Travelawak Projek Bapak Bapak sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna dimana geng bapak bapak bercuti tanpa isteri dan melakukan beberapa cabaran seperti bungee jump, waze swinger, masuk rumah hantu dan macam-macam lagi cabarannya.

Rancangan Travelawak Projek Bapak Bapak menampilkan Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali. Travelawak Projek Bapak Bapak episod 1 mula bersiaran pada hari Khamis, 23 Mac 2023, pukul 9.00 malam hanya di saluran 107 Astro Warna, Sooka atau Youtube Channel Astro Gempak.

JUDUL : TRAVELAWAK : PROJEK BAPAK BAPAK
Mula siaran : 23 Mac 2023
Waktu siaran : Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV/Platform penstriman : Astro Warna (CH107), Sooka atau Youtube Channel Astro Gempak

Mampukah geng bapak bapak menyahut cabaran yang tak pernah dilalukan sebelum ini? Saksikan gelagat geng bapak bapak yang mencuit hati dalam rancangan Travelawak : Projek Bapak Bapak setiap Khamis pukul 9.00 malam di Astro Warna.

#Bapak 1
Roy Azman
Pelakon, pelawak, DJ Radio
Hobi : Menggangu ketenteraman awam

#Bapak 2
Dato Ramli MS
Penggubah lagu, konduktor muzik, pemuzik, juri Gegar Vaganza
Hobi : Suka membawang

#Bapak 3
Dato' Jalaluddin Hassan
Pelakon, pengacara
Hobi : Suka menyanyi

#Bapak 4
Jatt Ali
Penyanyi

Travelawak: Projek Bapak Bapak

 


Tahun sebelum ini Datuk Aliff Syukri pernah dikecam hebat kerana mengeluarkan dan menyanyikan lagu sempena hari raya. Muzik video sebelum ini sememangnya tular, namun dikecam dan dikritik kerana keterlaluan dengan kehadiran penari latar yang sangat ‘mengundang’.

Namun tahun ini sekali lagi lagu raya Datuk Aliff Syukri jadi perhatian ramai. Baru sahaja berkongsikan teaser lagu raya menerusi Instagram miliknya, namun video pendek itu telah menjadi bualan hangat warganet.

Mengakui dirinya adalah artis nombor satu negara dengan lagu raya tular selama empat tahun berturut-turut, usahawan ini memaklumkan muzik video penuh bakal ditayangkan dalam seminggu lagi.

Berikut adalah perkongsian video teaser yang sekali lagi jadi tumpuan ramai ini:



Lagunya boleh juga dilayan, namun keunikan pakaian usahawan ini bersama penarinya itu telah menjadi perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur muzik video ini. Malah ada yang tanya adakah Datuk Aliff Syukri tidak serik selepas dipanggil SKMM berkenaan muzik video tahun lalu.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian teaser muzik video tersebut:

“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf”


Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Sekali Lagi Dikritik Berpakaian Ketat, “Macam Baju Bolos Saja Dinding Itu Je”

 


Menurut kanak-kanak, sambutan hari jadi merupakan hari yang dinanti-nanti kerana boleh menhajati sesuatu hadiah selain dapat makan kek!


Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka.

Tular baru-baru ini, seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!


Menerusi video oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.

Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.

Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.

Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.

Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.

Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.

Rakaman menyentuh hati di TikTok ini kini berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 843.4 ribu manakala mendapat sebanyak 99.9 ribu tanda suka!



@faiezahamran happy birthday abg farish rizzqi yg ke8❣️❣️❣️ #birthdayboy #birthday8tahun #muhammadfarish #anakmakayah #fyp #fypã‚· ♬ original sound - Faiezah Amran
sumber:Farish Rizzqi

Budak Lelaki Ini Sebak , Kerana Tak Jangka Hari Jadi Disambut Pada Majlis Orang Lain Punca Netizen Menangis Pagi2

 


Seperti yang kita tahu, ibu bapalah insan yang melahirkan kita ke dunia ini, membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang dengan harapan anak mereka dapat menjadi seorang insan yang berguna kelak.

