Tonton drama Syurga Itu Bukan Mudah arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling akan disiarkan di Astro Ria pada bulan November ini.

Judul : Syurga Itu Bukan Mudah #Syurgaitubukanmudah
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 6 November 2023
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Farid
Anna Jobling sebagai Aileen
Dynas Mokhtar sebagai Umira
Fadhli Masoot sebagai Arman
Alya Iman sebagai Fara
Dian P Ramlee sebagai Aminah
Steve Yap sebagai Musthapa Chan
Bulan Terry sebagai Natalie
Amir Nafis sebagai Zayn
Ahmad Syafiq sebagai Engku

Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah
Terlukanya hati seorang isteri iaitu Aileen apabila suaminya Farid yang selama ini memenuhi kriteria sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang bersembunyi disebalik perwatakan yang nampak baik zahirnya tetapi kini terserlah batinnya cintakan keduniaan berkiblatkan nafsu. Apakah akan terjadi dengan perkahwinan Aileen dan Farid?

Para Pelakon Syurga Itu Bukan Mudah






Drama Syurga itu Bukan Mudah Lakonan Amir Ahnaf,Anna Jobling

 


Saksikan drama seram komedi Cik Lang Swe bermula 26 Oktober ini 2 episod setiap Khamis di Tonton. Strim melalui aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my

Judul: Cik Lang Swe #ciklangswe
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2023
Penulis Skrip: Afmy, Mariana Hashim
Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi: Tsar Asia Sdn Bhd

Lagu Tema (OST)
Metafor - Harissa Adlynn

Watak Pelakon
Dini Schatzmann sebagai Cik Lang Swe
Harissa Adlynn Halim sebagai Ponti Su
Ezzrin Loy sebagai Ponti Dol
Amy Nur Tinie sebagai Seri Ponti Wang
Safwan Nazri sebagai Poco
Ayunie sebagai Mak Lang
Jazmy Juma sebagai Hafiz
Sarah Monika sebagai Ponti Nana
Emerlia Feronika sebagai Lang Gigi
Phirdaus Khardini sebagai Pak Yo

Sinopsis Cik Langswe
Cik Lang Swe (Dini Shatzmann) merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.

Lang Swe yang ingin menjalani kehidupan normal sering dibuli kerana sifatnya yang baik hati serta bersopan santun. Ia sememangnya bertentangan dengan keperibadian yang wajar bagi spesis hantu. Namun, semangat Lang Swe tidak pernah pudar kerana dia mempunyai impian untuk meninggalkan kampung bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular.

Pada suatu hari, Ratu bagi segala hantu bagi puak Pontianak, Seri Ponti Wang (Amy Nur Tinie), telah memberi kejutan kepada rakyatnya dengan mengumumkan persaraannya. Keputusannya itu dibuat atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya baharunya sebagai pempengaruh di media sosial.

Lalu, Ponti Wang telah mengisytiharkan bahawa takhta untuk memerintah semua hantu kini menanti pemerintah baharu. Namun, pemerintah baharu itu hanya boleh dipilih daripada pemenang acara berprestij hantu iaitu Olympictu.

Peraturannya begitu mudah. Hantu yang paling banyak mengumpul jeritan manusia akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan memegang takhta pemerintah Kampung Temu Jodoh yang baharu.

Setelah berabad-abad kekal kalah, puak Langsuir berharap untuk menuntut semula takhta yang telah dirampas daripada mereka. Mak Lang percaya bahawa hanya Lang Swe sahaja yang boleh memenangi Olympictu.

Lang Swe yang dilanda rasa panik telah cuba melarikan diri dengan bantuan daripada rakannya, Poco. Namun, dirinya sering ditemui. Akhirnya, Lang Swe terpaksa menjalani latihan. Antara aktiviti yang perlu dilakukannya termasuk memanjat pokok, berlatih gelak tawa yang menyeramkan dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada imej yang menakutkan.

Pada masa yang sama, Lang Swe telah jatuh hati terhadap waris Pontianak, PontiSu (Harissa Adlynn). Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka tidak merestui hubungan yang terjalin, PontiSu telah bertunang dengan PontiDol (Ezzrin Loy).

