Tonton telefilem khas sempena Hari Guru berjudul Cikgu Daniel disiarkan pada 16 Mei ini, Selasa pukul 9 malam di TV2.

Judul : Cikgu Daniel #cikgudaniel
Waktu Siaran: Selasa, 16 Mei 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Zakaria Hassan
Pengarah: Azwandy @ Mcgee Suhaimi
Produksi: Kacak Picture Production
Pelakon: Azam Pitt, Melati Melissa, Naz Johar, Tini Tyrani, Mohamad Hasan, Ferrazillah, Julia Billie, Shahrul Iskandar

Sinopsis Cikgu Daniel

Cikgu Daniel dihantar ke pendalaman Sarawak selepas tamat latihan perguruan. Metod pengajarannya menarik minat pelajar dan guru disana. Semasa PKP, Cikgu Daniel bersama Cikgu Petrus dan Jali mengunjungi rumah murid untuk memberi bantuan. Ketika itulah, Cikgu Juita menabur fitnah ke atas Cikgu Daniel dan menghasut Cikgu Mansor.

Telemovie Cikgu Daniel Lakonan Azam Pitt, Melati Melissa




Saksikan telefilem Isteriku Cikguku lakonan Syafiq Kyle dan Izara Aisyah yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini pukul 9.00 malam. 

JUDUL : ISTERIKU CIKGUKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 April 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A Aida Production
PELAKON : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sabhi saddi

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU

Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak  mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Cerekarama Isteriku CIkguku ,Lakonan Syafiq Kyle, Izara Aisyah

 


Drama bersiri 'Bunga Aku Tunggu' terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd merupakan kisah yang bergenre saspens psikologi diarahkan oleh Along Kamaludin dan adalah hasil nukilan skrip oleh Adza Emie. Drama ini menampilkan barisan pelakon ternama tanah air iaitu Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Drama Bunga Aku Tunggu bakal menemui penonton mulai 17 Mei 2023 menerusi slot Samarinda di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.

Judul :Bunga, Aku Tunggu
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 17 Mei 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Wira Nusa Corporation
Pelakon: Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Abil Qamaruzaman

Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Kamal Iman
Nelydia Senrose sebagai Bunga
Atiq Azman sebagai Arjuna

Sinopsis Bunga Aku Tunggu

Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. 

Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?



Promo Bunga Aku Tunggu

Para Pelakon Bunga Aku Tunggu 





Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Bunga Aku Tunggu Lakonan Beto Kusyairy,Neledia Senrose

 


Nantikan drama bersiri berjudul 30 Pesanan Suara yang bakal menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading. Akan disiarkan setiap hari di slot Akasia

JUDUL : 30 PESANAN SUARA
EPISOD : 30 episod
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Izman
Saharul Ridzwan sebagai Iman
Hannah Delisha sebagai Syafira
Izzue Islam sebagai Alif
Ain Edruce sebagai Fatin
Ruzana Ibrahim sebagai Syazana
Azhar Amir sebagai Azim
Jasmine Ashraff sebagai Mazni
Zarina Zainuddin sebagai Pn Intan
Farisha Irwayu sebagai Pn Zalima
Riz Amin sebagai Daris
Hanna Aqeela sebagai Zarina
Dini Schatzmann sebagai Danish 

SINOPSIS 30 PESANAN SUARA
Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira

Drama 30 Pesanan Suara Lakonan Shukri Yahaya, Hannah Delisha

 


Tonton Full Adnan Runner merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada filem Adnan Sempit terbitan MIG Production Sdn Bhd. Drama komedi 13 episod ini bakal menghiburkan penonton menerusi slot Lestary mulai 11 Mei 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam 

Judul : Adnan Runner #adnanrunner
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Pengarah: Azmi Hatta
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Imran Aqil sebagai Adnan
Bella Dowanna sebagai Nadia
Wanns Ahmad sebagai Bobby
Eleen Arisha sebagai Wawa
Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
Elmy Moin sebagai Madi
Razdan Shamsudin sebagai Syaki

Sinopsis Adnan Runner
Mengisahkan Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.

Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya.  Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?


Drama Adnan Runner (Tv3)

 


Tonton drama Kerasnya Takdir Full Episod adaptasi daripada novel karya Haitun Kamarazaman akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan pelakon seperti Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Azlee Khairi, Rita Rudaini dan ramai lagi.