Pengorbanan ibu bapa janganlah kita abaikan, kerana mereka seperti permata yang sangat bernilai dalam kehidupan kita.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi individu yang tidak menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan melepaskan sahaja tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang sedang dalam kesakitan.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @ceqta_anita baru-baru ini, dapat dilihat ayahnya itu ditinggalkan berseorangan oleh abang-abangnya hampir 1 jam telah meruntun hati orang ramai.

@ceqta_anita

4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..

♬ original sound - ANGLINKTIBANDUNG

Difahamkan, abang-abangnya itu sanggup mengabaikan ayah mereka kerana ayah mempunyai masalah strok.

Situasi berlaku pada 1 Ramadhan yang lalu, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh pengawal keselamatan lalu dimaklumkan bahawa ayahnya sudah ditinggalkan sebegitu lama di tingkat bawah oleh dua orang abangnya.

Wanita itu berasa sangat kesal kerana mereka langsung tidak memberitahu apa-apa maklumat mengenai kejadian tersebut.

Tidak kiralah walau apa pun kesukaran yang melanda, wanita itu mengecam tindakan abangnya kerana tidak wajar mereka berbuat demikian malah sebaiknya duduk bersama-sama dan berbincang elok-elok.

Ini tidak, terus sahaja mengabaikan dan meninggalkan ayahnya tanpa memaklumkan sebarang perkara.

Wanita itu turut meluahkan rasa sebak apabila mengetahui ayahnya itu seakan ‘dibuang’ oleh anaknya sendiri.


Dapat dilihat wanita itu terus menangis setelah melihat ayahnya terduduk di atas sebuah kerusi lusuh bersama dengan beg baju.

Oleh itu, dia berharap agar orang ramai mengambil pengajaran daripada kisahnya itu terutama sekali dalam aspek kita haruslah menghargai ibu bapa kita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat kisahnya itu dan menitipkan doa buat dirinya serta ayahnya itu.

kredit: @ceqta_anita

Abang ‘Buang’ Ayah Strok, Tinggalkan Di Rumah Adik Tanpa Beritahu Undang Kritikan Ramai

 


Bermula Ramadan sejak seminggu yang lalu, pelbagai pihak dilihat berlumba-lumba menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Kebanyakan mereka turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz hadir bersama bagi diraikan dengan pelbagai hidangan serta persembahan dari selebrit terkenal tempatan.

Buat persembahan depan pelajar tahfiz

Namun, tular satu video menunjukkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil menyanyi lagu raya dihadapan pelajar-pelajar tahfiz sewaktu majlis berbuka puasa tersebut.



 Muka mereka macam kurang selesa

Pengguna Twitter menggunakan akaun @arfdy12 telah berkongsi video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz di hadapan meja yang berpaling daripada pentas utama.

Mereka juga dilihat seperti kurang selesa dengan melihat persembahan tersebut yang membariskan penyanyi-penyanyi perempuan walaupun mereka tampil berbusana sopan.



Berubah muka adik2 tahfiz

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan mereka merasakan persembahan tersebut kurang sesuai kerana kehadiran anak-anak tahfiz yang lebih elok dirai dengan lagu-lagu Ketuhanan.

Mereka juga seakan ‘memahami’ apa yang dirasa para pelajar tersebut apabila masing-masing cuba melarikan pandangan dari terus tertumpu kepada persembahan berkenaan.





Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan hal tersebut bukanlah salah Dolla sepenuhnya kerana mereka hanya memenuhi undangan persembahan dari pihak pengurusan yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu.

Mereka juga dilihat tidaklah keterlaluan ataupun menari rancak seperti yang sering kita lihat di muzik video ataupun persembahan pentas kebiasaan.

sumber: @arfdy12


Persembahan Dolla di majlis iftar , riak wajah pelajar2 tahfiz jadi perhatian

 


Astro melancarkan game show tersohor antarabangsa ‘Family Feud’ dalam tiga versi iaitu versi Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris. ‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). ‘Family Feud Malaysia’ versi Tamil akan ditayangkan pada Mei 2023 dan ‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Inggeris pula bakal menemui penonton bermula September 2023 ini. ‘Family Feud Malaysia’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.  

Permainan ‘Family Feud Malaysia’ dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua-dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama. Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu. Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan. Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut. Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia. Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00. 

Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu ‘Celebrity Family Feud Malaysia’ yang bakal disiarkan setiap Isnin, 11 malam. Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam. 

Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi. Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

Family Feud Malaysia

 


Tonton telefilem Saat Hilang Cintamu lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira akan disiarkan pada 25 Mac ini, Sabtu pukul 10 malam di TV3.

Judul : Saat Hilang Cintamu #saathilangcintamu
Waktu Siaran: Sabtu, 25 Mac 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Cerekarama 
Idea Asal: Halmey Hamdah
Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Mccrone, Kash Haiqal, Dania Miazara, Fendi London

Sinopsis Saat Hilang Cintamu

Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salinah dan menjadi penyokong utamanya. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salinah terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya.



Telefilem Saat Hilang Cintamu Lakonan Zamarul Hisham, Rita Nadira

  

Tonton drama terbaharu 'Jangan Ambil Kerja Tuhan' terbitan Dear Creative Media diarahkan oleh Amor Rizan. Drama bersiri 26 episod dengan kisah berbeza. Menampilkan lebih 100 pelakon tanah air seperti Uqasha Senrose, Fezrul Khan, Puteri Sarah Liyana, Fendy Bakry, Isyariana, Fauzi Nawawi, Amy Mastura, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama Jangan Ambil Kerja Tuhan disiarkan mulai 23 Mac 2023, setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di TV2.

Judu: Jangan Ambil Kerja Tuhan
Tonton Full Episod: 26
Mula Tayangan: 23 Mac 2023
Waktu Siaran: Rabu-Khamis, 9:00 malam 
Rangkaian: RTM TV2
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Dikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said, Atilia Azahar
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Dear Creative Media Sdn Bhd

Pelakon: Uqasha Senrose, Yuna Rahim, Aishah Azman, Marsha Milan, Sharifah Shahora, Fizz Fairuz, Syazwan Zulkifly, Norman Hakim, Didie Alias, Fauzi Nawawi, Jay Iswazir, Amar Asyraf, Ruhainies, Arash Mohd, Fendy Bakry, Isyariana, Fizo Omar, Amy Mastura, Jasmin Hamid, Jasmine Suraya, Taufiq Hanafi, Liza Abdullah, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Kak Girl, Shekeen Waida, Norlia Ghani, Atikah Suhaime, Nazrief Nazri, Lyssa, Manan Sulaiman, Julia Farhana Marin, Nadia Brian, Alif Hadi, Syed Irfan, Nazeera Sardi, Lufya Omar, Shahriza Mahmud, Afiq Muiz, Bella Astillah, Nik Adam Mika, Danish Hazriq, Adam Darwisyh, Zarina Zainoordin, Puteri Sarah Liyana, Lan Siro, Kuna Muzani, Mona Allen, Sharifah Sakinah, Syuhaida Abraz, Safura Shah, Damia Qaissarah, Sharonizam Noor, Erynne Erynna, Said Ismail, Azrel Ismail, Roy Azman

Promo Jangan Ambil Kerja Tuhan 


Sinopsis Jangan Ambil Kerja Tuhan

Drama kemasyarakatan yang memaparkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

Episod 1 : Selain Bidadari:
Pelakon: Yuna Rahim, Taufiq Hanafi, Aishah Azman, Liza Abdullah, Didie Alias 

Episod 2 : Syurga Bukan Syurga
Pelakon: Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Didie Alias

Episod 3 : Idola
Pelakon: Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Jasmine Suraya, Norman Hakim, Kak Girl, Shekeen Waida

Episod 4 : Poligami Songsang

Episod 5 : Syurga Dunia
Pelakon: Norlia Ghani, Atikah Suhaime, Nazrief Nazri, Lyssa, Manan Sulaiman

Drama Jangan Ambil Kerja Tuhan

 


Tonton telefilem Matin arahan Ariff Zulkarnain akan disiarkan pada 25 Mac ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Judul : Matin
Waktu Siaran: Sabtu, 25 Mac 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Azy Nural
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Produksi: Remi Films Sdn Bhd
Pelakon: Hariz Hazriq, Remy Ishak, Emelda Rosemila, Farahdhiya, Adlin Aman Ramlie

Sinopsis Matin
Matin seorang kanak-kanak autism yang cenderung mendengar dan menonton rancangan Al-Quran telah ditinggalkan bersendirian. Matin merayau mencari makan di kawasan sekitar sehingga ia ditemui oleh seorang pemuda bernama Hilman. Sejak bertemu Matin, kehidupan Hilman dan isterinya mula berubah.

