Tonton drama bersiri Keria Women akan ditayangkan pada setiap hari Khamis hingga Sabtu bermula 8 Julai 2023, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 serta turut boleh distrim menerusi tonton.com.my

Judul : Keria Women #keriawomen
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2023
Waktu Siaran: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Intan Zarina M Yasin
Pengarah: Rusdi Ramli
Produksi: Anomali Media Production

Watak Pelakon

Rita Nadira sebagai Naura
Sabrina Sharleen sebagai Sally
Fify Azmi sebagai Icha
Raja Ema sebagai Cik Mah
Muazmeer Mohsin sebagai Ridzuan
Shy Rim sebagai Dato Rozai
Ezaidi Aziz
Marc Syahmie

Sinopsis Keria Women

Mengisahkan tentang Naura, seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja. Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ. 

Sally, pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut. Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.

Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa. Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya. Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah?

Para Pelakon Keria Women

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 



Drama Keria Women Lakonan Rita Nadira,Sabrina Sharleen

 



Tonton drama Stella On Stage terbitan Kl Motion Pictures dibintangi oleh Hannah Delisha dan Shukri Yahaya akan disiarkan di saluran Astro Ria.

JUDUL : Stella On Stage #stellaonstage
Tonton Full Episod: 1-19
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Wan Hasliza, Baizura Kahar, Keen
Pengarah: Alak Idle, Rashidi Ishak, Wan Hasliza
Produksi: Kl Motion Pictures
Pelakon: Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Haidar Hasanudin, Zarina Zainoordin, Emma Sofea, Nizam Kama, Amanda Misbun, Zarynn Min, Rashidi Ishak, Heidi Nur Aleesya, Wafiy, Gen Darwish

Watak Pelakon
Hannah Delisha sebagai Stella
Shukri Yahaya sebagai Nik
Haidar Hasanudin sebagai Ron
Heidi Nur Aleesya sebagai Rara
Zarina Zainoordin sebagai Athirah
Emma Sofea sebagai Stella
Zarynn Min sebagai Latifah

Sinopsis Stella On Stage

Misteri kehilangan Stella menjadi spekulasi hangat netizen apabila polis menemui jasad yang mengerikan di sebuah tasik. Persoalan demi persoalan timbul berkisar pada kehilangan Stella. Mungkinkah Stella dibunuh. Siapakah suspek utama kes kehilangan Stella? Kisah perkenalan 20 tahun lalu dengan jirannya, Nik merungkai misteri yang menimpa Stella on Stage. Siapakah Nik? Dan Apakah perkaitannya dengan kehilangan Stella?

Promo Stella On Stage

Para Pelakon Stella On Stage

Drama Stella On Stage Lakonan Hannah Delisha, Shukri Yahaya2Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Stella On Stage Lakonan Hannah Delisha, Shukri Yahaya

 





Tonton siri drama adaptasi komik Budak Takraw karya Anshari ditayangkan di saluran TV Okey mulai 3 Julai 2023, setiap Isnin hingga Sabtu, 2:30 petang.

Judul : Budak Takraw
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2023
Waktu Siaran: Isnin - Sabtu, 2:30 petang
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Anshari Rahizan
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi
Produksi: SA Dinamik Sdn Bhd
Lagu Tema: Pantas - Nazz Abdullah & Ben Ladin

Watak Pelakon
Firdaus Ghufran sebagai Azman
Zarul Imran sebagai Rizal
Redwan Hakimm sebagai Ali
Diana Rusli sebagai Sarah
Taufiq Hanafi sebagai Roy
Idham Maulana sebagai Azlan
Nazzaty Rusli sebagai Aishah
Boy Ngasri sebagai Cikgu Iman
Nick Syaf sebagai Ajiz
Azlan Mubin sebagai Jurulatih Amir
Johan As'ari sebagai Jurulatih Badru
Naim Shamshol sebagai Lokman
Taib Zamannuri sebagai Fattah
 
Sinopsis Budak Takraw
Seorang jaguh takraw dari sekolah di bandar, seorang budak kampung yang tiada tujuan hidup, seorang pelajar yang acah-acah samseng di sekolah, dan seorang pengawas garang yang suka menyibuk, berkomplot menubuhkan sebuah pasukan sepak takraw yang tidak pernah wujud di sekolah mereka sebelum ini. Mampukah mereka menjayakan misi mustahil ini?



