India – Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra.

Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut.

Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh diperiksa.

Para pegawai menjumpai rakaman perbuatan itu yang menunjukkan bahawa kesemua tertuduh didakwa merogol biawak itu secara beramai-ramai.

Pegawai hutan yang ditempatkan di hutan simpan Sangli mengesan tertuduh dengan bantuan rakaman CCTV di mana mereka boleh dilihat berkeliaran di dalam hutan itu.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa tiga tertuduh datang dari Konkan ke kampung Chandoli Kolhapur untuk memburu.

Difahamkan, pihak hutan akan membawa perkara tersebut kepada Mahkamah Keseksaan India untuk membincangkan pertuduhan terhadap tertuduh.

Bagi yang belum tahu, biawak Bengal Monitor adalah spesies terpelihara di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1973.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didakwa dengan hukuman penjara tujuh tahun.

Sumber: India Today

Empat Lelaki Ditahan, Didakwa Rogol Biawak Secara Beramai-Ramai

 

Taktik seorang wanita dari China memperdayakan enam lelaki dengan bermodalkan cinta palsu demi mendapatkan kemewahan akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, lapor laman Oddity Central kelmarin.

Wanita hanya dikenali sebagai Mao, 42, itu ditahan baru-baru ini selepas didapati menipu enam lelaki separuh umur sepanjang bulan Julai hingga Disember tahun lepas.

Dia berpura-pura mencintai lelaki-lelaki itu dan meminta pelbagai barangan termasuk telefon pintar, komputer, pakaian serta wang tunai.



Taktiknya bagaimanapun berjaya dihidu salah seorang mangsanya, Yu, selepas menerima pelbagai alasan daripada Mao yang berjanji akan mengahwininya.

Menurut akhar Daily Economic News, personaliti menarik dan wajah jelita Mao membuatkan Yu menyukai wanita itu selepas mereka berkenalan menerusi sebuah laman temu janji.

Meskipun wanita itu meminta pelbagai hadiah daripadanya selain wang tunai, Yu tidak pernah menolak. Bagaimanapun, Mao sering memberi pelbagai alasan setiap kali Yu menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan keluarga wanita itu.

Namun, selepas Yu memberi wang kepada Mao untuk membeli pakaian pengantin serta menempah lokasi dan perhiasan perkahwinan, wanita itu sering memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan majlis mereka.


Disebabkan mula berasa curiga, Yu meminta Mao membayar kembali semua wang yang pernah diberikan. Apabila wanita itu enggan menurutinya, Yu membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati bahawa Yu merupakan satu daripada enam mangsa lain yang diperdaya Mao dalam tempoh Julai dan Disember 2021 dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Siasatan bagi kes itu masih berjalan, namun polis berkata, mereka mempunyai bukti-bukti bagi kegiatan Mao dengan jumlah kerugian akibat penipuan sebanyak 150,000 yuan (RM99,597) sepanjang tempoh enam bulan. – AGENSI 

sumber:

Wanita Ini Kikis Rm99K dengan bercinta Enam Lelaki Serentak

 

Adik Rayan Meninggal Dunia, Seluruh Dunia Bersedih1

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah perigi sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ibarat ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara dengan ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Kanak-kanak yang terjatuh pada kedalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.

Bagaimanapun, susulan daripada kemalangan tragis ini yang mengorbankan nyawa seorang anak kecil, Ryan Oram, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.

Di media sosial terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan menjadi ‘trending’ di seluruh dunia menyatakan kegembiraan mereka namun selepas beberapa minit kenyataan sedih umum adik Rayan pergi buat selamanya. Pemergian anak ini amat dirasai. Alfatihah, syurga buatmu si anak kecil.



kredit: BBC 

Adik Rayan Meninggal Dunia, Seluruh Dunia Bersedih

 

Setelah Berkorban Derma Buah Pinggag Pada Teman Lelaki

Seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah menderma buah pinggang kepada teman lelakinya mendakwa dia telah ditipu dan ditinggalkan hanya beberapa bulan selepas menjalani pembedahan.

Wanita yang berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa dia sanggup berbuat demikian untuk ‘menyelamatkan’ teman lelakinya akibat penyakit buah pinggang kronik yang dialami sejak di usia remaja.

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan dialisis ketika berusia 17 tahun dan diberitahu bahawa buah pinggangnya hanya berfungsi kurang daripada lima peratus.

Selain itu, wanita tersebut mengambil keputusan itu apabila doktor mengesahkan bahawa buah pinggangnya serasi dengan teman lelakinya dan mereka berdua akan pulih sepenuhnya berikutan prosedur yang berjaya.

Namun, setelah sepuluh bulan selesai menjalani pemindahan buah pinggang, wanita itu mendakwa teman lelakinya tidak setia dan bertindak menuduh dirinya melakukan pemindahan itu hanya ‘untuk kelihatan baik.’

Dalam satu video, wanita itu berkata: “Saya memutuskan untuk menjalani ujian ini sebab merasakan bahawa dia adalah pasangan serasi dan saya tidak mahu melihat dia mati. Saya sangat gementar.”

