Ajal dan maut bukanlah kita yang tentukan ,walaupun sejauh mana kita menjauhinya ia tetap akan hadir bila sampai waktunya  yang membezakan adalah bagaimana ia terjadi dan bila akan berlaku.Insiden terjadi dua hari lepas pula begitu menyayat hati apabila ia melibatkan seorang frontliner yang sedang keluar untuk menjalankan tugas

Motor yang Dinaiki Hilang kawalan Dan terbabas

Melalui satu perkongsian di facebook Penang Kini ,seorang anggota polis telah menemui ajalnya apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu tidak dapat dikawal dan menggakibatkan Allahyarham Mohd Syafiq Bin Ishak telah tercampak kedalam longkang berhampiran sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Valdor-Tasek Pulau Pinang dan menurut Aina Fadzlina yang merupakan kakak ipar, kecelakaan berkenaan difahamkan berlaku ketika beliau sedang bertugas





Allahyarham tinggalkan seorang isteri bersama 4 orang anak yang masih kecil termasuk bayi lelaki berusia 8 bulan, Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Chenerai,Kuala Pegang Kupang, Kedah.Semoga roh Allahyarham Kpl 187880 Mohd Syafiq bin Ishak dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin.




Sedih Anggota Polis Temui Ajal Ketika Bertugas,Tidak Sempat Pulang Jumpa 4 Anak Termasuk Bayi

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini, 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5, 728 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209,661.

Menerusi kiriman daripada Twitter KKM memaklumkan bahawa terdapat 3,805 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 161,527.

Daripada jumlah baru pesakit Covid-19, secara tidak langsung meningkatkan jumlah kes aktif kepada 47,388. Justeru, terdapat 319 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 120 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 13 kematian dilaporkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian terus meningkat kepada 746 kes.




Senarai jumlah kes positif mengikut negeri.

Seperti yang dilihat di infografik di bawah menunjukkan Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes. Daripada itu, Johor juga catat kes tinggi dengan 792 kes.

Setakat hari ini, negeri Perlis sahaja tidak mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

COVID-19;  30 Jan 2021

J sembuh baru: 3,805
J kumulatif sembuh: 161,527 (77.04 %)

J kes baru; 5,728
J kumulatif:209,661
J kes aktif:47,388

Kes tempatan:5,723 
Kes import:5 (2WN, 3BWN)

J kematian:13 (12WN, 1BWN)
J kumulatif:746 (0.36 %)

J kes di ICU:319
Pesakit Intubated:120






TERKINI:Paling Tinggi Hari Ini, 5,728 Kes Positif Covid-19

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,275 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes positif baharu serta kes sembuh pada hari ini adalah merupakan paling tinggi pernah dilaporkan.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 180,455 kes secara keseluruhan.

Daripada 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,264 merupakan kes tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 42,769 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Status Terkini #COVID19, 23 Januari 2021 
Kes sembuh=4,313
Jumlah kes sembuh=137,019 kes 
Kes baharu positif=4,275 kes (4,264 tempatan, 11 import) 
Jumlah positif=180,455
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=667 kes 
Kes dirawat di ICU=260 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=103



Terdapat 260 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 667 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,313. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 137,455 kes. Kes discaj pada hari ini juga dilaporkan merupakan paling tinggi pernah dicatatkan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 667 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

TERKINI:Paling Tinggi 4,275 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 7 Kes Kematian Baharu

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat penambahan kes positif Covid-19 iaitu 4008 kes. Sehubungan dengan itu, sebanyak 2,374 kes telah sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 169,379 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di negara kita mencecah 41, 087 kes. Daripada jumlah tersebut terdapat 246 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 96 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumakan bahawa terdapat 11 kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 630 kes.

Jumlah kes harian hari ini, 20 Januari 2021 merupakan antara kes tertinggi yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Senarai pecahan bilangan kes positif Covid-19 di seluruh negara setakat hari ini, 20 Januari 2021.

Status Terkini #COVID19, 20 Januari 2021 
Kes sembuh=2,374
Jumlah kes sembuh=127,662 kes 
Kes baharu positif=4,008 kes (4,003 tempatan, 5 import) 
Jumlah positif=169,379
Kes kematian=11
Jumlah kes kematian=630 kes 
Kes dirawat di ICU=246 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=96 kes




Sumber:KKM



TERKINI: 4,008 Kes Positif Baharu Covid-19, Selangor Catat 1,391 Kes Positif Hari Ini

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 3,306 kes baharu positif Covid-19  pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 161,740.