Drama Budak Takraw Lakonan Firdaus Ghufran

 


Astro Shaw bersama penerbit Infinitus Gold bakal menampilkan filem terbaru untuk platform Astro First, Merewang Keluarga Pak Awang bermula 15 Julai. Filem komedi drama merupakan arahan Adlin Aman Ramlie dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Sabri Yunus, Adriana Adnan, Emelda Rosemila, Fabian Loo, Watie Sadali, Rosdeen Suboh dan Emma Sofea.

Merewang Keluarga Pak Awang
Tarikh Tayangan di Astro First: 15 Julai 2023
Pengarah: Adlin Aman Ramlie
Produksi: Astro Shaw & Infinitus Gold
Pelakon: Zizan Razak, Sabri Yunus, Adriana Adnan, Emelda Rosemila, Fabian Loo, Watie Sadali, Rosdeen Suboh, Emma Sofea

Sinopsis Merewang Keluarga Pak Awang
~ akan dikemaskini


Merewang Keluarga Pak Awang Lakonan Zizan Razak, Sabri Yunus

 


Terbaharu di TV9, bersama Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Mat Dan bakal mengendalikan program dokumentari travelogue terbaharu ‘Misi Mat Dan’ yang akan membawa penonton mengembara dan meneroka khazanah alam yang menarik di dalam Malaysia.

Program dokumentari travelogue bersiri 6 episod ini bakal bersiaran bermula pada 3 Julai 2023, setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam dan strim secara HD melalui www.tonton.com.my. Mat Dan mempunyai enam misi yang akan membawa penonton meninjau ancaman semula jadi yang berlaku di negara kita. Pengacara dan penyampai radio, Molek FM itu juga bakal berinteraksi dengan penduduk tempatan untuk meneroka peranan mereka dalam membentuk negara ke arah yang lebih baik.

Mat Dan merupakan seorang pengembara berwarganegara England yang telah menetap di Malaysia semenjak 2009. Beliau semakin dikenali ramai kerana kemahirannya yang fasih bertutur bahasa Melayu dalam dialek Terengganu. Sejak tiba di Malaysia, Mat Dan telah jatuh cinta dengan keunikan adat budaya dan alam semula jadi yang ditawarkan oleh negara ini sehingga mendapat status sebagai penduduk tetap ketika di Terengganu pada tahun 2018.

Misi Mat Dan meletakkan fokus dalam mencari jalan penyelesaian bagi menjaga dan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan keindahan flora dan fauna yang mampu untuk menarik ramai pelancong dari luar dan dalam negara.

Misi pertama Mat Dan telah melawat ke Taman Negara, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungkai Perak untuk membincangkan tentang pemburuan haram yang menyebabkan populasi Harimau Malaya hampir pupus, gajah kehilangan keupayaan untuk meneruskan hidup di hutan kerana perangkap yang telah mengakibatkan kecederaan serius dan pelbagai masalah yang telah mengganggu kestabilan ekosistem alam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini.

Ikuti juga salah satu misi Mat Dan di Pulau Redang, Terengganu yang meninjau keadaan tempat peranginan popular yang berhadapan dengan masalah pencemaran sampah sarap yang menjejaskan perairan dan pantai serta kehidupan akuatik. Ia juga akan menjejaskan sumber pendapatan masyarakat tempatan yang bergantung kepada sumber laut sebagai hasil pendapatan.

Pengalaman seperti ini merupakan satu pendekatan kepada generasi sekarang bagi membolehkan mereka lebih memahami tentang kepentingan laut, sungai dan hutan yang merupakan habitat kepada hidupan liar. Ini membolehkan mereka memelihara hidupannya untuk generasi akan datang dan menghargai alam sekitar agar ia tidak pupus atau hilang ditelan arus kemodenan.

Misi Mat Dan merupakan terbitan M1 Pictures yang diketuai oleh William Grimaldi sebagai Penerbit. Jadi, jangan ketinggalan untuk meneroka impian dan realiti alam bersama Misi Mat Dan menerusi TV9 yang akan mula bersiaran pada 3 Julai 2023, setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam dan strim secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Misi Mat Dan
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2023
Waktu Siaran: Isnin, 10.00 malam
Rangkaian: TV9 / tonton 
Produksi: M1 Pictures

Misi Mat Dan (Tv9)

 


Tonton telefilem Penyiasat Viral lakonan Elizabeth Tan, Jaja Iliyes dan Lia Natalia pada 4 Julai ini, pukul 9 malam di TV2.

Judul : Penyiasat Viral
Waktu Siaran: Selasa, 4 Julai 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Idea Asal: Wan Affendy Abdullah
Penulis Skrip: Bainun Waheeda & Wan Affendy
Pengarah: Wan Affendy
Produksi: Bolt Studio Sdn Bhd
Pelakon: Elizabeth Tan, Jaja Iliyes, Lia Natalia, Ken Ridzuan, Azman Hassan, Ghadafi Meliki, Azwan Serigala

Sinopsis Penyiasat Viral
Sarah (Elizabeth Tan) baru bekerja di QRT Media sebagai wartawan. Tiara (Lia Natalia)(Lia Natalia) yang mengendalikan sebuah progam di situ merupakan seorang influencer yang menjadi idola Sarah. Sarah banyak terpengaruh dengan Tiara dan perkara ini tidak disenangi Rina, rakan sekerja Sarah. Suatu hari, Tiara telah diculik dan Sarah bersama Rina (Jaja Iliyes) telah menyiasat kehilangan Tiara!

Sarah yang berusia awal 20 an adalah seorang gadis cantik dan periang yang berasal dari sebuah kampung berhijrah ke bandar untuk bekerja di sebuah syarikat QRT Media untuk menjadi wartawan selain ingin berjumpa dengan influncer terkenal yang diminatinya.

Rina adalah kawan sekerja Sarah di QRT Media yang punyai sikap ingin tahu sehingga sanggup membahayakan dirinya. Beliau seorang yang pendiam dan berpakaian dengan fesyen lama. Oleh kerana sifatnya yang pelik membuatkan semua pekerja tidak mahu mendekati dia.

Tiara berusia lewat 20 an adalah senior di syarikat QRT Media. Kecantikannya membuatkan dia mempunyai ramai pengikut di sosial media sekali gus menjadi influncer terkenal sehingga mempunyai pengaruh di QRT Media dan berasal dari keluarga yang berada.

En. Rahim atau lebih dikenali En. Bos adalah seorang bos yang cerewet dengan kerja pekerjanya dan juga sangat mementingkan masa semasa kerja. Walaupun begitu, beliau seorang yang baik dan menjaga kebajikan dan keselamatan pekerjanya.

Telefilem Penyiasat Viral Lakonan Elizabeth Tan, Jaja Iliyes

 


Tonton drama Obsesi Dia diinspirasi daripada novel The Witness karya Suhailah Selamat akan disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 5 Julai 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan strim langsung di www.tonton.com.my. Drama terbitan Saphire Screen, diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan menampilkan gandingan Zahiril Adzim, Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman dan ramai lagi.

Judul : Obsesi Dia #obsesidia
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 5 Julai 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Rozie Rashid
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon: Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi, Jay Iswazir, Alif Hadi, Razman Mahayuddin, Faha Azhar, Oshin Ahmad, Anies Hann, Kak Girl, Anne Abdullah, Natasya Mahyan, Erry Putra, Zazly Baginda, Rahim Jailani, Nizam Kama, Amaraa Sofea

Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah / Alliyah
Zaki Azeman sebagai Zacky
Ashraf Muslim sebagai Rizq
Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
Alif Hadi sebagai Adam
Razman Mahayuddin sebagai Amir
Anies Hann sebagai Nura
Kak Girl sebagai Susan
Anne Abdullah sebagai Puan Leia
Natasya Mahyan sebagai Dr Flora

Sinopsis Obsesi Dia

Ulang tahun ke-18 Affiyah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan yang kejam. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain. 

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis. Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan? 

Para Pelakon Obsesi Dia



Drama Obsesi Dia Lakonan Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim

 


Tonton telefilem Heist Dil Adha arahan Zizan Razak dan Issey Fazlisham pada 29 Jun ini, pukul 10 pagi di Astro RIA.

Tonton  Heist-DilAdha #hiestdiladha
Waktu Siaran: Khamis, 29 Jun 2023, 10 pagi
Rangkaian: Astro RIA / Astro GO
Penulis Skrip: Azhar Jalil
Pengarah: Zizan Razak & Issey Fazlisham
Produksi: Red Bean Productions & ZR Project
Pelakon: Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Hushairi Husain, Riena Amirah, Mathni Razak

Sinopsis Heistdiladha
Sebuah lembu wagyu kacuk milik Mr Onitsuka Korokodai telah dicuri oleh Geng Naga Gearbox yang dikepalai oleh Jusoh Belut, kartel penyeludupan daging lembu terbesar di Semenanjung.

Geng Tiga Malam telah diberikan tugasan untuk mendapatkan kembali lembu tersebut. Namun misi kali ini ialah misi mustahil apabila Geng Tiga Malam terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka di liga yang berbeza. Sebuah medan pertempuran yang tidak pernah dijejaki mereka. Konflik semakin memuncak dengan kehadiran seorang gadis bernama Bajilah.

Adakah misi kali ini berjaya atau salah seorang ahli Geng Tiga Malam bakal menjadi korban?

Telefilem Heist-DilAdha Lakonan Zizan Razak, Issey Fazlisham

 


Tonton pengembaraan epik '3 Sekawan: Misi Aidiladha' mulai 28 Jun ini ekslusif di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my

Judul : 3 Sekawan Misi Aidiladha
Tarikh Tayangan di Tonton: 28 Jun 2023
Penulis Skrip: Marr Mohamad & Irwan Mansor
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Umar Shakur, Rudtra Manivanan, Camans Kong, Kazar Saisi, Fasha Sandha, Redza Rosli, Sherry Ibrahim, Dato Rahim Razali

Sinopsis 3 Sekawan Misi Aidiladha

Faiz (Umar Shakur) akhirnya pulang ke kampung halamannya dan bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lamanya, Danush (Rudtra Manivanan) dan Chong (Camans Kong). Terinspirasi oleh tazkirah Tokwan (Kazar Saisi) mengenai belas ehsan terhadap haiwan, ketiga-tiga sekawan ini nekad untuk melindungi haiwan ternakan dari menjadi mangsa sembelihan semasa Hari Aidiladha tahun ini.

Telefilem 3 Sekawan Misi Aidiladha

 


Tonton telefilem '90 Hari Sebelum Cinta Pergi' lakonan Azam Pitt dan Wanna Ali pada Ahad, 2 Julai 2023, pukul 9:15 malam di TVS Saluran 122 Astro & MYTV.

Judu : 90 Hari Sebelum Cinta Pergi
Waktu Siaran: Ahad, 2 Julai 2023, 9:15 malam
Rangkaian: TVS TV
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
Pelakon: Azam Pitt, Wanna Ali, Dee Dee 

Sinopsis 90 Hari Sebelum Cinta Pergi

Zana dan Tini tinggal serumah. Zaki, seorang penyanyi tinggal bersebelahan mereka. Tini yang meminati dan melayan Zaki dengan baik. Zaki yang sering mengambil kesempatan ke atas Tini tidak disukai oleh Zana.

Zana mempunyai tanggapan buruk terhadap selebriti disebabkan kisah silam keluarganya. Manakala, Zakee pula merupakan seorang selebriti. Apakah yang terjadi antara mereka? Adakah Zakee mampu merubah tanggapan Zana?

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi

 


Tonton telefilem khas Aidiladha, Lembu Ghini lakonan Izzy Reef dan Syaffiq Sahli pada 29 Jun ini, pukul 3.00 petang di TV2.

Judu :  Lembu Ghini #lembughini
Waktu Siaran: Khamis, 29 Jun 2023, 3:00 petang
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Pengarah: Emdy Idris
Produksi: AR Factor Resources Sdn Bhd
Pelakon: Izzy Reef, Syaffiq Sahli, Juita Johari, Ily Mokhtar

Sinopsis Lembu Ghini
Ghani seorang pemuda yang kurang sempurna akal, nekad untuk mengorbankan lembunya, Lambo demi memenuhi cita-cita abangnya. Dia dan ibunya bekerja keras bagi menampung keluarga dan membiayai pelajaran abangnya, Mustafa. Ghani sering mempersoalkan mengapa dia perlu berkorban untuk abangnya.

Telefilem Lembu Ghini Lakonan Izzy Reef, Syaffiq Sahli

 


Tonton Drama bersiri terbaru dari Gempak Original Series, Persepsi akan menghantui anda bermula 29 Jun 2023, 11 Malam di Astro Ria dan Astro Go.

Judu: Persepsi #persepsi
Tarikh Tayangan: 29 Jun 2023
Waktu Siaran: Khamis, 11 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: June Tan
Pengarah: Tony Pietra Arjuna
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Daya
Julia Farhana Marin sebagai Nadia
Alicia Amin sebagai Jessie
Fezrul Khan sebagai Shah
Ali Reza
Josiah Hogan sebagai Kai
Jasmine Kaar sebagai Carmen
Azwan Serigala
Hariz Othman sebagai Sargant Lokman
Hasnul Rahmat sebagai Ins Rashidi
Izzendra

Sinopsis Persepsi

Apabila lima rakan pergi bercuti di sebuah villa yang terpencil, niat untuk "healing" jadi sebaliknya. Dari gembira menjadi ragu. Ada sesuatu di villa itu. Apa sebenarnya yang terjadi? Villa itu berhantu atau manusia berjiwa hantu cuba buat sesuatu?



Drama Persepsi Lakonan Mimi Lana,Fezrul Khan