JUDUL : Kerasnya Takdir
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon: Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Halim Radzi, Mia Nasir, Azlee Khairi, Rita Rudaini, Husna Mustaffa, Zarynn Min

Watak Pelakon 
Amyra Rosli sebagai Jeha
Redza Rosli sebagai Syed Munir
Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia

Sinopsis Kerasnya Takdir

Mengisahkan Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.

Takdir Tuhan, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.

Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.

Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?


Para Pelakon Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir Lakonan Amyra Rosli, Redza Rosli

 


Saksikan supertele Raya Heist  bermula 10 Mei 2023 bermula 12 malam.Lakonan Nora Danish ,Hazama,Fad Bocey

Judu: Raya Heist #rayaheist
Tarikh Tayangan di Tonton: 10 Mei 2023
Penulis Skrip: Hafiz Abdullah
Pengarah: Dato Prof Dr A Razak Mohaideen
Produksi: Razor Edge

Watak Pelakon
Nora Danish sebagai Nor
Hazama sebagai Dollah
Fad Bocey sebagai Borhan
Amir Raja Lawak sebagai Amir
Aziz M. Osman sebagai Hj Osman
Md Salleh sebagai Agus Bodyguard
Fiza Halim sebagai Munah
Kuna Muzani sebagai Mak Leha
Suky San sebagai Ustaz Hashim
Kaweng sebagai Uncle Wei
Atira Karma sebagai Siti

Sinopsis Raya Heist
Tiga sekawan- Borhan (lakonan Fad Bocey), Dollah (lakonan Hazama) dan Nor (lakonan Nora Danish) memutuskan untuk merompak dari seorang ahli perniagaan bagi membalas dendam, kini bertukar menjadi sebuah tragedi di malam raya..

Telefilem Raya Heist

 

Telemovie Artis Pujaanku Mai Beraya Lakonan Fikry Ibrahim, Emma Maembong2

Tonton telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya Full Episod  lakonan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong di tonton CINEMA dan YouTube TV3 secara percuma.

JUDUL :Artis Pujaanku Mai Beraya
Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pelakon: Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Hairi Safwan, Faezah Elai, Sheila Mambo, Sherry Aljeffri Hattan, Dato Hattan, Amyza Aznan

Tayangan di tonton Cinema: 1 Mei 2022
Tayangan di TV3: 21 Mei 2022 

Sinopsis Artis Pujaanku Mai Beraya

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang rakannya, seorang influencer dan artis paling popular di Malaysia, Shafinaz untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara sehingga mencetuskan suasana lucu dan ceria di kampung mereka. Zain yang mempunyai perasaan pada Syafinaz cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.


Telemovie Artis Pujaanku Mai Beraya Lakonan Fikry Ibrahim, Emma Maembong

 


Nantikan drama premium Astro Originals, 'LIAR' sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017. 

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.   

Liar membariskan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama Liar akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria. 

Judul : Liar - Two sides, One Truth
Tonton Full Episod: 1-12
Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di Astro Ria: 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam
Skrip: Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Double Vision Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman
Tony Eusoff sebagai sebagai Dr. Aiman Yusuf
Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim
Wan Raja sebagai Fariz Jamil
Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Suffian
Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin
Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan
Haridhass Selvaraju sebagai Detektif Kumar Varatharaju
Naz Rahman sebagai Firdaus Harith
Nas-T sebagai Leftenan Eddie Hassan
Aniq Suhair sebagai Noah Aiman
Farah Ahmad sebagai Jehan Razali
Joyce Harn sebagai Winnie
Charles Roberts sebagai Koperal Jeya Kumar
Yuyun Hikmah sebagai Sofia
Nawal Sarah sebagai Yaya
Aidan Razeen sebagai Jo

Sinopsis Liar The Series
Mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.

Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. 

Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Liar Two sides, One Truth (Malaysia)

 

Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di-nantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Februari 2023. 

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar – Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pic tures and Skop Productions. Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara yang akan berlangsung di Aus tin, Texas pada 22-29 September 2022.

Harum Malam
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023
Lakon Layar: Dain Said, Nandita Solomon, Ben Omar
Pengarah: Dain Said
Produksi: Apparat, D’Ayu Pictures, Skop Production 

Watak Pelakon
Idan Aedan sebagai Iqbal
Remy Ishak sebagai Jamil
Bront Palarae sebagai Norman
Nadiya Nisaa sebagai Dina
Nabila Huda sebagai Zehan
Arnie Shasha sebagai Ah Boy
Angelica Petra sebagai Ilya
Amanda Ang sebagai Anna

Sinopsis Harum Malam
Terseksa dengan keupayaannya untuk melihat orang mati dan makhluk dari dimensi lain, Iqbal (16 tahun), seorang pelatih perubatan iman dan pengusir kuasa-kuasa jahat, cuba menafikan deria keenamnya. Dalam usaha untuk membantu, bapanya, iaitu Norman, 'mengunci' kebolehan Iqbal.