PontiDol adalah pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe. Lebih memburukkan keadaan, kaum manusia dibelenggu masalah pecah masuk dan rompakan oleh manusia yang bertopengkan hantu. Topeng yang digunakan itu menyebabkan hantu yang dipersalahkan.

Cik Lang Swe bukan sahaja perlu memenangi Oplympictu. Dia juga perlu mencari pesalah yang mengganggu manusia. Selain itu, dia juga mesti memenangi hati PontiSu. Mampukah dia menjayakan semuanya?

Drama Cik Lang Swe Lakonan Dini Schatzmann,Ezzrin Loy

 


Tonton drama 'I Love You, Stupid' adaptasi dari novel karya Allahyarhamah Melur Jelita menampilkan lakonan MK K Clique dan Ezzanie Jasny akan ditayangkan bermula 12 Julai ini di platform penstriman Viu.

Judul: I Love You, Stupid!
Tonton Full Episod:1- 40
Tarikh Tayangan di Viu: 12 Julai 2023
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Lagu Tema: Thank You - Pasya

Watak Pelakon
Ezzanie Jasny sebagai Iris Nur Zakaria
MK K-Clique sebagai Firman Ebrahim
Haidar Hasanudin sebagai Dr Aidan
Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
Lisdawati sebagai Hajah Aminah
Syad Mutalib sebagai Fatimah
Fad Anuar sebagai Faris
Luqman Junaidi sebagai Daus (Firdaus)
Carolina Binur sebagai Azelia
Hanna Halim sebagai Azalea
Ziha Salleh sebagai Violet
Malia Baby sebagai Lara
Musyi sebagai Farina
Alif Hadi sebagai Izahar
Fauzi Nawawi sebagai Hakimi
Aween Ismail sebagai Hanim
Azlan Komeng sebagai Sarjan Hasan
Raff Roslee sebagai Ustaz Zul
Hanna Aqeela sebagai Zubaidah
Adam Corrie sebagai Hakeem
Mas Anizan sebagai Isteri Hakeem
Qistina Raisah sebagai Zainab

Sinopsis I Love You Stupid

Iris Nur, seorang wanita yang mengatur hidupnya sendiri sanggup mengorbankan orang sekeliling demi kepentingan dirinya.

Disebabkan itu, seorang pengawal peribadi, Firman telah diupah untuk menjaga dirinya sepanjang keberadaannya di sebuah misi kemanusiaan.

Namun, hakikat yang Firman dan semua orang tak tahu adalah Iris mempunyai perancangan lain sebenarnya.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama I Love You Stupid Lakonan Ezzanie Jasny,MK K-Clique


Tonton drama bersiri Jangan Lupa Janji akan mengisi slot Tiara di Astro Ria. Drama 45 episod terbitan Juita Viden dibawah arahan Michael Ang. Dibintangi oleh Ben Amir, Uqasha Senrose, Jazmy juma, Angeline Tan dan ramai lagi.

Judul : Jangan Lupa Janji #janganlupajanji
Tonton Full Episod:1- 45
Tarikh Tayangan: November 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petan
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Iqmal
Uqasha Senrose sebagai Rihanna
Jazmy juma sebagai Mikael
Amri Aziz sebagai Arip
Melissa Aurellia sebagai Zulaikha
Alif Muhaimin
Layla Sania
Angeline Tan
Roy Azman
Firdaus Ghufran
Firdaus Safwan

Sinopsis Jangan Lupa Janji
Mona mengambil Ikmal dan Mikail sebagai anak angkat kerana simpati, tetapi tindakan ini ditentang oleh masyarakat sekeliling. Namun, persekitaran telah membentuk sifat berbeza dalam kedua beradik ini.

