujian yang digunakan bukanlah seperti yang biasa kita lihat. Sebaliknya, ia berbentuk bulat dengan corak oskiloskop di atas garisan grid segi empat tepat. Fungsinya adalah memeriksa prestasi pemancar dari studio ke antena dan resolusi gambar. 

Sekiranya bentuk bulat pada tengah berbentuk bujur dan tidak bulat dengan sempurna, misalnya, ini bermakna terdapat masalah teknikal yang perlu diperbaiki dan paparan visual yang dipaparkan bukanlah yang terbaik. Kad ujian visual awal ini sangat ikonik memandangkan terdapat lukisan lelaki Red Indian pada atasnya.


Lingkaran seterusnya menunjukkan warna kelabu (dengan kepekatan berbeza) dan bahagian paling luar berwarna putih. Bahagian ini berfungsi untuk menguji kontras (contras) dan bayangan (shading) pada gambar yang dipaparkan.




Dengan berpandukan kad ujian visual ini, penyesuaian secara berkala pada kamera dan monitor studio akan dilakukan sepanjang hari. Seorang jurutera penyiaran yang berpengalaman dapat melihat gambar lelaki Red Indian dan dengan cepat mengetahui sama ada visual yang dipaparkan adalah baik atau terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan. 

Kad ujian visual ini memaparkan semua elemen yang diperlukan untuk menyesuaikan perspektif, pembingkaian, garis lintang, tindak balas frekuensi, kontras dan kecerahan. Setelah TV warna diperkenalkan, kad ujian ini diwarnai tetapi pada tahun 70-an ia tidak lagi berguna. 


Misteri Terjawap Kenapa RTM Selalu Tayangkan Rajah Ini Suatu Masa Dulu

 

Bagi anda yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0, semakan syarat kelayakan  boleh dibuat sebelum membuat PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN.

Mengikut unjuran, 200,000 PKS MIKRO akan mendapat manfaat daripada GKP.

GKP kini dibuka semula untuk permohonan bermula 1 Oktober 2020.

Perkara ini diumumkan oleh PM petang tadi bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Pembayaran RM3,000 secara one-off akan dibuat secara berperingkat bermula 25 November 2020.


SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN GKP 2.0

Sebelum buat permohonan baru GKP,berikut dikongsikan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0:

Mestilah Warganegara Malaysia
Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
Belum memohon GKP
Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 1 September 2020
Masih aktif menjalankan perniagaan
Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Nak tahu bila  tarikh bayaran i-LESTARI BULAN OKTOBER?.

SEMAKAN GKP RM3,000

Untuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin, anda perlu melayari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/

Masukkan nombor kad pengenalan
Klik Enter / Cari
Status kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL


TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

Seperti dimaklumkan, tarikh pembayaran GKP akan bermula pada 15 Jun.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat secara terus ke akaun masing-masing.

Anda mempunyai perniagaan? Anda majikan? Cepat mohon Program Subsidi Upah 2.0 untuk meringankan beban bayar gaji pekerja.


SOALAN LAZIM GKP 2.0

Berapakah jumlah bantuan GKP?

Geran Khas Prihatin adalah bantuan kerajaan kepada PKS secara one-off sebanyak RM3,000.

Bilakah tarikh keputusan akan diumumkan?

Semakan status GKP boleh dibuat bermula akhir November 2020.

Kepada graduan/siswazah yang ingin cepat dapat kerja, boleh mohon PROGRAM PENJANA KPT-CAP yang baharu sahaja dilancarkan oleh kerajaan.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 25 November 2020.


Siapa yang layak memohon?

Sila rujuk syarat kelayakan seperti yang tertera di atas.

Apakah syarat utama untuk memohon Geran Khas Prihatin?

Pemohon mestilah memiliki SSM dan berdaftar dengan LHDNM.


MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

Menurut nuna, ibu mertuanya telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia iaitu sehari sebelum dia dan suami bernikah.


Tarikh yang banyak kenangan

Nuna memaklumkan bahawa pada tarikh  pernikahan mereka sememangnya menyimpan banyak kenangan yang melibatkan dia dan suami. Namun, tidak menyangka bahawa tarikh tersebut juga adalah tarikh paling sedih buat mereka terutamanya keluarga suami.




Tak sempat sarung cincin di jari menantu

Menurut wanita itu lagi, dia dan suami sepatutnya bertunang dahulu pada malam sebelum bernikah, namun hasrat ibu mertuanya untuk menyarungkan cincin tidak kesampaian kerana pergi dijemput Ilahi disebabkan kecederaan parah semasa kemalangan.



Mohon sam2 sedekahkan al-Fatihah

Di akhir perkongsian tersebut, nuna memohon agar sesiapa yang membaca perkongsian yang dibuat dapat sama-sama menyedekahkan al-Fatihah buat roh allahyarham ibu mertuanya.

Dia juga berharap agar warganet boleh mendoakan sama mereka sekeluarga kuat menghadapi dugaan berat ini.


Allah sedang menguji

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat pasangan pengantin baharu tersebut. Mereka juga akui berasa sebak dan sedih apabila pasangan itu terpaksa menghadapi berita duka dikala mereka sepatutnya gembira diatas pernikahan. Salam takziah.

Sumber: nuna

Ibu ‘Pergi’ Sehari Sebelum Majlis Nikah Anak,Takziah & tahniah silih berganti

Kegembiraan 10 rakan berkelah di Sungai Jin, Sungai Lembing di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas akibat dihanyutkan arus deras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata Ahmad Hasrul Hisyam Ahmad Fauzi dari Sungai Isap, dipercayai lemas sekitar 3 petang kira-kira dua jam selepas dia bersama rakannya tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai telah berenang ke kawasan lubuk yang agak dalam sebelum dihanyutkan arus. Saksi kejadian mendakwa melihat mangsa tenggelam timbul beberapa kali sebelum hilang.

“Rakan mangsa difahamkan cuba membantu namun gagal menyebabkan mereka terus menghubungi pihak berkuasa,” menurutnya dalam kenyataan media semalam.

Beliau berkata mayat mangsa dijumpai pada 6.48 petang dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Pemergian mangsa yang berusia 33 tahun itu mengundang sebak rakan dan kenalan dengan memuat naik ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 pegawai dan anggota polis serta bomba selain dibantu tujuh orang awam.

Sumber : Bernama

Pemuda Lemas Dihanyut Arus Deras Ketika Berkelah

Sayunya rasa hati apabila perkongsian melalui Facebook Siti Fatimah Abd Hamid di mana seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya.

Hanya Minta 4 tin susu pekat untuk bancuh bagi cucu minum

Menurut Siti Fatimah, ketika menelefon nenek ini untuk bertanyakan apa barang keperluan dan jenis susu yang diperlukan, dia hanya minta 4 tin susu pekat manis dulu.

“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”

Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Cukuplah dulu susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya itu sahaja baginya cukup


Kata nenek ini lagi, cucu-cucunya dah biasa minum susu cap junjung (susu pekat manis), yang penting ada warna putih-putih. Itu pun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sangat dah tu. Tambah nenek ni lagi.

Ibu & ayah kepada 7 orang cucu

Apa yang menyedihkan juga, nenek inilah ibu dan ayah kepada tujuh orang cucunya sekarang. Ibu kepada cucu-cucunya itu telah meninggal selepas 3 bulan melahirkan anak yang bongsu.

Manakala bapa anak-anak ini pula terkandas di Keningau dan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Kini nenek ini hanya mengharapkan cucu sulungnya yang membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain membantu apa yang patut.

Sesungguhnya ujian setiap daripada kita tidak sama. Marilah bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi Covid-19 kepada mereka yang memerlukan

.

Sumber: Siti Fatimah Abd Hamid


“Cukuplah Susu Pekat Manis Untuk Bancuh Pada Cucu, Mak Cik Tak Minta Banyak.”

Susulan daripada makluman Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua peperiksaan awam akan dibatalkan atau ditunda pada tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Hal ini juga melibatkan peperiksaan semester 2 STPM ditangguhkan kepada bulan Ogos 2020 dan peperiksaan semester 3 akan diadakan di suku pertama 2021.



SUMBER:BERNAMA

Tarikh Peperiksaan Semester 2 STPM Diubah Pada Ogos Tahun 2020 – KPM



Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) tidak perlu mengambil wuduk atau bertayammum.

“Para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum.

“Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga boleh menjamakkan solat jika perlu melakukan hal itu,” katanya di Facebook beliau.

Sebelum ini, tular beberapa gambar petugas kesihatan yang memakai PPE sedang menunaikan solat dengan pakaian tersebut.

Difahamkan, petugas hanya boleh menanggalkan sut itu setelah berakhir syif bagi meminimumkan risiko kontaminasi.



Sumber: Dr Maza

Petugas Kesihatan Pakai PPE Boleh Solat Tanpa Wuduk Dan Tayammum- Mufti Perlis