Iqbal bergaul dengan sekumpulan budak-budak yang tinggal di blok pangsapurinya – Bob yang pengecut, Ali yang sporting dan Ah Boy (seorang perempuan) yang berani. Norman mengambil peluang pekerjaan sementara dengan salah seorang pelanggannya, Jamil (juga ayah Ah Boy). Jamil telah menukar flatnya menjadi rumah hijau di mana dia membiak tumbuhan eksotik, termasuk tumbuhan karnivor seperti bunga bangkai, yang diseludupnya dari Indonesia. Jamil memerlukan Norman untuk menjaga pokok-pokoknya semasa dia ke hutan untuk beberapa minggu. Norman melarang Iqbal daripada memasuki flat rumah hijau Jamil itu.

Selepas Iqbal dan kawan-kawannya dibuli oleh seorang pengedar dadah, Iqbal membawa mereka menyelinap masuk ke dalam rumah hijau Jamil. Dengan tidak sengaja, budak-budak itu melepas-kan satu makhluk gelap yang terkunci di dalam bilik terlarang di flat rumah hijau tersebut. Iqbal sekali lagi trauma dan dihantui oleh bunyi yang mengganggu, serta kunjungan dan pertemuan ghaib. Beberapa penduduk di blok pangsapuri itu dirasuk dan menemui kematian yang mengeri-kan. Penemuan sebuah mayat di flat rumah hijau Jamil membuatkan Norman berang dengan Iq-bal, tetapi Iqbal keliru kerana kebolehannya sepatutnya telah dikunci. Apabila makhluk itu merasuk Ah Boy, Iqbal terpaksa menerima kebolehan psikiknya dan berhadapan dengan mahkluk itu.

Movie Harum Malam

 


Tonton telefilem Raya Sebagai Isteri lakonan Zizan Razak  dan Hawa Rizwana pada Hari Raya ini jam 10 Pagi di Astro Ria

Judul: Raya Sebagai Isteri #rayasebagaiisteri #telefilemrayasebagaiisteri
Waktu Siaran: Sabtu, 29 April 2023, 10:00 Pagi
Rangkaian: Astro Ria
Pengarah: Michael ang
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Zizan Razak ,Hawa Rizwana Dan ramai lagi


Sinopsis Raya Sebagai Isteri

Walaupun hati mereka tidak bersatu, Soraya dan Haidar tetap disatukan juga pada bulan Ramadan atas kehendak ibu Soraya. Disebabkan itu, hubungan Soraya dengan ibunya dingin. Soraya jadi marah bila Haidar rapat dengan Kalsom. Tanpa disangka Haidar dan Kalsom menyimpan suatu rahsia.

Raya Sebagai Isteri Lakonan Zizan razak ,Hawa rizwana

 


Tonton full drama bersiri Saya Tunggu Awak adaptasi novel karya Bonda Nor dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Azlee Khairi dan Amar Asyraf disiarkan mulai 21 April 2023, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 atau strim di rtmklik.rtm.gov.my

JUDUL  Saya Tunggu Awak #sayatungguawak
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: 21 April 2023
Waktu Siaran: Jumaat-Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: Widuri TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Khalid Nazri
Produksi: Ansar Creative Media Sdn Bhd
Lagu: Selamanya Cinta - Yuka Kharisma

Watak Pelakon
Puteri Sarah Liyana sebagai Hanna Mardhiah
Amar Asyraf sebagai Farhan
Azlee Khairi sebagai Rafiq Aqlan
Nazeera Sardi sebagai Maria
Neera Azizi sebagai Sarah
Husna Mustaffa sebagai Hayati
Kodi Rasheed sebagai Hanafi
Adam Shah sebagai Darwish
Dian P. Ramlee sebagai Ummi
Haeriyanto sebagai Walid
Badrul Muhayat sebagai Bapa Farhan

Sinopsis Saya Tunggu Awak
Liku-liku mujahadah Ustazah Hanna Mardhiah dalam mempertahankan kesetiaannya terhadap suaminya Farhan, yang serba kekurangan tatkala diuji dengan tawaran cinta dari Rafiq yang punya seribu satu kelebihan.

Drama Saya Tunggu Awak Lakonan Puteri Sarah Liyana,Azlee Khairi