Dalam klip seterusnya, wanita itu menjelaskan bahawa hubungan pasangan itu berubah selepas teman lelakinya menghadiri sebuah majlis di Vegas bersama rakan-rakan setelah tujuh bulan menjalani pembedahan.

Namun begitu, dia terkejut apabila teman lelakinya mengaku bahawa dia telah menipu wanita tersebut sebelum memutuskan hubungan mereka tiga bulan kemudian.

“Setelah itu, banyak pertengkaran yang telah berlaku dan saya membuat keputusan untuk memaafkan dan memberinya peluang kedua.

”Tiga bulan kemudian, dia bertindak untuk memutuskan hubungan kami dan berkata sekiranya kami ditakdirkan bersama, kami pasti akan berjumpa semula,” katanya.

sumber: Mirror

Wanita Ini Ditinggalkan,Setelah Berkorban Derma Buah Pinggang Pada Teman Lelaki

 

Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.


Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui hari ini termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.-foto EPA












Kapal Selam KRI Nanggala 402 Indonesia Ditemui ,53 kelasi maut

 


Seorang wanita di Brazil didakwa ditahan atas tuduhan membunuh anak perempuannya sendiri dengan kejam di mana mata mangsa dicungkil manakala lidahnya dipotong menggunakan gunting sebelum memakannya.

Suspek dilaporkan ditahan di rumahnya ekoran pembunuhan kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun di bandar Sao Cristovao di perbandaran Maravilha.

Perbuatan yang mengerikan itu dipercayai berlaku pada 24 Januari yang lalu ketika datuknya ternampak darah mengalir dari saluran pembuangan. Sebaik sahaja melihat darah tersebut, lelaki itu terkejut apabila mendapati cucunya yang tidak bernyawa lagi.

Menurut laporan, mayatnya ditemui dalam keadaan matanya dicungkil dan lidah dipotong. Penyiasat mendakwa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan gunting. Malah, lelaki tersebut memberitahu pihak polis bahawa leher cucunya itu berwarna ungu.

Hal ini, lelaki berkenaan bergegas menghubungi pihak polis untuk datang ke rumah dan menahan ibu mangsa yang disyaki suspek pembunuhan itu. Namun begitu, suspek dipercayai menafikan dakwaan yang berlaku.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan menderita masalah kesihatan mental termasuklah mengalami kemurungan. Kini, suspek dihantar dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ngeri, Ibu Didakwa Bunuh Anak, Mata Dicungkil Dan Lidahnya Dipotong Dengan Gunting Sebelum Dimakan

 

Penggayaan rambut yang ‘bermacam rupa’ telah berubah dari zaman ke zaman, sama juga seperti kaedah pemotongan yang digunakan, kebanyakkan telah beralih kepada teknologi moden yang lebih memudahkan si pemotong rambut.


Menarik perhatian, apabila seorang tukang gunting rambut di China ini masih mengekalkan cara tradisional dalam kerjayanya. Dia menggunakan batang besi yang panas untuk memotong dan menggayakan rambut pelanggan.

Huang Faxian, tukang gunting rambut berusia 91 tahun yang telah melakukan pekerjaan memotong rambut selama lebih dari 70 tahun. Huang memasukkan bar yang dipanaskan ke dalam air untuk menyejukkannya sedikit dan mengambilnya menggunakan kain lalu menggerakkan ke atas rambut pelanggan.




Terletak di lorong, kedai Huang dibuka pada tahun 1947. Dia mengatakan kaedahnya sudah terbiasa dilakukan sejak masa lalu. Salun rambut masih berpegang pada cara lama dan telah menjadi popular di kalangan orang muda.

Huang telah melayani pelanggan selama beberapa dekad. Dia adalah salah satu daripada beberapa tukang gunting rambut yang masih menggunakan teknik tradisional.

Salon Huang telah menjadi sensasi internet dan menarik pengunjung dari negara asing, katanya.





Sumber:South China Morning Post 

Atuk ini Potong Rambut Pelanggan Guna Besi Panas,Kekalkan Cara Tradisional

 


Jodoh, rezeki dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sumatera Utara apabila majlis perkahwinan yang dirancang bersama pasangan musnah apabila dia meninggal dunia akibat kecelakaan.

Lebih menyedihkan, kejadian tragis yang menimpa Widia Wati (24) dari Desa Tanjung Purba, Daerah Tanjung Morawa itu berlaku kurang dua minggu menjelang hari pernikahannya.

Memetik laporan Tribun News, arwah yang merupakan pekerja swasta di sebuah perusahaan motosikal di daerah tersebut meninggal dunia pada Sabtu (16/1/2021) setelah tersepit lif di tempat kerja.

”Perancangannya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari adalah majlis resepsi di rumahnya tetapi mangsa meninggal dunia kerana tersepit lif,” kata Ketua Desa Tanjung Baru, Azman Ginting kepada Tribun News.

Katanya, keluarga arwah hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu setelah arwah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat.

Ahli keluarga dan bakal suaminya dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dibawa pulang apatah lagi apabila persiapan perkahwinan telah siap dilakukan selain foto ‘pre-wedding’ yang menjadi kenangan terakhir arwah.

Sumber: Tribun News

Sedih Bakal Pengantin Maut Tersepit Lif