Ikmal bekerja keras supaya Mikail mendapat pendidikan yang bagus di kolej. Namun Mikail terjerumus dengan pelbagai masalah akibat salah berkawan.
Para Pelakon Jangan Lupa Janji






Drama Jangan lupa Janji Lakonan Ben Amir,Uqasha Senrose

 


Nora (Sharifah Sakinah) kerap diganggu oleh satu lembaga dalam mimpinya. Akibat daripada itu, Nora mengalami depresi sehinggalah perkahwinannya bersama tunang, Mahuzzi (Akmal Ahmad) terpaksa dipercepatkan atas kehendak keluarga yang bimbangkan masalah kesihatannya. Ustaz Ghazali (Aqasha) tahu akan kehadiran Jin yang menganggu Nora selama ini. Pada satu malam, rumah mereka menjadi medan perjuangan Ustaz Ghazali menentang serangan dan gangguan Jin Asyiq tidak bertuan yang liar menyintai Nora serta Aishah, anak saudaranya.

Movie Pendamping

Tonton drama bersiri 'Ratu Lori' arahan Adam Hamid dibarisi pelakon seperti Puteri Sarah Liyana, Hafreez Adam, Aishah Azman, Syaffiq Sahli dan ramai lagi mulai 24 Oktober 2023, setia Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam di TV Okey.

Judul : Ratu Lori #ratulori
Tonton Full Episod:1- 20
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9.00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Rosmadewi Zin, Sharifah Faniza
Pengarah: Adam Hamid
Produksi: Ten View Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Puteri Sarah Liyana sebagai Shima
Hafreez Adam
Aishah Azman
Syaffiq Sahli
Hilal Azman
Aida Khalida
Mas Anizan

Sinopsis Ratu Lori
Mengisahkan tentang Shima, berusia 24 tahun, yang merupakan gadis lepasan kolej dalam bidang akauntan yang cantik jelita. Shima mempunyai abang dikenali sebagai Yusof yang menjalankan perniagaan lori.

Pada suatu hari, Yusof mengalami kemalangan dan patah kaki. Situasi itu menyebabkan Shima terpaksa membantu abangnya membawa lori kerana terdapat jadual kerja yang sudah disiapkan.

Drama Ratu Lori Lakonan Puteri Sarah,Hafreez Adam

 


Tonton drama bersiri Zuriat Dari Penjara mulai 4 November ini, setiap Jumaat hingga Jumaat, 6:45 petang di TV1.

Judul: Zuriat Dari Penjara #zuriatdaripenjara
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: 4 November 2023
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Roziesham Haron
Produksi: Double Channel Sdn Bhd

Lagu Tema: Sujud - Linda Rafar

Watak Pelakon
Wafariena Roslan sebagai Shara
Josiah Hogan sebagai Zaman
Rasya Dean sebagai Erina
Syed Aiman sebagai Rijaluddin
Linda Rafar sebagai Adelia
Danny Anwa sebagai Amar
Mubarak Majid sebagai Zakariyya
Aliza Rafar sebagai Munirrah
Jesse Lim sebagai Dato Adam Wong
Addam Roslan sebagai Azlan
Nuzul Harisyah
Adik Ebrahim Danie

Sinopsis Zuriat Dari Penjara
Kisah Shara, seorang wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya untuk mengejar kekayaan tanpa meyedari diriya ditipu.

Drama Zuriat Dari Penjara Lakonan Wafariena Roslan,Josiah Hogan

 


Saksikan drama bersiri Seloka Asmara Buat Kemboja arahan Ejump Mohd mulai 17 Oktober 2023, setiap Isnin hingga Khamis, 6:45 petang di slot Widuri TV1.

Judul: Seloka Asmara Buat Kemboja #selokaasmarabuatkemboja
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Neraca Era Sdn Bhd

Watak Pelakon
Julia Farhana Marin sebagai Kemboja
Amir Nafis sebagai Asyraf
Mior Hashim Manap sebagai Dato Meor Shariman
Susan Lankester sebagai Dahlia Estella
Zac Zaki sebagai Teruna
Zalfa Zin sebagai Farhana
Khaliela sebagai Cempaka
Darren Ngai sebagai Benedict
Amy Nur Tinie sebagai Puteri
Chef Fikree sebagai Prof Fauzan
Nazia Mustafar sebagai Dr Hawa
Rosdeen Suboh sebagai Prof Khusyairi
Saiful Wazien sebagai Hayat
Hannah Lee sebagai Nora
Hana Tiha sebagai Aqila
Mulla sebagai Nikki

Lagu Tema
Lagu: Misteri Cinta
Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan & Ziana Zain

Sinopsis Seloka Asmara Buat Kemboja
Kemboja yang merupakan seorang pensyarah berkawan dengan Asyraf, seorang pemilik syarikat pengiklanan antarabangsa yang mementingkan Bahasa inggeris dan budayanya.

