Nantikan drama romantik komedi 'Rudy vs Jolie' yang menampilkan gandingan Aidit Noh dan Nadia Brian. Drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua, terbitan Tanah Beris Film Production. Bakal menemui penonton mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam di TV Okey.

JUDUL : RUDY VS JOLIE
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 15 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Aidit Noh, Nadia Brian, Sharifah Husna, Mathni Razak, Che Kem, Raja Azmi, Kuna Muzani, Kak Girl, Rashdan Baba, Amyza Aznan, Syakila, Serra Kamal, Yang Fairuz

WATAK PELAKON
Aidit Noh sebagai Rudy
Nadia Brian sebagai Jolie
Raja Azmi sebagai Mama Maria 
Che Kem sebagai Papa Jurie
Kuna Muzani sebagai Latifah 
Mathni Razak sebagai Aryan
Sharifah Husna sebagai Nina
Kak Girl sebagai Siti Khadijah
Rashdan Baba sebagai Fendi 
Amyza Aznan sebagai Aishah
Syakila sebagai Mona
Serra Kamal sebagai Bella

LAGU TEMA / OST 
Terukir Namanya - Daus Eli

SINOPSIS RUDY VS JOLIE

Kisah Jolie seorang kaunselor yang baru kehilangan kekasih dan bertekad untuk tidak bercinta lagi dengan mana-mana lelaki sehinggalah berjumpa Mr R yang berjaya mengubah keadaan.

Konflik tercetus apabila kedua-duanya terlibat menjadi mangsa program realiti blog dan vlog serta umpan kepada sahabat baik Mr R. lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka ini? 





Drama Rudy Vs Jolie Lakonan Aidit Noh, Nadia Brian

 

 Nantikan drama adaptasi novel 'Mencari Kiblat Cinta' karya Anita Aruszi yang bakal menampilkan lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee. Akan disiarkan mulai 7 Januari 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV Okey.

JUDUL : MENCARI KIBLAT CINTA
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 7 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV Okey (Astro 146)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : NS Star Sdn Bhd
PELAKON : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Shahriza Mahmud, Ucop Cecupak, Liza Rafar, Nadia Kesuma, Darling Ngasri, Falla Zully, Azerin Zainal, Hasnol, Ramli Saleh

WATAK PELAKON
Husna Mustaffa sebagai Danira
Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
Dayana Roza sebagai Wirda
Fifi Laura Olivia sebagai Melly
Edika Yusof sebagai Tengku Amar
Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
Raden Zaharatul sebagai Yana
Azerin Zainal sebagai Joshua
Falla Zully sebagai Evelyn
Ali Reza sebagai Tengku Firdaus
Inas Sofea sebagai Najla
Anne Ngasri sebagai Karmila
Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
Naszeli Ngasri sebagai Harris
Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
Shahriza Mahmud sebagai Musliha 
Nadia Kesuma sebagai Zahara

SINOPSIS MENCARI KIBLAT CINTA

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.





Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee


Saksikan drama bersiri 'Halim Halima' lakonan Azrel Ismail dan Wanna Ali mulai 27 Oktober, setiap Isnin hingga Rabu jam 8:00 malam di Awesome TV, saluran 112, MYTV.


JUDUL : HALIM HALIMA

EPISOD : -

TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 9:00 malam

SIARAN TV : Awesome TV (MYTV 112)

PENGARAH : Azri

PELAKON : Azrel Ismail, Wanna Ali, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Azhar Amir

 

SINOPSIS HALIM HALIMA

Mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej komuniti yang bersahabat baik dan mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan butik pelamin selepas tamat pengajiannya.



Drama Halim Halimah Lakonan Azrel Ismail, Wanna Ali

 

Nantikan drama adaptasi novel Dia Bidadari Dari Syurga karya Syamnuriezmil akan disiarkan di saluran RTM. Menyatukan gandingan Halim Radzi dan Sharifah Husna. Drama terbitan Sazawan Supply Sdn Bhd arahan Izzman Hafiz. Akan disiarkan mulai 23 Oktober ini, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey.

JUDUL : DIA BIDADARI DARI SYURGA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
PENGARAH : Izzman Hafiz
PRODUKSI : Sazawan Supply Sdn Bhd
PELAKON : Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Nora Lunia, Ady Fakhruddin, Nurul Iman

WATAK PELAKON 
Halim Radzi sebagai Naqib Zakuan
Sharifah Husna sebagai Marissa Aisya
Julia Farhana sebagai Maisarah
Shahkimin sebagai Ikhwan Radzi
Hafidz Roshdi sebagai Raff
Aryan Naim sebagai Riff
Nora Lunia sebagai Julia

SINOPSIS DIA BIDADARI DARI SYURGA
Marissa Aisya atau Aris seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu pada ibu Zakuan yang di telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?







Drama Dia Bidadari Dari Syurga Lakonan Halim Radzi, Sharifah Husna

Drama adaptasi novel Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara bakal menemukan gandingan Fadlan Hazim dan Zara Zya. Drama ini diarahkan oleh Harris Fadzillah. Akan menemui penonton mulai 24 Mei 2020, setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.

JUDUL : ALERGI MAMAT ROMANTIK
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Mei 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
PENULIS SKRIP : Sofia Rhyland
PENGARAH : Harris Fadzillah 
PRODUKSI : Country and Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Fadlan Hazim, Syazwan Zulkifly, Aprena Manrose, Jasper Supayah, Zera Hariz, Sazrin Aizul, Zalfa Zin, Puteri Khareeza, Zulkifli Ismail

WATAK PELAKON

Zara Zya sebagai Nurul Kaisara
Fadlan Hazim sebagai Arjuna 
Aprena Manrose sebagai Alana
Syazwan Zulkifly sebagai Bakhtiar
Jasper Supayah sebagai Miasara
Sazrin Aizul sebagai Razi 
Zulkifli Ismail sebagai Dato' Bakar

SINOPSIS ALERGI MAMAT ROMANTIK

Kisah Nurul Kaisara seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dia sebagai penulis novel. Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. 

Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.

Drama Alergi Mamat Romantik Lakonan Zara Zya, Fadlan Hazim