Promo Matin

Telemovie Matin Lakonan Farahdhiya, Remy Ishak

 


Tonton drama seram komedi Misteri Flat Kirana akan disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan ini mulai 26 Mac 2023. Draam terbitan Anomali Media, diarahkan oleh Rusdi Ramli, penghasilan skrip oleh Adza Irdawati dan Adza Emie. Menampilkan barisan pelakon seperti Ropie, Zara Zya, Puteri Balqis, Rahmad Mega, Afifah Nasir, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Saksikan drama Misteri Flat Kirana setiap Ahad hingga Selasa pukul 11 malam di TV3 

Judul : Misteri Flat Kirana #misteriflatkirana
Tonton Full Episod:12
Tarikh Tayangan: 26 Mac 2023
Waktu Siaran: Ahad-Selasa, 11:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Idea Asal: Hariff Ahamat
Penulis Skrip: Adza Irdawati & Adza Emie
Pengarah: Rusdi Ramli
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Watak Pelakon

Ropie sebagai Tok Jat
Zara Zya sebagai Ijah Bekeng
Rahmad Mega sebagai Pak Taz
Afifah Nasir sebagai Ima Dut
Puteri Balqis sebagai Soyaye
Acong Sweetchild sebagai Tam Ikan
Agness J sebagai Aunty Kwee
Nazia Mustafar sebagai Mak Lang
Zalif Sidek sebagai Pocong
Alicia Amin sebagai Mainak
Haneesya Hanee sebagai Nian

Sinopsis Misteri Flat Kirana

Tok Jat ialah seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana. Tok Jat sangat disenangi kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu penduduk flat walaupun ada yang tidak dikenali olehnya. Kematian Tok Jat secara mengejut telah menimbulkan huru-hara di Flat Kirana apabila makhluk halus yang diperangkap oleh Tok Jat selama ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana. Bermulalah misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap makhluk halus yang mereka juga tidak kenali. 

Drama Misteri Flat Kirana Lakonan Ropie,Zara Zya

 


Tonton  telefilem Enjit-Enjit Semut arahan Heykal Hanifah akan disiarkan pada 26 Mac ini, Ahad pukul 9 malam di TV3.

Judul : Enjit Enjit Semut
Waktu Siaran: Ahad, 26 Mac 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 slot Cereka Ahad
Idea Asal: Zabidi Mohamed
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd 
Pelakon: Nabil Aqil, Yuna Rahim, Danish Hazriq, Jay Nazif, Syed Ali Murtadha, Usop Wilcha, Fathil Dani, Rashid Jaafar, Kamarool Haji Yusof, Dewa Sapri, Kamal Ibrahim, Nani Nassir, Shyrim, Intan

Sinopsis Enjit-Enjit Semut

Kisah AJK Masjid yang semuanya terdiri dari warga emas dan warga pencen beri peluang kepada 5 pelajar sekolah menengah jadi AJK Masjid untuk ‘meremajakan’ aktiviti masjid.


Enjit-enjit Semut -Cereka Ahad

 


Tonton drama bersiri Sekali Aku Bahagia Full Episod  untuk slot Samarinda TV3. Drama 15 episod terbitan Mache All Star United dan diarahkan oleh Pali Yahya. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Nabila Huda, Azhan Rani dan Keith Foo. Drama Sekali Aku Bahagia akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

JUDUL : Sekali Aku Bahagia #sekaliakubahagia
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: Ramadan 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 PM
Rangkaian: Samarinda TV3
Idea Asal: Mama Bell
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Azhan Rani sebagai Naufal
Keith Foo sebagai Muaz
Meor Mohd sebagai Lan
Qistina Raisah sebagai Eli
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas

Sinopsis Sekali Aku Bahagia
~ akann dikemaskini

Promo Sekali Aku bahagia


Para Pelakon Sekali Aku Bahagia



Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Sekali Aku Bahagia Lakonan Ummi Nazeera,Nabila Huda,Azhan Rani