Asyraf ke rumah Kemboja untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Kemboja kaya dengan budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Asyraf rasa kekok dan rasa dirinya telah diperbodohkan oleh keluarga Kemboja. Kemboja kecewa dengan Asyraf yang cepat mengalah. Kemboja turut kecewa dengan ayahnya kerana tindakannya melayan Asyraf. Kemboja perang dingin dengan ayahnya.

Dato Meor memberi peluang kedua pada Asyraf dengan syarat Asyraf perlu faham dan memahami bangsa Melayu dalam tempoh sebulan. Kemboja membantu Asyraf untuk mengikuti kelas sejarah, budaya dan bahasa Melayu bersama profesor di universitinya.

Seloka Asmara Buat Kemboja Lakonan Julia Farhana Marin,Amir Nafis

 

Tonton Filem seram, Memburu merupakan hasil idea Jaafar Taib dan diarahkan oleh SK akan datang di Astro First pada 19 Oktober 2023.

Judul Memburu #memburu
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2023
Skrip & Idea Asal: Jaafar Taib
Pengarah: SK
Produksi: BR-V Immortal Production

Watak Pelakon
Fauzi Nawawi sebagai Ridzuan
Shah Iskandar sebagai Dr. Hanif
Puteri Sarah Liyana sebagai Dr. Azizah
Soffi Jikan sebagai Bomoh
Serra Kamal sebagai Mastura
Cathy Ikhwan sebagai Anggun

Sinopsis Memburu
Mengisahkan tentang Ridzuan, seorang ayah yang sanggup melakukan apa saja demi untuk anaknya. Seorang ayah yang membuat keputusan yang salah dalam situasi putus asa dan akhirnya memakan dirinya sendiri dan anak kesayangannya. Seorang gadis malang dikorbankan sebelum dia dapat memenuhi hajat ibunya. Seorang doktor yang tamak pulak mengambil kesempatan untuk menghasilkan keuntungan jutaan ringgit hanya untuk hidup dalam kemewahan.

Saksikan bagaimana keegoisan dan keserakahan mereka, sanggup membunuh seorang gadis miskin dengan kejam dan Rohnya bangun dari persemadiannya untuk menuntut bela dan membunuh pengkhianat disebalik mautnya.

Movie Memburu

 


Tonton drama bersiri Surat Dari Tuhan yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan Mohd Fazli Yahya, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Trisha Oo dan ramai lagi.

Judul : Surat Dari Tuhan #suratdarituhan
Tonton Full Episod: 1-30 #suratdarituhan
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Soula Nordin
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Ryan
Janna Nick sebagai Misha
Ummi Nazeera sebagai Suzana
Wanns Ahmad sebagai Uzair
Trisha Ooi
Sheila Hassan
Balkisyh Semundur Khan
Qistina Raisah
Shahidan Izwan
Qayra El
Meor Mohd
Nik Ramly Rejab
Arash Mohd


Sinopsis Surat Dari Tuhan
Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha (Janna Nick) yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah. 

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Para Pelakon Surat Dari Tuhan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Surat Dari Tuhan Lakonan Shukri Yahaya,Janna Nick

 

Famili Duo Musim 3 adalah sebuah rancangan realiti TV3 yang menampilkan enam pasangan peserta, terdiri daripada selebriti popular dengan ikatan kekeluargaan. Lapan episod program nyanyian ini akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dengan pengacara Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos, manakala Ajai dan Mas Idayu berperanan sebagai pasangan juri tetap. 
Rancangan ini disokong oleh penaja utama, Ogawa, dengan tajaan bersama dari Elegent Cosmetic dan rakan penaja, Centrum. Ia menghadirkan pasangan selebriti terkenal yang memiliki hubungan kekeluargaan atau persaudaraan, bersaing dalam tema yang berbeza setiap minggu. 
 
Hadiah kemenangan mingguan sebanyak RM10,000 menanti pemenang pada tujuh episod pertama. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk meraih hadiah utama sebanyak RM100,000 pada peringkat akhir! Pemarkahan pertandingan ini akan ditentukan oleh kombinasi penilaian juri tetap sebanyak 70%, disertai dengan undian dalam talian oleh penonton yang menyumbang sebanyak 30%. Famili Duo 

Musim 3 dengan slogan "Berduo Lebih Baik!" akan memulakan tayangan pada 15 Oktober 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran TV3, atau boleh disaksikan secara dalam talian (online) melalui laman web serta aplikasi Tonton. Rancangan ini dimeriahkan dengan penglibatan OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital serta Hot FM selaku Famili Radio. 


Senarai Peserta 
Musim ketiga ini membariskan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, sebagai pasukan peserta yang akan memberikan warna unik kepada pertandingan. Mereka terdiri daripada :- 
 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) 
3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) 
5. Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) Identiti pasangan keenam hanya akan diumumkan semasa konsert minggu pertama yang akan ditayangkan pada 15 Oktober 2023. 

Cara Undi Setiap penonton boleh memberikan undian sebanyak 10 kali setiap minggu untuk pasangan duo kegemaran. Penonton yang melanggan TontonUP, bagaimanapun, mempunyai keistimewaan untuk membuat undian sebanyak 50 kali. 



Lagu Tugasan 
Minggu 1 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah - Menggegar Dunia (Stacy & Adam AF) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran - Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam) & Berdua Bersatu (Forteen) 3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi - Dikir Puteri (Noraniza Idris) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery - Santai (Faizal Tahir) 
5.Fuad Rahman dan Tom - Tiada Lagi (Amy Search) 
6 . "K" & Suaminya (pasangan peserta yang masih dirahsiakan) - Ikan Dalam Kolam (Elcorona Gambus, Madena Music), Kopi Dangdut (Fahmi Shahab) & Dag Dig Dug (Haiza) 
 *Lagu tugasan akan dikemaskini pada setiap minggu. 

 Keputusan Markah Mingguan Peserta *Akan dikemaskini setiap minggu.

Famili Duo (2023)Tv3 Musim 3 :Senarai Peserta ,Lagu Tugasan ,Keputusan Mingguan Serta Cara Undian

 

Drama Luruhnya bunga cinta bakal berakhir pada 16 hb 2023 ini drama yang diadaptasi dari drama Autumn In My Heart ini hanya disiarkan sebanyak 20 episod dari jumlah episod sebenar iaitu 40 episod

 Kemungkinan akan disambung pada musim kedua tapi belum diketahui tarikh sebenar tayangan tersebut. drama yang bermula pada awal 10 tersebut merupakan sebuah kisah apabila dua orang bayi perempuan tertukar semasa kecil dan dijaga oleh kedua keluarga yang berbeza dari segi darjat yang mana hanya diketahui selepas beberapa tahun .

Janita dan Adita yang merupakan ibubapa kepada Nuha dan Nuh telah melahirkan anak keduanya iaitu nuha di hospital biasa yang mana disitulah bermula tragedi penukaran bayi perempuan mereka iaitu Nuha dan Aara,

Keduanya memiliki perwatakan yang berbeza kerana dibesarkan dalam keadaan keluarga tidak sama dimana Nuha dilihat lebih lembut dalam berbicara manakala Aara lebih kepada kasar. Kisah meraka berada dipuncak apabila Nuha telah jatuh hati terhadap abangnya yang pada mula beliau sendiri tidak tahu begitu juga Nuh yang merasakan perkara yang sama perkara ini telah diketahui oleh ibunya lalu telah dipertemukan meraka berdua semasa makan malam yang disediakan ibunya. 

 Bagaimanakah kesudahan ceritanya tunggu episod yang akan disiarkan di IQYI dan Tv3 Malaysia.

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart Episod Akhir 16 hb 2023 ini