Dan 4 Kematian Direkodkan ,kini jumlah kematian keseluruhan sebanyak 605 Kes ,manakala yang masih dirawat ICU sebanyak 226 Kes bagi mereka yang menggunakan Bantuan Alat Penafasan ialah sebanyak 94 Kes

Status Terkini #COVID19, 18 Januari 2021 
Kes sembuh=2,293
Jumlah kes sembuh=122,344 kes 
Kes baharu positif=3,306 kes (3,299 tempatan, 7 import) 
Jumlah positif=161,740 
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=605 kes 
Kes dirawat di ICU=226 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=94 kes



Sumber:KKM

TERKINI : 3,306 Kes Harian Baharu Covid-19 Dan Empat Kematian


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 3,339 kes baharu positif Covid-19  pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kini sebanyak 158,434.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,782," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
 

Status Terkini #COVID19, 17 Januari 2021 
Kes sembuh=2,676
Jumlah kes sembuh=120,051 kes 
Kes baharu positif=3,339 kes (3,324 tempatan, 15 import) 
Jumlah positif=158,434
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=601 kes 
Kes dirawat di ICU=240 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=93 kes




Sumber:KKM

TERKINI :3,339 Kes Harian Baharu Covid-19 Dan Tujuh Kematian

 


PUTRAJAYA, 16 Jan – Kes harian baharu COVID-19 kini sudah melepasi angka 4,000 apabila sebanyak 4,029 kes dilaporkan hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laporan terkini memaklumkan, jumlah kumulatif kes sudah meningkat ke 155,095 kes.

Dalam pada itu, 2,148 kes sembuh turut direkodkan, menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat kepada 117,375 kes.

Terdapat juga lapan kematian baharu hari ini.

Maklumat lanjut menyusul.

Status Terkini #COVID19, 16 Januari 2021 
Kes sembuh=2,148
Jumlah kes sembuh=117,375 kes 
Kes baharu positif=4,029 kes (4,021 tempatan, 8 import) 
Jumlah positif=155,095
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=594 kes 
Kes dirawat di ICU=205 kes 
Bantuan Alat Pernafasan=79 kes

Labuan
12 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan

Perlis
14 saringan kontak rapat

Perak
10 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Taman Juta)
30 saringan kontak rapat
13 lain-lain saringan

Melaka
4 kluster sedia ada 
36 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Putrajaya
3 kluster sedia ada
19 sairngan kontak rapat
13 lain-lain saringan

Terengganu
35 kluster sedia ada
22 saringan kontak rapat
23 lain-lain saringan

Sarawak
50 klusster sedia ada
18 lain-lain saringan
1 import

Pahang
1 kluster sedia ada
8 kluster baharu (Kampung Lebu)
41 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan

Kedah
19 kluster sedia ada
62 saringan kontak rapat
114 lain-lain saringan

Kelantan
45 kluster sedia ada
63 saringan kontak rapat
33 lain-lain saringan

P.Pinang
36 kluster sedia ada
46 saringan kontak rapat
38 lain-lain saringan

Sabah
8 kluster sedia ada
335 saringan kontak rapat
106 lain-lain saringan

KL
94 kluster sedia ada
129 saringan kontak rapat
117 lain-lain saringan
7 import

N.Sembilan
41 kluster sedia ada
50 kluster baharu (Jalan Permata)
74 saringan kontak rapat
49 lain-lain saringan

Selangor
486 kluster sedia ada
675 saringan kontak rapat
305 lain-lain saringan

Johor
348 kluster sedia ada
163 kluster baharu (Jalan Sembrong, Tembok Nanas & Senai Cyber)
143 saringan kontak rapat
65 lain-lain saringan


sumber:KKM

TERKINI COVID-19: Paling Tinggi Lepasi Angka 4k, KKM Maklumkan 4,029 Kes Baharu Hari Ini

 


Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini.

Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif.

Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah dipekkan dan 1,812 daripadanya telah diedar untuk dijual di pasaran.

Ahli virologi Universiti Leeds, Dr. Stephen Griffin berkata, ujian positif COVID-19 aiskrim tersebut didakwa berpunca daripada hubungan manusia dan bersifat ‘one-off’.

“Ia mungkin daripada masalah dengan kilang pembuatannya dan berpotensi disebabkan faktor kebersihan di kilang.

“Aiskrim yang dibuat dengan lemak, kemudian disimpan pada suhu sejuk akan memudahkan virus tersebut bertahan,” katanya kepada SkyNews, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun jelasnya, orang awam tidak perlu terlalu panik dan gusar tentang kes itu.

Ekoran penemuan tersebut, pihak perbandaran mendakwa telah melakukan langkah penutupan  semua premis sejuk beku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jualan produk tersebut.

Ketika ini, sebanyak 65 kotak aiskrim yang telah dijual di pasaran berada di bawah pemantauan untuk dibuat ujian.

Manakala orang awam di sekitar wilayah tersebut yang telah membelinya diminta untuk melaporkan tahap kesihatan dan pergerakan mereka bagi tindakan lanjutan.

Sumber: China Daily / Mail Online 

Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim